Part 4

9.7K 327 25
                                    

HANA tersenyum sendirian sambil tangan tekun membaca mesej yang dihantar kepadanya di telefon. Ada-ada sahajalah lelaki ni. Haih...

Kepala dia angkat bila telinga menangkap suatu dehaman seseorang. Segera telefon dia letak ke tepi.

"Tak elok main telefon depan rezeki." tegur Zarif. Bukan dia tak perasan. Daripada tadi bibir halus itu mengukir senyum sambil membaca sesuatu di telefonnya. Barangkali pesanan daripada seseorang. Tetapi apa yang mendatangkan ketidakselesaan kepada dirinya bila memikirkan bahawa itu mungkin jejaka yang sama menulis surat untuk Hana.

"Sorry, daddy." Mata mengerling malu pada daddynya dan aunty Fida yang turut menemani mereka makan tengah hari. Makanan di hadapannya dijamu dengan penuh berselera.

Fida senyum sambil melirik pada wajah Hana yang kelihatan malu. Dia seperti perasan sesuatu. Hana baru berbual dengan teman lelaki? Adakah Hana sudah mula bercinta?

"Siapa tu?" soal Zarif. Riak wajah disembunyikan agar kelihatan tenang. Air suam di atas meja disedut perlahan menggunakan straw. Dia memang kurang gemar memesan air manis di kedai makan atau restoran.

"Kawan Hana." jawab Hana perlahan.

"Lelaki atau perempuan?" siasatnya benar-benar ingin tahu.

"You ni, macam tak tahu pula... I tengok muka Hana pun dah tahu. Mestilah lelaki. Kalau tak, takkan Hana kita boleh tersenyum sorang-sorang. Betul tak?" celah Fida. Bibir mengukir senyum pada Hana.

Tebakan Fida hanya dibalas dengan senyum nipis daripada Hana. Jujur dia rasa sesuatu bila mendengar perkataan 'Hana kita' dari mulut aunty Fida. Daddy ada sesuatu ke dengan aunty Fida? Sampai hati daddy tak bagitahu dirinya. Biarlah. Lambat-laun dia tetap akan tahu.
"Betul aunty Fida cakap? Kawan yang mesej baby tadi tu lelaki?"
Masih tidak puas hati Zarif selagi telinga tidak mendengar pengakuan daripada Hana.

Hana mengangguk sekali. Tiba-tiba dia rasa kurang enak. Muka daddy jelas menggambarkan tidak suka akan apa yang daddynya dengar.

"Baby ada bercinta dengan sesiapa ke kat sekolah?"

"Hana..."

"Bukan daddy dah pernah bagitahu yang daddy tak suka baby bercinta masa sekolah? Baby masih ingat pesan daddy?" Nada suara Zarif berubah sedikit tegas tetapi masih dikawal nadanya agar tidak menarik perhatian pelanggan restoran itu.

Hana sudah mula menunduk bila perasan akan pandangan tajam daddynya. Dia tak suka bila daddynya bercakap garang dengannya. Tambah lagi, bila aunty Fida juga waktu ini turut bersama mereka.

"Daddy tanya Hana ni. Kenapa tak jawab?" giat Zarif meninggikan sedikit suara. Panggilannya juga mula berubah. Entah kenapa tapi dia tak suka rasa ini. Dia marah bila dapat tahu Hana rapat dengan lelaki lain selainnya. Dia cemburu bila ada lelaki selainnya yang mampu membuat Hana tersenyum.

"You... Dahlah. Kesian Hana. Lagipun, Hana dah besar. Dah 16 tahun pun. Biasalah remaja macam Hana jatuh cinta." Fida cuba memujuk Zarif disebelahnya bila dia melihat Hana tertunduk sambil menggosok matanya. Siapa yang mengenali Hana pasti tahu akan kebiasaan Hana. Bila nampak Hana menunduk sambil menggosok mata, itu tandanya ada air mata sedang bertakung pada mata Hana.

