BUNTU kepalanya ketika ini saat memikirkan tentang Hana. Sejak kejadian tempoh hari, langsung Hana menolak bila diajak Zarif ingin keluar. Malah mesejnya tidak dibalas sama sekali. Sudah banyak usaha dilakukan.
Setiap pagi dia tidak lupa mengirim seseorang untuk menghantar segala kesukaan Hana tapi masih tiada tanda Hana akan memaafkan. Cara apa lagi yang belum digunakan dalam memohon kemaafan daripada Hana?
Dia meramas rambutnya kasar. Biarkan berselerak kerana itu juga memperlihatkan keadaan hatinya saat ini bila tiada suara Hana dalam harinya. Memikirkan hal itu, Zarif makin buntu. Tidak pernah lagi Hana merajuk dengannya sebegitu lama. Sudah lebih seminggu keadaan ini berlarutan.
Dia menghela nafas perlahan. Cuba menenangkan diri dan fikirannya. Hanya Hana yang mampu membuatnya menjadi seperti ini. Dia seperti orang bercinta yang sedang bergaduh. Sasau. Rindu yang dipendam semakin mendalam.Zarif keluar dari biliknya. Membawa kaki ke luar rumah besarnya iaitu ke kolam renang miliknya. Badan terasa memerlukan kesegaran. Sudah kebiasaan jika fikiran dilanda masalah, pasti berenang menjadi terapi.
Tanpa melengahkan masa, t-shirt putih dibukanya. Memperlihatkan tubuh sasanya untuk menjadi tatapan diri sendiri. Kebetulan juga dia memang memakai seluar pendek di dalam rumah. Jadi dia tidak perlu menukarnya lagi.
Waktu ini dia benar-benar ingin memadamkan wajah polos Hana sebentar di fikirannya. Hananya selalu mengganggu di kotak fikiran.
💮💮💮
HANA membawa langkah yang semakin berat melepasi pagar mewah rumah daddynya. Mudah dia masuk kerana orang yang diupah menjaga rumah ini mengenali dirinya. Ada hajat yang membawanya ke sini setelah beberapa minggu tidak bertemu daddynya. Dia benar-benar perlu berjumpa daddynya.
Saat itu, Hana meliarkan pandangan ke serata halaman rumah banglo tiga tingkat milik daddynya. Pandangannya berkalih ke suatu sudut bila bunyi percikan air menerobos gegendang telinganya. Dia melihat daddynya sedang berenang dan wajah kacak milik daddynya langsung tidak menyedari kehadirannya di situ.Pandangannya terus kaku ke atas tubuh bergaris daddynya atau tubuh sasa daddynya bila daddynya mula keluar dari kolam renang itu. Dia seakan-akan terpesona dan malu untuk menatap tapi matanya masih ditarik untuk memusatkan pandangan di situ. Wajarkah dia merasa begitu terhadap daddynya?
Bila sedar daddynya ingin mengalih pandangan mengelap rambut, cepat-cepat dia mengangkat kaki masuk ke rumah. Tidak mahu daddy tahu akan perbuatanya sedari tadi.
Dia melabuhkan punggungnya perlahan di ruang tamu. Sudah diberitahu pada pembantu rumah agar memanggil daddynya sebentar lagi kerana daddynya pasti sedang menukar pakaian.
Sejujurnya hati dia sedang resah. Banyak yang menganggu dirinya belakangan ini. Ada sesuatu yang perlu dia tahu. Memikirkan apa yang telah dia ketahui menambahkan keresahan hatinya. Dia gugup ingin berdepan dengan daddynya.
Dia mengangkat wajah bila terdengar bunyi derapan kaki dari arah tangga semakin menghampiri. Daddynya masih tak sedar dia di situ sehingga lelaki itu mengangkat pandangannya.
"Baby..."
Hana segera bangun dari duduknya.
Terasa seolah-olah tidak percaya Zarif bahawa Hana akan memunculkan diri di rumahnya. Terasa sangat gembira bila Hana sendiri datang untuk bertemunya. Dia menapak mendekati Hana.
"This is my baby girl, aren't you?" soal Zarif masih tidak percaya. Tangan naik mengusap wajah mulus Hana.
Hana menggangguk sekali. Dia ingin terus memulakan bicara tapi niatnya terbatal bila Zarif menarik Hana erat ke dalam pelukan. Seakan ingin melepakan rindu yang telah lama disimpan.
YOU ARE READING
DADDY'S
RomanceSHORT STORY BY FATIN HARH Daddy's ------ "Hana anak luar nikah. Hana anak kotor."- Hana "Please, dear. Daddy tak pernah anggap Hana anak kotor. Hana gadis yang paling suci dalam hidup daddy."- Zarif Disebalik ucapan Zar...