Third person pov
"You're getting married next month,and I won't take a no as an answer,"
Kai mengusap mukanya berkali-kali,kata kata eommanya ketika perjumpaan keluarga sebentar tadi masih terngiang-ngiang di cuping telinganya.
Kahwin?
Kalau ikutkan hati mahu saja dia larikan diri jauh dari rumah sebaik sahaja mendengar kata-kata yang meniti bibir eomma kesayangannya.
Dia menggeleng berkali-kali, tidak mahu mengusutkan lagi kepalanya dengan memikirkan hal perkahwinan.
Dia mengeluh, lesu. Pintu yang diketuk berkali-kali juga tidak dihairankan olehnya."Abang, eomma suruh siap. Hari ni kita dinner dekat rumah bakal isteri abang,"
Ujar adik perempuannya dibalik pintu.
Kai merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik dalam keluarganya.
Tetapi entah mengapa, jawatan CEO yang dulunya dipegang oleh ayahnya tidak diserahkan kepada abang sulungnya, Seokjin.
Abang sulungnya bekerja sebagai chef di hotel terkemuka Seoul. Kekadang terbit rasa cemburu melihat kehidupan abangnya yang sempurna itu.
Adiknya pula masih menetap di kolej buat masa sekarang.
" 15 minutes and i'll be down,"
Dia mengeluh lagi. Rambut brunettenya di kusut-kusutkan. Dia mencapai baju kemeja putih kosong dan sepasang seluar slack hitam sebelum meluru masuk ke dalam bilik air.
_
"Bos?!"
"Kau?"
Sudah jatuh ditimpa tangga, Kai menayangkan muka menyampahnya setelah melihat wajah his 'soon-to-be-future-wife'.
Belum sempat dia berkata apa-apa, seorang wanita berambut merah terus menarik bakal isterinya itu ke tempat lain.
"Eh, kamu tercegat dekat sini kenapa Kai? Pergilah makan sekali dengan keluarga kamu,"
Senyuman terpaksa dihadiahkan oleh Kai kepada bakal mertuanya. Dia menunduk hormat sebelum menuju semula ke ruang makan rumah agam itu.
-
June
Tak mungkin,tak mungkin,tak mungkin!
Biar betul,aku nak kahwin dengan mamat cerewet tu?
Taknak ah aku! Nanti hari-hari dia komen masakan aku tak sedap. Rambut aku yang sudah didandan rapi aku kusutkan.
Aku lihat kearah kakak yang sedang berpeluk tubuh. Entah apa yang tengah dia bebelkan aku taktahu.
Aku gelabah, aku jadi panik.
"Kakak, June taknak kahwin,"
Terasa pedih lenganku apabila ditampar kasar oleh kakakku sendiri.
Sekali aku pandang mukanya terasa seram sejuk. Mahu taknya muka dah sama merah dengan rambut kot!"Stop saying nonsense lah, akak tak tahulah apa masalah kamu dengan lelaki tu, tapi kamu mesti kahwin dengan dia,"
Mendengar kata-kata kakakku, aku jadi semakin kusut. Mahu saja aku tarik-tarik rambutku sehingga gugur kesemuanya. Biar takda orang yang nak sebab botak.
"Seunghwan, Aerin! Buat apa lagi tu, meh la makan sekali,"
Terdengar sayup-sayup suara mama dari ruang dapur . Kakak mengeluh perlahan, dia menjeling aku yang kelihatan seperti salah seorang pesakit hospital bahagia sebelum menggeleng.
YOU ARE READING
Redamancy • k.jongin
Fanfiction✘ malay (was named my byuntae husband before.) redamancy + the act of loving the one who loves you; a love returned in full. Perkahwinan. Semua orang menyatakan bahawa perkahwinan itu indah. Tapi adakah ia benar? Ikuti kisah Kim Aerin atau lebi...