BAB 8

18 0 0
                                    


SUN KEEPER VS MOON KEEPER

Kini sudah hampir dua minggu HEIR berada di Kolej Oraion, terlalu banyak perkara yang sudah berlaku dan juga perubahan yang mereka lalui.

Semenjak Kejadian Hana tempoh hari Sar.Jane sentiasa memastikan bahawa dia membawa ubat Hana,dia risau kejadian yang sama berlaku lagi.Walaupun mereka semakin mahir dalam taekwando tapi mereka masih lemah dalam perlawanan kombat. Oleh itu tiada masa bagi mereka untuk lalai,semuanya harus dilakukan dengan tersusun.

Isara dan Elaine kini sudah mampu menggunakan gabungan kuasa mereka dengan baik,cuma hasilnya belum ada.Menurut Sar.Juni,jika gabungan kuasa mereka berjaya mereka akan memiliki kuasa lain bagi gabungan mereka.Hana dan Rosie pula memang masing-masing dapat mengawal kuasa dengan baik,tapi kuasa gabungan mereka langsung tidak pernah dilihat lagi setakat ini.Sekurang-kurangnya Isara dan Elaine sudah pernah melihat kuasa gabungan mereka iaitu mereka berdua mampu menghasilkan sesuatu berdasarkan apa yang dilihat oleh mereka berdua.Kali pertama mereka berdua berjaya menjelmakan api besar hingga hampir membakar bilik khas untuk latihan kuasa mereka.Habis basah kuyup semua yang berada didalam apabila pemadam api automatik mengesan api itu.

********

Mereka berempat berada di perpustakaan Kolej untuk menyiapkan tugasan yang diberikan kepada mereka apabila kedengaran suara beberapa orang pelajar berbisik-bisik sesuatu.Rosie cuba menahan diri daripada mendengar percakapan mereka.Apabila dia cuba untuk duduk disebelah Elaine tiba-tiba telinganya menangkap satu perkataan yang menarik hatinya.Sebenarnya pelajar-pelajar perempuan itu adalah senior mereka,Rosie yang sedang fokus mendengar perbualan mereka kadang-kala dia terangguk-angguk.Hana yang berada disebelahnya terhenti menulis seketika apabila terlihat gelagat Rosie.Pada mulanya dia ingat Rosie sudah tertidur kerana mata Rosie tertutup rapat.

Tapi sangkaannya meleset apabila mata Rosie tiba-tiba terbeliak.Isara dan Elaine turut perasan akan reaksi Rosie yang terkejut.Seketika kemudian para pelajar itu berlalu keluar dari perpustakaan.Kini wajah Rosie sudah berubah menjadi serius pula.Dia sebenarnya sedang membuat keputusan sama ada hendak memberitahu yang lain ataupun tidak.Tapi kalau dia memberitahu mereka dan kenyataannya apa yang dia dengar sebentar tadi tidak benar bagaimana?Hampir meletup kepalanya berfikir.Malah pensel yang dipegangnya turut patah menunjukkan betapa hebatnya otaknya sedang berfikir.

"Wei,kenapa dengan awak?"soal Elaine binggung.

"Ye la...Kenapa ni Ro?"soal Isara pula sementara Hana setia memerhati dari tadi.

"Sebe...Er..Nak cakap ke tak?"soalnya tergagap-gagap sambil mengira jarinya.

"Dah terkeluar pun ayat tu sikit,teruskanlah..."arah Elaine yang sudah mula hilang sabar.

"Ok...Jap ye,5 saat lagi...5-4-.."

"BAIK KAU CAKAP CEPAT!"jerit Elaine yang kini sudah berdiri.Semua mata tertancap padanya kini.Dia memandang sekeliling sebelum meminta maaf dan kembali duduk.

"Bagitahu la Ro...Kitorang nak tahu,"tambah Isara.

"Sebenarnya tadi...Saya dengar pelajar senior cakap pasal ada perisik Moon Keeper dikesan 2 minggu yang lalu dekat Kolej ni,tapi pihak atasan berkeras menafikan tentang perkara tu..."bisik Rosie.

"Huh!Macamana pula boleh jadi macam tu?"Kata Elaine.

"2 minggu yang lalu...Ah!Saya tiba-tiba teringat sesuatu,"sergah Isara sambil memetik jari.

"Pasal apa?"soal Hana.

"Ingat tak masa Sar.Jane temankan kita explore Kolej 2 minggu yang lalu,kan kita nampak Sar.Juni bercakap dengan beberapa orang penyelidik lain,"mereka bertiga cuba mengimbau kembali ke hari itu.

HEIRWhere stories live. Discover now