BAB 7

15 1 0
                                    

LATIHAN BERMULA

Tiada lagi peluang untuk berfikir kedua kalinya bagi Hana, Isara, Elaine dan Rosie setelah mereka berangkat pagi tadi dengan menaiki bas Fasiliti. Beberapa hari yang lalu pihak fasiliti telah menghantar surat yang menerangkan mengapa mereka perlu tinggal di Fasiliti yang juga di perkenalkan sebagai kolej pertukaran bagi mereka berempat.Sudah tentulah mereka perlu merahsiakan hal sebenar daripada keluarga masing-masing,apatah lagi mereka akan berada selama 3 bulan disitu.Malah pihak sekolah juga telah dimaklumkan dan sudah semestinya dengan alasan yang sama iaitu mereka berempat telah terpilih sebagai pelajar pertukaran ke Kolej Oraion.Betapa bangganya pihak sekolah dan keluarga mereka apabila mengetahui hal itu,kerana sebenarnya bukan calang-calang pelajar yang boleh memasuki Kolej ini.

Ayah Elaine dan Rosie mengalami kesukaran paling besar untuk melepaskan anak mereka pergi.Apatah lagi mereka berdua merupakan "anak bapak" kata Isara.Datuk Hana pada mulanya ingin membantah kerana dia risau akan keselamatan cucunya,tapi apabila Sar.Juni sendiri menemuinya datuknya akhirnya bersetuju.Mama Isara yang terkejut terus mengambil penerbangan awal dari Kota Aurel semata-mata untuk melihat anaknya itu.Menurut Mamanya sebelumnya dia tidak berapa risau kerana dia pasti anaknya akan selamat berada didalam rumah dan sekolah yang sentiasa diawasi oleh sekuriti dan kenalan rapatnya di sekolah.Tapi berita terbaru ini benar-benar meragukan baginya.Isara sendiri telah berbual dan menerangkan tentang betapa "selamatnya" Kolej itu.

Kini tinggal beberapa minit lagi mereka akan tiba didestinasi yang dituju,masng-masing gementar.Iyalah mereka akan mengalami latihan dan pembelajaran sekolah ditempat yang sama cuma bangunan yang berbeza,tapi bagaimana dengan penerimaan pelajar yang lainnya.Apatah lagi mereka mungkin tidak setaraf dari segi IQ dengan pelajar yang sudah sedia ada.Tapi berita baiknya mereka akan berada didalam kelas dan fasiliti yang sama,jadi tidaklah terlalu kekok.

Dari jauh kelihatan logo Kolej Oraion tersergam megah didepan Kolej...Sar.Juni memberi penerangan ringkas tentang bangunan yang terdapat disitu.Kerana katanya mereka akan dibawa menjelajahi seluruh kolej juga hari esok sebelum hari isninnya memasuki kelas.Menurut Sar.Juni lagi mereka akan ditempatkan di apartmen khas yang terletak betul-betul ditengah Kolej dan Fasiliti bagi memudahkan mobiliti mereka.Sar.Jane juga akan tinggal bersama-sama mereka kerana sebenarnya apartmen itu dibina khas buat agent dan memandangkan mereka berempat baru diaktifkan sebagai HEIR mereka juga dianggap sebagai Agent SUN KEEPER yang rasmi.

Pukul 8.00 malam,hari sabtu.....

Apartmen mereka memang sangat selesa dan kelengkapannya juga sempurna,nasib baik ada Sar.Jane yang memang peramah dan begitu baik hati untuk membantu mereka.Malam itu setelah makan dan mencuci muka,tiba-tiba Hana teringat yang dia masih belum mengambil ubat anti-gementarnya.Dia tergesa-gesa keluar dari bilik mandi sambil mengambil ubatnya.Terkejut mereka yang lainnya melihat Hana berlari keluar ke dapur sambil memegang botol ubat ditangan.Hana terus menuangkan air digelasnya sambil menelan 2 pil sekaligus.Setelah itu barulah dia kelihatan tenang sedikit,Sar.Jane datang dan mengusap-usap belakangnya pelan.Sementara yang lainnya sudah mengambil tempat di sebelah Hana dengan wajah simpati dan binggung.

"Are ok now Hon?"soal Sar.Jane.Dia tenang saja memapah Hana ke sofa diruang tamu.

"Yeah!Terima kasih...Sorrylah saya buatkan korang terkejut..."Kata Hana setelah duduk di sofa.

"It's ok,tapi no offence...Apa ubat yang kau makan tadi tu?"soal Elaine risau.

"Anti-nerveous...saya...Urm...Kalau saya tak makan ubat tu saya akan jadi macam orang gila...Takut dengan semua benda yang akan muncul dalam minda saya ni sekaligus,"terang Hana sambil mengetuk-ngetuk kepalanya dengan telunjuknya.

"Tapi kenapa awak sampai berlari-lari pula?"soal Rosie pula.

"Sebabnya saya sepatutnya makan ubat tu pada pukul 5 atau 6 petang tadi,tapi saya terlupa,"jelas Hana.Dahinya yang dipenuhi peluh tadi kini sudah beransur hilang.

HEIRWhere stories live. Discover now