HANA berdiri di balkoni biliknya meliarkan pandangan ke sekeliling. Mata dipejam rapat apabila udara segar di pagi hari disedut masuk ke rongga hidung. Sangat menyenangkan.
Satu lingkaran tangan di pinggangnya menyebabkan Hana segera menoleh kepala ke belakang. Daddynya...
Hana kulum senyum manis dalam diam.
"Daddy dah bangun?" sapa Hana
"Hrmmm." Hanya suara garau Zarif menyapa gegendang telinga. Terasa kepala Zarif disembamkan di celah bahu Hana.
"Tak sejuk ke pagi-pagi berdiri di sini?" soal Zarif. Masih memanggung kepala di bahu Hana.
"Tak. Hana suka hirup udara segar."
Pandangan Hana jatuh pada usapan lembut yang diberikan Zarif di sekitar perutnya. Hana tersenyum. Tangannya menindih tangan Zarif di perutnya. Anak mata tertarik pada cincin yang melekap mata tangan mereka. Sangat serasi. Cincin yang dipakai Hana dikategorikan sebagai ringkas, tapi sangat cantik. Menarik dengan berlian yang menghiasi cincin yang dipakainya.
Hana mengerling cincin daddynya. Ukiran yang sama tetapi lebih ringkas. Tidak mempunyai ukiran yang berlebihan. Masing-masing nampak berkilau.
"Mesti mahal kan?" bisik Hana.
"Apa, baby?" soal Zarif seperti kedengaran suara Hana.
"Cincin ni. Mesti mahal kan?" Jari bermain dengan cincin di jari Zarif.
"Nothing precious than you. Daddy sanggup habiskan berpuluh ribu ringgit demi Hana. So, lepas ni baby tak boleh tanggal sesuka hati. Kena mintak izin daddy dulu."
Membuntang biji mata Hana sewaktu mendengar kata-kata Zarif. Berpuluh ribu? Tak dia sangka, corak yang kelihatan simple ternyata berharga puluhan ribu. Dia harus akui, meskipun ringkas tetapi cincin yang dipakainya sangat cantik. Corak yang istimewa lengkap dengan ukiran nama pasangan masing-masing.
"Baby..."
Hana menoleh ke sisi. Satu kucupan singgah di pipinya mendadak dan Zarif beredar ke sebuah almari besar. Hana cuma menjadi pemerhati dengan kepergian Zarif.
Beberapa minit kemudian, Zarif muncul dengan sekeping sampul coklat di tangan kanannya. Berjalan ke arah Hana dengan senyum kacak melekat di bibir.
"Apa ni?" soal Hana dengan dahi dikerutkan apabila sampul tadi dihulur kepadanya.
Zarif tayang senyumnya. Rambut yang ditiup angin disebak ke belakang. Menunggu Hana membuka isi kandungan sampul surat itu.
Lama mata Hana melekap pada isi kandungan itu sebelum beralih pada daddynya. Pandangan sudah mula berkaca.
"Daddy..."
"Baby tak suka?"
Tak menunggu lama, terus tubuh Zarif dipeluk Hana. Kepala melekap di dada Zarif. "Thank you..." ucapnya dengan nada antara dengar atau tidak dengar.
"Daddy tahu baby berniat untuk study ke luar negara. Sekarang, daddy nak realisasikan impian baby. Daddy harap baby suka."
Hana melonggarkan pelukan. Wajahnya diangkat bagi memandang segenap raut kacak Zarif.
"Hana sayang daddy... Terima kasih." ucapnya perlahan.
Zarif senyum lebar mendengar pengakuan Hana.
"I love you too...""Tapi janji dengan daddy, tak boleh biar mana-mana lelaki tacle kesayangan daddy ni. Siaplah lelaki tu kalau daddy dapat tahu!" Jelas nada cemburu di ayat Zarif.
Hana tergelak. Dia pandang daddynya sambil menggeleng kepala.
"Daddy jangan risau. Hana cuma sayang daddy je. Cuma daddy yang Hana cinta. Hana tak tergoda dengan lelaki lain."
