ZARIF bergegas beredar dari bilik pejabatnya. Satu panggilan yang baru diterimanya benar-benar membuatnya tidak senang duduk. Semua mesyuarat langsung dibatalkannya. Ada perkara yang lebih penting daripada ini. Mana mungkin dia boleh memberi perhatian pada kerjanya selepas satu khabar berita baru sahaja sampai ke telinganya.
Dia keluar dari firma arkiteknya dengan wajah yang bengis. Langsung sapaan pekerjanya tidak dibalas. Kunci kereta yang dihulurkan pekerjanya di bahagian lobi mula beralih ke tangannya. Tadi dia suruh pekerjanya mengalihkan keretanya di depan pintu masuk segera. Dia memboloskan dirinya ke dalam kereta dan segera beredar dari situ.
"Where is she?" soalnya terus bila sampai ke tempat yang ditujunya. Kedengaran kasar pertanyaan Zarif di pendengaran seorang wanita di sampingnya.
"Dalam bilik pengetua, tuan."
Segera langkah dilajukan. Dia melilaukan pandangan bila masuk ke bilik yang disebut tadi.
Serta merta raut wajahnya berubah apabila pandangan menangkap satu susuk tubuh di suatu sudut."Baby!" serunya kuat. Dia mendekati susuk tubuh itu. Pandangan asing yang lain langsung tidak dihiraukan.
Mendengar nama panggilannya disebut, terus gadis itu menoleh.
"Daddy." Tubuh Zarif dipeluknya erat. Segala tangisan dihamburkan di dada lelaki itu."Shhyy... Daddy is here." Belakang tubuh kecil itu diusapnya lembut.
"Ta... Tadi..."
"Don't talk. I already know." bisiknya cuba menenangkan gadis kecil itu.
Zarif mengangkat wajah memandang pengetua wanita yang sedang menundukkan pandangannya sedikit. Pandangan tajam dilempar Zarif.
"Uruskan pertukaran sekolah Hana. Saya nak hari ni selesai."
"Tapi, tuan..."
"Saya tak dengar arahan orang." Tegas Zarif bersuara.
"Atau perlu saya saman pihak sekolah ni atas apa yang berlaku pada Hana?"
Gadis kecil itu mengangkat kepalanya sedikit. Pandangan sayu dihalakan pada Zarif.
"Daddy... No..."
Zarif diam tidak membalas. Tangan Hana digenggamannya diusap lembut. Dia kembali menala pandangan pada pengetua Hana.
"You know, this is not the first time and the hell you just let me know today?"
"Sa... Saya mintak maaf, tuan."
"Kalau saya dapati ada yang calar pada tubuh badan Hana, get yourself ready. I don't give a damn on who you are."
"Saya mintak maaf sekali lagi."
Saat itu, ada kuakan di pintu bilik membuatkan mereka semua menoleh.
"Hana?"
Seorang wanita muncul di bilik pengetua iaitu ibu kandung Hana. Dia berjalan ke arah Hana. Apabila tubuh kecil itu hendak disentuhnya, laju tangan Zarif menepis kasar.
"Where were you just now?"
"I... I..."
"You tahu tak Hana dibuli? And she faces it for a lot of times. Where were you as her mother?" Amarahnya cuba dikawal sebaik mungkin. Gigi diketap geram.
"I tak tahu. Hana, maafkan mummy ya... " Sekali lagi tubuh Hana cuba disentuh tapi terhenti bila pandangan tajam Zarif dulu menyapa pandangan.
"I akan tukarkan sekolah Hana."
Wanita itu terpinga sebentar. Takkan atas sebab kecil seperti ini Zarif ingin menukarkan sekolah Hana.
"Takkan sebab perkara kecil ni you nak tukarkan sekolah Hana?"
"Sebab kecil you kata?" Zarif menarik nafas dalam-dalam. Kalau tidak dia fikir dimana dia berada memang siap Mastura dengannya.
"What are you waiting for? You tak dengar ke apa yang saya kata tadi?" tempelak Zarif pada pengetua Hana yang masih kaku berdiri di dalam bilik itu.
Segera isyarat diberi oleh pengetua Hana pada kerani disekolah itu untuk menguruskan segala urusan pertukaran sekolah.
"Hana ikut I. You tunggu sini. Uruskan segala pertukaran sekolah Hana. Sebagai balasan kecuaian tanggungjawab you sebagai mummy dia."
Zarif terus membawa Hana keluar dari bilik itu. Gadis kecil itu pula sekadar mengerling mummynya dengan pandangan simpati.
Mastura hela nafas berat. Dia ada janji dengan sahabatnya selepas ini. Sekarang dia harus melewatkan temu janji. Semua sebab Hana, anaknya.
💮💮💮
ZARIF memberhentikan keretanya di suatu tempat. Hana disisinya dikerling sedikit. Gadis itu sedang menalakan pandangan ke cermin keretanya.
"Are you mad?" soal Zarif lembut.
Hana menoleh.
"Kenapa Hana perlu marah?"
"Sebab daddy baru tahu?" tekanya.
"Daddy tak salah. Jadi, Hana takkan marah daddy. Lagipun Hana pun salah jugak."
Zarif kerut kening. Kepala gadis itu diusapnya lembut.
"Tell me, what makes you think like that?"
"Sebab daddy baru tahu. Sebab Hana semua orang kena marah."
"No baby. This isn't your fault. Daddy marah sebab dia orang tak jalankan tanggungjawab dengan betul. Lagipun memang patut daddy marah, lagi-lagi bila kesayangan daddy kena buli. Lainlah daddy, bully my baby is my habit."
Hana memandang daddy lama. Kurang faham apa yang daddynya perkatakan. Tapi, dia tetap tersenyum bila mendengar ayat akhir daddynya.
"Daddy jahat!" Terlepas tumbukan kecil pada dada Zarif.
Zarif hanya menyambut tangan Hana bersama ketawanya. Sehingga sesuatu menganggunya sehingga dia terpaksa menghentikan tawanya. Wajah Hana terus dicari. Gadis itu hanya mempamerkan senyum tidak bersalah.
"Hana laparlah daddy." beritahunya walau sudah Zarif tahu. Perutnya diusap menunjukkan dia benar-benar sedang lapar.
Zarif hanya mampu tersenyum. Gelagat Hana selalu mencuit hatinya.
"That's why we are here."
Hana melilaukan pandangannya ke luar kereta. Benar. Mereka sedang berada di luar salah sebuah restoran mewah.
"Hari ni daddy bagi Hana peluang buli daddy. Pesan aje apa yang Hana suka."
"Really?" Muka Hana sudah kelihatan begitu teruja. Bila dia lihat anggukan daripada Zarif, terus tubuh Zarif dipeluknya. Rasa teruja.
Zarif mengambil kesempatan itu dengan mengusap kepala Hana. Dia suka Hana gembira dan dia lagi suka bila tahu dia adalah puncanya. Dia juga suka pelukan Hana. Pelukan Hana begitu hangat sekali bila bersatu dengan tubuhnya.
"Dah. Let's go baby."
Pelukan dileraikan. Mereka berdua turun dari kereta. Hana yang begitu teruja langsung meninggalkan Zarif di belakangnya dan melangkah masuk dengan wajah gembira. Dia betul-betul sukakan makanan!
YOU ARE READING
DADDY'S
RomanceSHORT STORY BY FATIN HARH Daddy's ------ "Hana anak luar nikah. Hana anak kotor."- Hana "Please, dear. Daddy tak pernah anggap Hana anak kotor. Hana gadis yang paling suci dalam hidup daddy."- Zarif Disebalik ucapan Zar...