"WAIT, Fida. I rasa you salah faham."
Fida hentikan langkah. Dia menoleh memandang Zarif.
"Salah faham apa? Yang you tu sebenarnya pedofilia? I betul-betul tak sangka..."
"We are married." pintas Zarif laju. Dia menanti reaksi Fida. Sempat mata diliarkan ke sekeliling untuk memastikan tiada siapa mendengar perbualannya dengan Fida. Argh, buat apa dia harus peduli? Lambat laun orang tetap akan tahu dan dia dengan senang akan mengaku Hana sebagai miliknya.
"What?" soal Fida tak percaya. Masih tidak mengerti situasi sebenar.
"I dengan Hana mempunyai hubungan yang halal. I cintakan Hana. You bebas anggap I pedofilia. Tapi, hati I hanya cintakan Hana. Bukan gadis lain. Hana satu-satunya perempuan yang I cinta." ucap Zarif. Jujur dari hati dia tidak marah dikata fedofilia. Dia tahu hatinya. Hatinya hanya menyebut nama Hana dan bukan gadis lain. Hanya Hana si budak nakal yang mempunyai tempat istimewa dalam hatinya.
"But... I..." Fida tarik nafas. Cuba menenangkan dirinya. "When? Bila you kahwin dengan Hana?"
"Tiga bulan lepas. Selepas dua bulan Hana tamat peperiksaan SPM. I tahu you sukar nak percaya tapi that's the fact. I love Hana so much. Lebih dari seorang anak. I tak dapat nafikan perasaan I dan I tak pernah anggap Hana sebagai anak I. She's someone special in my life walaupun dari perempuan yang I benci."
Fida hela nafas berat. Seakan susah hendak percaya kata-kata Zarif.
"Betul you cintakan Hana? Atau sebab dia anak Mastura?" duga Fida. Ingin mengetahui sedalam mana cinta yang konon Zarif katakan.
"I dah lama lupakan Mastura. Since the day she was caught for cheating behind me. I mengaku I bencikan Mastuta. I started to hate her since that day but after several years, hanya Hana yang mampu buatkan I lupa dengan benci I. I harap you faham. I takkan memperlakukan Hana sesuka hati kalau Hana bukan milik I."
Fida tundukkan wajah. Dia masih tak dapat menerima kekecewaan yang dikhabarkan. Hatinya sakit.
"I'm sorry. Maaf sebab tak dapat bagitahu daripada awal."
Fida angkat wajah dengan bibir sedaya-upaya menutup kesedihan. Terasa kekok ingin mengukir senyum dalam situasi begini.
"I faham. Bukan salah you. I yang salah sebab tuduh melulu. I minta maaf pada you dengan Hana."
Zarif cuba senyum. "Thanks."
Hati Fida semakin terluka melihat senyuman Zarif. Tak sangka hati Zarif ternyata milik Hana. Dia lambat merebut peluang.
. 💮💮💮
ZARIF bermain dengan rambut lembut Hana. Sesekali deria hidungnya digunakan untuk mencium aroma syampu di rambut Hana. Dia menundukkan kepalanya. Wajah Hana yang sama baring di paras dadanya dicari. Saat ini, mereka sedang sama-sama baring di atas katil. Melayan rindu dan hati yang bergelora.
"Baby..."
Hana mengangkat kepalanya sedikit. Menatap wajah daddy yang sudah diiktiraf menjadi suaminya.
"Hrmmm."
"Kenapa senyap aje ni? Daddy ada buat salah ke?" Rambut hana dielus lembut.
"Tak." Hana menjawab sepatah. Dia kembali menundukkan pandangan.
Zarif tak keruan. Dia angkat wajah Hana supaya beralih memandangnya. Gadis itu hanya menurut.
"Tell me. What's on your mind?"
Hana menghela nafas kecilnya seketika.
"Daddy rasa betul ke apa yang kita buat? Daddy kahwin dengan Hana. I mean, huh..." Nafas beratnya dihela. Dia tak tahu nak ungkapkan macam mana.
"Baby, look into my eyes..."
Zarif menahan belahan dagu Hana. Wajah lembut Hana diusap seketika.
"Baby menyesal sebab kahwin dengan daddy?"
Hana menggeleng. Jujur dia tak menyesal.
"Habis apa kusutkan kepala Hana sekarang? Mind to tell me?" Zarif cuba memujuk Hana untuk meluahkan rasa hati gadis itu padanya.
Rangkulan di pinggang Zarif diketatkan lagi oleh Hana. Dagu berlekuknya disandarkan pada dada sasa Zarif sambil mata tak lepas memandang seraut wajah maskulin yang masih tak kurang kacaknya walau daddynya kian ditelan usia.
"Hana risau orang cakap pasal Hana dan daddy. Hana tak nak orang kata Hana ada hubungan terlarang dengan daddy. Kebanyakan orang ingat hubungan daddy dan Hana berlandaskan status ayah dan anak. Nanti orang cakap apa pula. Aunty Fida pun dah salah faham kat Hana."
Zarift tersenyum mendengar kata-kata Hana. Tawa kecil dilepaskan olehnya perlahan. Hal itu rupanya yang sedang bermain di kepala Hana.
"Daddy ni tua sangat ke untuk Hana?" soal Zarif masih tak lepas menatap Hana.
Hana ukir senyum nakal mendengar soalan daddynya.
"Tualah. Kalau tak, tak adalah orang ingat daddy betul-betul daddy Hana."
Riak wajah Zarif mula bertukar mendung. Rasa kecewa mengambil tempat di dalam hati.
Hana kulum senyum. Dia mencium sekilas dada sasa Zarif yang tak berbaju.
"Tapi kan... Daddy tetap nampak seksi bagi Hana. Hana suka daddy. Walau tua macam manapun daddy, Hana tetap sayang Daddy."
Senyuman Zarif sudah mula melebar. Senang dia mendengar kata-kata Hana.
"Betul ni?"
Hana menganggukkan kepalanya beberapa kali. Sebenarnya daddynya tak adalah tua sangat. Sengaja dia bergurau dengan daddynya begitu. Malah Zarif semakin kacak dan maskulin sesuai dengan pertambahan usia Zarif.
Dalam Zarif senyum sendiri, Hana ditarik supaya melekap rapat di dadanya.
"Daddy pun sayangkan Hana. Hanya Hana. Paling istimewa dalam hati daddy."
YOU ARE READING
DADDY'S
RomanceSHORT STORY BY FATIN HARH Daddy's ------ "Hana anak luar nikah. Hana anak kotor."- Hana "Please, dear. Daddy tak pernah anggap Hana anak kotor. Hana gadis yang paling suci dalam hidup daddy."- Zarif Disebalik ucapan Zar...