Dua tahun kemudian...
HANA berjalan perlahan mendekati daddynya. Langkahnya diangkat perlahan, khuatir bakal menghasilkan bunyi yang mengundang perhatian daddynya. Bila sampai di belakang Zarif, pantas dia menekup mata lelaki itu.
Zarif menoleh.
"Happy Birthday to you."
"Happy birthday to you."
Berhenti sesaat, bibir Hana melorek senyum lebar.
"Happy birthday to my daddy. Happy birthday to you..."
Nyanyian yang penuh gemilang disambut dengan tawa kecil Zarif. Tidak menyangka Hana akan bersubahat dengan dua pembantu rumahnya demi menyambut hari lahirnya. Dia mengerling belakang Hana. Sampaikan tukang kebun pun terlibat?
Zarif menatap Hana lama. Tidak tahu bagaimana hendak menzahirkan rasa hati. Perlakuan Hana seringkali membuatnya tersentuh.
"Daddy, cepatlah. Tiup lilin kat Kak Ros tu. Nanti lilin cair." Riuh Hana berkata sambil mata menghala pada Kak Ros yang sedang memegang sebuah kek.
Zarif mengikut arahan Hana. Lilin segera ditiup sehingga cahaya api hilang. Hana dilihatnya mencebik.
"Daddy tak buat hajat pun." keluh Hana.
"Tak perlu. Itu bukan cara kita sebagai orang islam. Lagipun, hajat daddy dah tercapai." Zarif mengendurkan suaranya sewaktu mengucapkan ayat yang terakhir. Membuatkan wajah Hana kelihatan disirami cahaya merah.
"Jom potong kek." ajak Hana selepas malunya reda. "Tapi daddy kena suap Hana dulu tau." pesan Hana sehingga menimbulkan riak hairan di wajah Zarif.
"Bukan ke Hana yang patut suap daddy? Inikan kek hari lahir daddy."
"Memanglah tapi Hana yang buat kek tu jadi Hanalah kena rasa." tingkah Hana. Cebikannya disahut tawa semua orang.
"Okey. As you wish, dear." Zarif tergelak tapi diturutkan juga mahu Hana. Kek disuap ke mulut Hana.
"Okey, biar Hana suap daddy pulak." Giliran Hana menyuapkan kek ke dalam mulut daddynya. Tepukan hangat mula menjadi latar mereka.
"Okay. Kalau macam tu akak dan abang comel sekalian boleh makan." pelawa Hana ceria kepada pembantu rumah yang lain. Bibir tak lekang dari sebarang senyuman. Semua pembantu rumah mula menjamu makanan yang sedia ada.
"Thank you, dear. You know how important you are in my life, right?" bisik Zarif perlahan di telinga Hana.
Hana senyum sambil mengangguk. Dia tahu dan sangat tahu. Semuanya terbukti jika ditanya siapa dirinya disisi Daddynya.
Hana merangkul mesra tubuh daddynya. Kepala disandar pada dada Zarif. Dia memejamkan matanya bila sesaat kucupun dijatuhkan pada dahinya. Masa yang ada sangat berharga bila bersama daddy.
. 💮💮💮
HANA melompat kegirangan bila melihat lagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) di tangannya. Seakan tak percaya ini hasil bagi seluruh usahanya.
Perhatian dialihkan pada telefonnya bila nada dering mula kedengaran. Nama daddy sedang terpapar di skrin telefon. Dia senyum nakal. Sebelum mengangkat panggilan daddynya, dia betulkan suara dahulu.
"Hello, daddy."
"Baby? How was the result? Baik tak?" Hana tahan senyum. Baru dia mulakan bicara, terus dia diajukan tiga soalan sekaligus.
"Daddy... Result Hana..." Sengaja dileretkan suaranya. Menambah lagi kekhuatiran di hati Zarif.
"Yes, baby? It's okay. Baby jangan sedih. Tell me, how was the result."
YOU ARE READING
DADDY'S
RomanceSHORT STORY BY FATIN HARH Daddy's ------ "Hana anak luar nikah. Hana anak kotor."- Hana "Please, dear. Daddy tak pernah anggap Hana anak kotor. Hana gadis yang paling suci dalam hidup daddy."- Zarif Disebalik ucapan Zar...