Wendy
"Seunghwan,sini kejap,"
Aku menoleh kearah mama yang sedang sibuk dengan telefon pintar di tangannya.
"Haih mama,sibuk nampak.Mesej menantu ke apa,"
Aku berseloroh sebelum melabuhkan punggung diatas sofa empuk berwarna beige itu .
"Eh kamu ni! Kalau nak kahwin bagitahu jelah Mama bukannya susah,"
"Eh Mama ni kesitu pulak,ha ada apa panggil Seunghwan tadi,"
Mama tersenyum padaku penuh makna,senyum kambing.
"Ada orang nak masuk meminang adik kamu tu haa,seunghwan,"
Aku duduk menongkat dagu sambil melihat kearah mama yang tersenyum lebar.
"Wah baguslah,ha sapa mama? Ce cite sikit,"
"Alah kamu kenalkan kawan Appa kamu,Ahjushi Jongshin?"
Aku mengangguk laju.Dah macam burung woodpecker kalau sekali pandang .
"Ha,yang tulah! Sekarang ni mama nak kamu bawak dia pergi shopping baju ke apa apa ke.Jemu tau mama tengok korang terperap je kat rumah,dah pergi,"
Aku serta merta bangun dari sofa lalu menadah tangan pada Mama. Mama memandang aku pelik.
"Shopping,shopping jugak bu,tapi duitnya mana dong,nggak di kasi lagi ya,"
Mama memandang aku dengan pelik,mungkin sebab aku cakap indon kot.Yelah apa pulak orang Korea cakap indon.Pelik pelik je penulis ni.
"Ambil je kad kredit Papa dalam bilik tu,dah shush Mama sibuk,"
Aku tersengih seperti kerang busuk sebelum mengambil keputusan untuk naik ke tingkat atas .
"Bukan sibuk apa sibuk layan menantu kan Mama!"
Sebaik saja terdengar jeritan Mama dari tingkat bawah cepat cepat aku terjah masuk bilik June.
"Lenggang lenggok Mak limah jalan berlenggang ewah! Mak limah
sayang,"Aku lihat June sedang sibuk berjoget lagu raya sampai aku pun tak dipedulikan.
"Wei Mak Limah,sudahla berjoget tu akak nak cakap sikit dengan kau
ni,""Eh,a-akak b-bila masuk?June tak perasan pun,"
"Memanglah tak perasan dah sibuk duk berjoget hahahahaha,"
Aku kesat air mata yang keluar akibat gelakkan June.Aku lihat kearah June yang sudah memasang muncung sedepa.
"Ceh mulalah tu nak merajuk,dah dah duduk sini,"
"Nak merajuk pun tak boleh , akak ni kan,"
June duduk diatas katilnya berpeluk tubuh.Aku melihat kearahnya yang memakai baju kebaya dan kain batik ala ala orang zaman dulu.
Aku mengeluh kecil,sebelum menukar posisi dudukku secara bersila.Rambut aku yang menutup mata aku tolak ke belakang.
"Jum,keluar shopping,"
June menjeling kearahku,masih lagi memeluk tubuh.Dasar degil punya budak.Tak mature betul adik aku ni.
"Mama bagi ke,duit pun takda,ada hati nak shopping ceh,"
"Eh sori sikit,Mama yang suruh keluar tau! Lagi satu,mama dah bagi kredit card platinum papa tu suruh guna,"
June melihat kearahku seakan tak percaya.Dia bangun dari katil lalu berdiri betul betul di hadapanku.
YOU ARE READING
Redamancy • k.jongin
Fanfiction✘ malay (was named my byuntae husband before.) redamancy + the act of loving the one who loves you; a love returned in full. Perkahwinan. Semua orang menyatakan bahawa perkahwinan itu indah. Tapi adakah ia benar? Ikuti kisah Kim Aerin atau lebi...