BAB 3

20 2 0
                                    

TAKDIR 4 SAHABAT

Isara sedang mendengar muzik kegemarannya dengan 'earphone'  bagi menutupi suara roh yang menganggunya kelmarin.Semalam dia terpaksa tidur bertemankan 'earphonenya' lagi,dia pasti kalau hari-hari begitu suatu hari nanti telinganya akan pekak.Hana yang baru saja turun dari kereta terus meluru ke arah Isara,Datuknya yang melihat gelagat Hana itu sangat terkejut melihat perubahan cucunya.Patutlah dari semalam Hana kelihatan sangat teruja ke sekolah,rupa-rupanya dia sudah mempunyai seorang sahabat.

Berkali-kali Hana cuba memanggil Isara tetapi Isara langsung tidak mempedulikan panggilannya.Hana lalu berlari ke sebelah Isara sebelum perlahan-lahan menepuk bahunya.Isara terus membuka fon telinganya sebelum berpaling ke sebelahnya.Hana mengangkat tangannya sambil tersenyum pada Isara.

"Good morning!"sapa Hana.

"Pagi...Wow...rambut awak memang ikal ke?Cantiknya,"puji Isara sambil menyentuh rambut Hana.

"Thanks...Rambut awak pun cantik apa...Oh ya,rambut awak memang lurus ke?"soal Hana pula sambil meneruskan perjalanan mereka.

"Erm...Gen Papa.."jawapan Isara mengundang sedikit kesedihan dihati Hana.

"Owh...Papa awak mesti kacak kan.."puji Hana cuba menyembunyikan perasaannya.

"Hem...Yup,pasal tu la kot Tuhan ambil Papa awal...Supaya Papa tak sempat kena ngorat perempuan lain,"jawab Isara sambil menyelak rambutnya ke tepi.

Langkah Hana terhenti ketika itu,timbul rasa serba salah dihatinya.Rupanya Isara juga telah kehilangan insan penting dalam hidupnya.

"Sorry saya tak berniat....Tapi awak tahu awak tak keseorangan.."tambah Hana.

"Maksud awak..."wajah keliru Isara memandang Hana membuatkan Hana tersedar.

"Erm...Takde apa-apalah..Jom masuk,nanti lambat pula,"sejurus berkata Hana terus menarik tangan Isara.

Kelas bermula tanpa sebarang masalah di kelas 2A-2 hinggalah Rosie mula mempertikai maklumat yang disampaikan oleh Guru peribahasa mereka.Sebenarnya sebentar tadi guru mereka telah memberi soalan kepada Rosie iaitu, apakah maksud peribahasa "mengenggam bara api biarlah jadi arang".Rosie tidak menjawab sebaliknya tiba-tiba menuduh peribahasa itu kejam.Menurutnya peribahasa itu hanya akan mempengaruhi orang lain untuk melakukan perkara yang tidak baik.

"Bukan itu maksud peribahasa itu Rosie...Erm maksudnya adalah .."

"Kesiannya mereka yang dipaksa untuk genggam bara api yang panas tu semata-mata nak buktikan kesahihan peribahasa yang ntah apa-apa tu,"hampir kesemua pelajar didalam kelas ketawa mendengar kata-kata Rosie yang lurus bendul itu.Hanya Elaine yang menepuk kepalanya melihat rakan barunya itu.

"Herm...Rosie,bukan itu maksud peribahasa tu la...Cubalah kamu dengar dulu penjelasan cikgu sebelum kamu tambah sakit hati lagi.....Maksudnya adalah jika melakukan sesuatu mestilah sehingga menemui hasilnya..Faham,macam belajar lah juga tak boleh setengah jalan...Faham,"jelas cikgu Lisa panjang lebar.

Setelah mendengar penjelasan cikgu Lisa barulah tenang sikit hati Rosie.

"kenapa cikgu tak cakap awal-awal..Fiuh!Hampir lagi saya nak terbalikkan meja..Hahahaha..Nasib baik cikgu sempat bagi penjelasan,"kata-kata Rosie menyebabkan Cikgu Lisa terlanggar meja salah seorang pelajarnya.Sebabnya ketika Rosie berkata tadi Cikgu Lisa sedang menuju ke arah mejanya semula.

"Sengal betul budak ni,"kata cikgu Lisa dalam hati.Tanpa disedarinya Rosie mendengar kata-katanya itu.

"Bukan sengal la cikgu tapi kurang cekap..."Rosie membetulkan ayat Cikgu Lisa yang langsung tidak terkeluar itu.

HEIRWhere stories live. Discover now