Kai
Incoming Call
(Appa)"Yoboseyo?"
"Kai,Appa dah dapatkan pembantu baru untuk kamu.Esok dia akan mula kerja,"
"Appa,I can work by myself,"
"Kamu jangan degil macamni.Kamu tengok abang kamu,Seokjin.Selama ni dia okay je kan dengan apa yang Appa suruh dia buat? Kamu tolong dengar cakap Appa untuk sekali ni je Kai,"
"Aish,fine.Tapi Appa kalau Kai tak suka dia,Kai tak akan teragak-agak untuk pecat dia,"
"Dah berapa orang kamu pecat selama 3 bulan ni Kai bagitahu App-"
Beep
Aku mengeluh panjang.Appa tak habis-habis membebel dan bandingkan aku dengan Jin hyung.Aku pecat diorang pun ada sebablah–Perempuan yang Appa lantik semuanya tak reti buat kerja.Asyik menggatal je dengan aku.Tahulah,aku ni hensem.
–
June
"Aigoo,dah pukul berapa ni! Dahla first day,aku lambat dah ni,"
Aku segera berlari masuk kedalam lif setelah ia terbuka.Cepat-cepat aku kemaskan diri yang kelihatan serabut akibat berlari sebentar tadi.Aku menekan punat lif yang menunjukkan nombor 11.
Ding!
Sebaik saja pintu lif terbuka,aku berlari-lari anak kearah pejabatku yang bersebelahan dengan pejabat CEO.
"Sampai pun kamu Aerin,ingat tak nak datang harini,"
Aku tersenyum malu apabila Soojung unnie datang menegurku.Baru sahaja aku hendak membuka mulut,kelibat dia hilang tak dikesan.
Tiba-tiba kelihatan seorang lelaki yang sedang bercakap di telefon menuju kearah pejabat yang bersebelahan dengan pejabatku.
Aku bangun apabila dia masuk kedalam pejabatnya dan menunduk hormat.
Dia merenung kearahku lama sementara dia sedang bercakap di corong telefon.Aku menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya sebelum melabuhkan punggung diatas kerusi.
Kedengaran dia berdehem beberapa kali yang mungkin bertujuan untuk menarik perhatianku.
Dia membuat isyarat tangan menyuruh aku masuk ke pejabatnya.
"Ada apa Encik Kim panggil saya?"
"Buatkan aku kopi,oh ya apa nama kau?"
"June,"
Dia memandang aku lama,sebelum menyuruh aku keluar dari pejabatnya.
Aku mengeluh kecil sebelum menuju ke pantry untuk membuat kopi yang diinginkannya.
–
"Encik ni kopi,"
Dia mengangguk perlahan.Aku mengamati wajahnya yang sedang fokus melihat kearah skrin komputer.
"Sudah sudahla awak berangan kat sini,awak nak apa lagi?"
Aku menunduk ke bawah kerana malu.Dia mengetuk mejanya beberapa kali untuk menarik perhatianku.
"Saya tanya ni awak nak apa?"
Aku menggeleng perlahan sebelum memandang kearahnya.Dia memandang aku dengan pandangan bosan.
"Ah maafkan saya,cuma umm–encik takda apa apa kerja ke untuk saya?"
Tangannya yang tadinya sibuk menekan papan kekunci tadi kini berhenti.
Dia mematah-matahkan jarinya sebelum mengambil beberapa buah fail yang bersepah diatas mejanya.
"Hantar semua fail ni dekat Cik Soojung,lepastu tolong catatkan jadual saya untuk minggu ni,"
Aku mengangguk sebelum mengambil fail ii yang berada dalam genggamannya.
Aku menunduk hormat sebelum melangkah kearah pintu pejabatnya.
Belum sempat aku melangkah keluar kedengaran dia memanggil namaku.
"Satu lagi June,kopi awak tawar.Saya nak awak buatkan yang baru lepas awak hantar fail tu,"
"Baiklah,"
Aku mendengus sebaik saja dapat keluar daripada pejabatnya.
Dalam perjalanan ke pejabat Soojung unnie,hati aku tidak habis menyumpah seranah bos aku yang cerewet tu.
"Encik bos,I hate you!"
–
"Abg bomba–I love you,"
Esyok sekolah but hw belum siap :(
Again,no proof read.Sorry kalau ada typo ke salah ke kan.[EDITED-160918]
YOU ARE READING
Redamancy • k.jongin
Fanfiction✘ malay (was named my byuntae husband before.) redamancy + the act of loving the one who loves you; a love returned in full. Perkahwinan. Semua orang menyatakan bahawa perkahwinan itu indah. Tapi adakah ia benar? Ikuti kisah Kim Aerin atau lebi...