o n e

13.7K 408 11
                                    

Third person POV

//knock//knock//

"Yah,bangun! Harini hari last apply kerja dekat syarikat idaman kamu tu cek adek oi,"

Wendy menggoncang badan June terus-terusan.June menggeliat lalu menyelebungi kembali dirinya dengan selimut.

"Mam-"

"Okay,okay! June bangun,jangan panggil Mama okay?"

Wendy tersenyum kemenangan,dia bangun lalu keluar dari bilik tersebut sambil bernyanyi kecil.

June mengeluh panjang sebelum bangun dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

"Berapa ya Ahjusshi?

"500 won,"

"Nae,Gamsanhamnida,"

June keluar daripada teksi tersebut dan melihat kearah sekelilingnya.

Mata hazelnya melilau mencari bangunan JS Holding yang perlu dikunjungi untuk sesi Interview.

Sebaik saja label bangunan tersebut menyinggahi anak matanya,dia berlari-lari anak kearah pintu masuk.

"Selamat datang apa boleh saya bantu?"

Seorang wanita yang segak berpakaian formal yang duduk di belakang kaunter pertanyaan menegurnya.

"Saya datang untuk interview?"

"Cik boleh naik ke tingkat 5 untuk interview,oh dan interview akan tamat dalam 20 minit ya,"

June cepat-cepat bergegas ke tingkat 5,hampir sebelum jam menunjukkan pukul 9;20 pagi.

Dia menarik nafas panjang sebelum mengetuk pintu untuk masuk ke dalam pejabat Encik Kim.

"Masuk,"

Dengan perasaan gentar,perlahan-lahan dia masuk kedalam pejabat tersebut.Dia ternampak seorang lelaki yang berkemungkinan berumur 50 tahun sedang tersenyum mesra kepadanya.

"Datang untuk interview,cik?"

"Aerin,Kim Aerin,"

June menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Encik Kim.Dia mengambil tempat duduk di hadapan meja setelah dipelawa mesra oleh lelaki yang duduk dihadapannya itu.

"Boleh berikan resume awak?"

June menghulurkan resumenya dengan tangan yang terketar-ketar.

Selepas beberapa minit membelek resume kepunyaan June dia menghulurkan kembali fail hijau muda tersebut dengan senyuman puas.

"Awak bertuah masih ada satu jawatan kosong yang saya perlukan Cik Aerin,"

June tersenyum kelat,tangannya basah kerana berpeluh sejuk.Dia menunduk ke bawah.

"Awak diterima sebagai Assistant CEO syarikat ni,tahniah,"

Sebaik saja mendengar kata kata Encik Kim,June menarik nafas lega.Dia tersenyum manis,teruja untuk pulang ke rumah dan menyambut kejayaannya dengan keluarga.

"Gamsanhamnida,Encik Kim.Sebelum tu,boleh saya tahu dimana pejabat CEO?"

"Ah yang itu,pembantu saya akan uruskan,ada apa-apa bagitahu saya ya Aerin.Ini surat penerimaan awak bekerja disini,"

Kedengaran pintu pejabat dibuka,menampakkan seorang wanita yang memakai kaca mata.Dia melihat kearah June dan tersenyum manis.

"Aerin,ini pembantu saya Min Soojung.Soojung bawa June ke pejabat Kai dan bagitahu dia apa yang dia perlu tahu,"

"Ah,baik Encik Kim.Cik Aerin boleh ikut saya sekarang,"

June mengikuti langkah wanita tersebut dengan perasaan ingin tahu.Dia menunduk hormat kepada Encik Kim sebelum melangkah keluar dari pejabat tersebut.

"Baiklah Cik Aerin,pejabat awak terletak di tingkat 11.Lagi satu perkara,awak kena datang tepat pukul 8:00 pagi,yang selebihnya saya akan terangkan kemudian,"

"Cik Soojung,takyah la formal sangat dengan saya,panggil je June atau Aerin,"

"Awak tu pun sama,panggil saya Soojung unnie je,arraso?"

"Hehe,arraso unnie!"

Mereka berdua ketawa sebelum masuk kedalam lif yang menuju ke tingkat 11.

-

No proof read.Sorry for any mistakes :)

EDITED [160918]

Redamancy • k.jongin Where stories live. Discover now