June
Buat masa sekarang, dah masuk cawan kopi yang keempat aku buat untuk encik bos yang cerewet tu.
Rakan sekerja aku yang tengah lepak dalam pantry tu pun semua dah pandang pelik. Mahu taknya, kerap sangat aku masuk sini.
Minah yang asyik bergosip tu pun tak jadi nak mengumpat orang sebab kesiankan aku. Rasanyalah.
Aku lihat riak wajah dorang, semua nak acah acah kesian padahal dalam hati tu kemain gelak. Bukan tak tahu.
Ah, biarlah. Aku tak kisah, asalkan aku buat kerja. Aku mengeluh panjang, insiden semalam bermain-main dalam kepala aku ibarat sebuah cd rosak.
"Listen here, i don't care if you're going to be my future wife or whatsoever. Just know one thing, I'll never love you,"
Aku mengeluh panjang,betul ke apa yang aku buat ni? Berkahwin atas dasar paksaan?
Tapi perkahwinan ni jugaklah yang akan bantu selamatkan butik mama tu. Stressnya!
"June, kamu okay ke?"
Suara Soojung unnie buat aku tersentak dari lamunan. Aku lihat kearah cawan yang berada di tangan.
Ah sudah! Air apa yang aku buat aku tak tahu, warnanya coklat cair,dah serupa erk-better takyah mention kot.
"Kamu nampak tak sihat je ni, dah berapa kali kamu ulang alik masuk pantry cuba bagitahu?"Soojung unnie melihat aku, risau. Dia mengambil cawan yang berada dalam genggamanku dan meletakkannya didalam sinki.
Aku lihat dia capai sebuah cawan lain yang sudah terisi dengan air kopi yang sudah siap dibancuh.
Entah dari mana datangnya air tu aku tak tahu. Mungkin dari poket ajaib doraemon tu kot,hm ntahlah.
"Ambil ni, I know you're tired with Mr.Kim's antics, tapi harini dah genap sebulan kamu kerja dekat ofis ni,june,"
Aku memandang unnie dengan perasaan hairan. Sebulan je,apa nak dihiraukan. Tu pun kira naseb la tak kena pecat.
Wanita yang berdiri dihadapanku ketika itu menolak cermin mata bulatnya ke atas. Tua-tua pun hipster kemain Soojung unnie ni.
"Haih,macamni-selama ni tak pernah lagi Encik Kim tu ada assistant yang tetap dalam tempoh sebulan tau. Kamu ni wanita yang kedua yang berada dalam rekod yang dah kerja sini sebulan tau,"
"Uh, wanita pertama sapa?"
Dia melihat aku dengan senyuman penuh makna di bibir. Dengan perlahan dia menolak aku supaya berjalan kearah ofis Encik Kim.
"Well,that's for me to know and for you to find out!"
-
"Took you long enough to make the coffee,saya tak teragak-agak untuk pecat awak. Jangan ingat sebab awak tu bakal-,"
"Maafkan saya encik,tapi saya nak sambung buat kerja sekarang,"
Pandangan yang diberikan olehnya kepadaku dihiraukan. Aku tak kisah kalau dia nak marah ke apa, sebab aku tak buat salah.
Belum sempat dia berkata apa-apa, aku terus menjejakkan kaki keluar dari pejabatnya.Lantaklah dia.Hiraukan saja lelaki bersifat egois tu.
Aku menarik nafas panjang, pening aku fikirkan alam rumah tangga yang akan aku kecapi nanti.
Aku labuhkan punggung diatas kerusi sebelum tangan aku mula lincah menaip document yang perlu disiapkan sebelum pukul 4 harini.
"Beb,kau dah makan belum? Aku nak gi lunch dengan jinyoung, kau nak ikut tak?"
YOU ARE READING
Redamancy • k.jongin
Fanfiction✘ malay (was named my byuntae husband before.) redamancy + the act of loving the one who loves you; a love returned in full. Perkahwinan. Semua orang menyatakan bahawa perkahwinan itu indah. Tapi adakah ia benar? Ikuti kisah Kim Aerin atau lebi...