BAB 2

26 2 0
                                    

PERSEKOLAHAN BERMULA

Hari ini merupakan hari persekolahan pertama bagi Hana di Highmore Elite High School,semalam berkali-kali dia memandang uniform sekolahnya.Entah kenapa dia berasa gembira bila melihat uniform itu,mungkin kerana sewaktu sekolah rendahpun dia memakai uniform juga.Tahun lalu saja tidak,malah dia terlepas pendaftaran ke sekolah tinggi kerana kemalangan itu.Namun dia bernasib baik kerana lulus ujian ulangan sekolah itu dan layak mendapat tutor untuk mengajarnya dirumah.Tapi dia pasti datuknya pasti akan mengupah tutor juga buatnya,bukan susahpun.Tapi kali ini dia akan ke sekolah seperti remaja lain seumurnya,teringat saja hal itu sudah membuatnya agak gementar.Tapi hairannya yang Hana kelihatan tenang saja sewaktu Datuknya menghantar dia ke sekolah sebentar tadi.Tiada langsung perasaan takut atau gentar di hati.Cuma apabila berada didalam kelas dia seakan tenggelam dilautan penuh manusia.Hana dimasukkan ke dalam kelas 2A-1.

Rambut coklat Hana yang ikal dan panjang sengaja ditocangnya agar tidak menganggunya ketika belajar .Hana hanya menumpukan perhatian terhadap pembelajaran didalam kelas tanpa bercakap sepatah pun dengan pelajar yang lain.Tiba –tiba dia terpandang seorang lagi pelajar yang kelihatan agak sukar juga menyesuaikan diri didepannya.Hana tidak dapat melihat jelas wajah pelajar itu kerana terlindung oleh rambutnya yang panjang dan berwarna hitam dibiarkan terurai.

Hana berasa pelik kerana sepanjang dalam kelas pelajar itu seperti diganggu oleh sesuatu dan sering saja mengibas-ngibaskan tangannya diudara.Kadang-kala dia kelihatan seperti sedang marah dengan seseorang, pelik dengan situasi itu dia cuba menegur pelajar itu.Tapi sebelum sempat dia berdiri seorang pelajar lain pula muncul disebelah pelajar itu.

"Er.....cik....Eherm....Cikgu -su...suruh hantar borang maklumat diri..."pinta pelajar perempuan itu dengan suara terketar-ketar ketakutan.Hanya tangannya yang dipanjangkan sedikit ke arah pelajar itu, tapi wajahnya sengaja ditundukkan memandang lantai.

Tanpa banyak Tanya "Pelajar" pelik tadi terus menyelongkar begnya lalu menghulurkan borang yang diminta.Selepas mengucapkan terima kasih pelajar perempuan tadi terus berlalu dengan laju ke arah meja lain.

"Apa sebenarnya yang buat budak tadi tu takut dengan kau?"Soal Hana dalam hati.Keluhan saja yang keluar ayatnya yang tersusun sinis tersimpan dihati.

Hana kemudian sekadar menjongket bahunya sebelum meneruskan lakarannya.Sebentar tadi dia mendapat visi bahawa akan ada seorang pelajar yang didenda oleh cikgu kerana tidak dapat menjawab soalan yang diberi.Hana terus mencatat sesuatu di sebelah lakarannya sebelum menunggu guru untuk matapelajaran seterusnya.Macam melihat lakonan berulang-kali saja, tapi visinya tadi mengundang perasaan geli dihatinya.

Sementara itu kelihatan seorang gadis dengan lingkaran mata hitam yang tebal sedang cuba untuk mengeluarkan buku dari dalam begnya.

"Tolong! Boleh tolong saya tak? Saya dah sesat..."

"Pergi...Aku nak belajar ni"balas Isara dalam hati.

"Tolonglah...Hari ni hari pertama saya di sekolah habislah kalau saya lambat....Saya mungkin akan dibuang kerja..."Pinta roh yang berada disebelahnya ketika ini.

"Sshu...sshu...Pergi kau dari sini, tolonglah aku dah penat dah...Dari semalam kawan-kawan kau datang ganggu aku,tengok mata aku ni dah jadi macam panda cuba tengok...Tolonglah sshu...Baliklah kat tempat asal kau,lagipun kau tu dah jadi hantu tak payah lah kerja lagi.Pengetua confirm tak marah punya..."tambah Isara sambil mengibas-ngibaskan tangannya.

"Tak mungkin...Saya belum Mati...Saya pasti semalam jantung saya masih berdenyut, awak jangan nak tipu saya kalau taknak tolong pun jangan cakap bukan-bukan..."marah betul roh itu pada Isara.

"Kalau kau belum mati macamana kau boleh senang-senang je masuk dalam kelas ni tapi pelajar lain tak heran pun...Dahlah aku malaslah nak layan kau, baik kau pergi je...Lepas ni aku ada kelas lagi,ataupun macam ni je la baik kau pergi ajar kawan-kawan hantu kau yang lain je.Sebab pelajar kat dalam kelas ni semua dah ada guru manusia yang nak ajar..Em...Kejap lagi ni...So, kau pergi jelah ye,"Kata Isara sambil memandang jam pada tangannya sebelum memberi dorongan kepada roh itu untuk berlalu pergi.

HEIRWhere stories live. Discover now