Zarif bertambah senyum. Kepala Hana diusap penuh kasih.
"Insya-Allah, daddy akan sentiasa melawat Hana kat sana. Hana pun jangan terkejut tau kalau daddy datang ketuk pintu rumah sewa Hana tengah malam." usik Zarif. Jujur dia tak sanggup berpisah dengan Hana tapi apa pilihannya. Impian Hana dari dulu dan tak mungkin dia melarang. Zarif sangat cintakan Hana.
"Tapi... Sebelum baby sambung belajar. Daddy nak bawak Hana pergi honeymoon."
Hana memandang Zarif teruja. Dia menekup mulut dengan tangan.
"Betul ke daddy? Kat mana? Bila?"
Zarif ketawa kecil dengan sikap teruja Hana. Nampak comel dengan mata yang besar dek rasa terkejut.
Satu lagi sampul yang terselit di poket belakang Zarif dikeluarkan dan diserah pada Hana untuk membacanya. Lama dia menanti reaksi isteri kecilnya.
"Daddy... Paris?"
Zarif mengangguk seraya menahan senyumnya yang hendak ditarik.
"Wauuu." Tak lama, tubuh Zarif terus diterpa kuat. Terlalu teruja hingga nyaris terlompat di pelukan daddynya. Paris merupakan kota idaman yang dia impikan. Tak sangka daddynya akan merealisasikan impiannya sementelah dia pernah memberitahu Zarif mengenai kota Paris sebelum ini. Ternyata Zarif sangat peka tentang Hana.
"Thank you. Thank you so much!"
"My pleasure. I will do anything for you."
Rambut Hana dielus lembut namun pergerakan tangan Zarif terhenti bila Hana mendongak. Satu kucupan tak disangka-sangka diterima Zarif di bibirnya. Bibir mungil Hana kini bertaut dengan sepasang bibirnya. Agak lama.
Zarif melorek senyum nakal bila tautan bibir dilepaskan.
"The best present I ever had." bisik Zarif di telinga Hana, menghantar perasaan malu ke seluruh wajahnya.Tangan Zarif meliar di wajah Hana. Mengusap lembut kulit halus Hana. Hana senyum membalas. Wajah masing-masing direnung dalam. Tanpa perlu berkata apa-apa, hati sudah mula berbicara nada cinta. Pagi yang tenang bagai memberi kehangatan dan keselesaan dalam diri.
Tubuh kecil Hana diangkat. Dibaringkan di atas katil sebelum Zarif naik menindih tubuh kecil Hana. Sempat bibirnya mengukir senyum pada Hana.
"I love you and forever will be you."
Seusai kata-kata Zarif itu, bermulalah pelayaran yang dinanti. Penuh kasih. Penuh cinta. Masing-masing saling memberi kehangatan. Walau sebijak manapun manusia menafikan, takdir tuhan tetap menemukan jodoh mereka. Hana milik Zarif. Selamanya milik Zarif. Zarif milik Hana. Selamanya milik Hana. Insya-Allah.
TAMAT
.
PENGAJARAN;
1. Walau sesiapun 'dia' di sisi kita. Jangan menyentuh ketika dia belum menjadi yang halal untuk kita. [Seperti Zarif yang tertewas dengan perasaannya dan mengucup bibir Hana di C2]
2. Kehidupan mengajar kita bahawa tidak semuanya kekal menjadi milik kita sejurus kita mengistiharkan 'sesuatu' itu milik kita. Semua milik Allah.
3. Jika kita benar mencintai seseorang. Jadikan dia yang halal untuk kita sentuh dan sayang. Jangan biarkan dia menjadi 'sesuatu' yang hanya layak untuk santapan mata. Kerana mata sering mengajak anggota lain untuk melakukan maksiat bersamanya.
SEKIAN,
YOU ARE READING
DADDY'S
RomanceSHORT STORY BY FATIN HARH Daddy's ------ "Hana anak luar nikah. Hana anak kotor."- Hana "Please, dear. Daddy tak pernah anggap Hana anak kotor. Hana gadis yang paling suci dalam hidup daddy."- Zarif Disebalik ucapan Zar...