Zarif diam. Hana yang sedang menunduk wajah dipandang. Baru sedar dia sudah beremosi dalam menyoal Hana.

"Baby, daddy..."

Hana tak hiraukan Zarif. Dia bangun dan terus membawa langkah laju keluar dari restoran itu.

"Hana!" Zarif kalut. Tak dipeduli pandangan beberapa pelanggan termasuk pelayan yang kebetulan sedang melalui mejanya.

"Fida, I pergi kejar Hana dulu. Bil nanti claim kat I. I hantar Hana balik terus."

"Tapi..." Belum sempat Fida habis bicara tubuh sasa itu terlebih dahulu hilang dari pandangan mata. Dia hela nafas kecil.

Baru dia bercadang hendak menumpang kereta Zarif. Hari ini dia tidak membawa kereta ke pejabat. Nampak gayanya perlulah dia menaiki pengangkutan awam. Zarif.. Zarif... Apa sahaja tentang Hana pasti akan membuatnya tidak keruan.

                        💮💮💮

ZARIF melilaukan pandangan ke semua tempat. Susuk tubuh Hana langsung tidak dijumpa. Hati mula gusar.

"Baby... Daddy ni. Daddy minta maaf kat Hana." Nama Hana diseru berulang kali. Masih kelibat Hana tidak mencuri pandangan.

Hatinya benar-benar gelisah sehingga suara tangisan kecil seorang perempuan menggamit pendengarannya. Dia lilaukan mata. Hana sedang duduk menunduk di tepi pohon kecil. Kelihatan Hana menekup mukanya dengan dua tapak tangannya.

Zarif hela nafas lega. Hana sangat bijak! Mencari suatu sudut yang jarang orang perhatikan untuk menghamburkan tangisannya. Pada masa yang sama hatinya turut terusik mendengar tangisan kecil Hana. Hana seorang yang manja. Jadi Hana tidak suka bila dimarahi. Sepatutnya dia mengawal ledakan perasaannya.

Dia membawa langkah mendekati Hana dengan perlahan. Tidak mahu Hana melarikan diri darinya lagi. Susah dia nak kejar nanti.

"Baby..." Nama panggilan Hana diseru lembut.

Suara tangisan Hana mula berhenti. Tetapi tangan masih menutup muka. Mungkin malu daddynya melihat mukanya yang selalu kemerahan setelah menangis.

"Daddy tahu daddy salah. Maafkan daddy ya?" Dia cuba menarik tekupan tapak tangan dimuka Hana tetapi Hana masih tidak mahu melepaskan. Begitu keras sikap Hana.

"Baby... Janganlah buat daddy rasa bersalah. Pandang muka daddy." Cubaan keduanya gagal. Hana masih begitu. Malah  meronta bila dia memaksa memandang wajahnya.

"Okey. Takpa. Biar daddy peluk baby aje." Tubuh Hana ditarik dalam pelukan hangatnya. Tangan mengusap kepala Hana dengan penuh kelembutan. Lama-kelamaan sikap keras Hana mula luntur. Dada Zarif dijadikan tempatnya menyembamkan muka. Malah selain itu tangan kecilnya mula melilit pinggang Zarif.

Zarif simpul senyum. Hana masih Hana. Dalam rajuk, ada manjanya.

"Baby maafkan daddy ya? Daddy tak sengaja marah baby."

"Tak nak. Daddy dah malukan Hana. Daddy marah Hana depan aunty Fida." Hana bersuara sambil wajah masih di dada Zarif.

"Daddy janji tak marah baby depan aunty Fida. Depan siapa-siapa pun tak." Zarif menabur janji bersungguh-sungguh. Kalau tidak dipujuk Hananya, seminggulah Hana tidak akan bercakap dengannya.

Untuk kesekian kalinya, Hana diam. Tidak memberi sebarang respons. Baik mengangguk atau menggeleng, Hana diam tidak memberi kata. Zarif teruskan memujuk. Tahulah dia akan akibat yang bakal melanda bila Hana merajuk.

DADDY'SWhere stories live. Discover now