BAB 4

10 1 0
                                    

PERTEMUAN 4 KUASA

Malam ini Hana memutuskan untuk membuka semula facebooknya yang selama ini sudah dipandang sepi olehnya.Maklumlah semenjak kemalangan yang dilaluinya dahulu dia langsung terlupa untuk mengemas kini facebooknya.Separuh daripadanya adalah perasaan takut,takut dia akan terkenang kembali kenangan bersama ibu bapanya 2 tahun lalu yang sememangnya banyak tersimpan disitu.

Banyak sungguh komen dari mereka yang merindui facebooknya,terutama teman sewaktu kecilnya.Tiba-tiba terdetak di hatinya untuk menulis pengalamannya semasa dan selepas kemalangan itu berlaku.Sengaja saja dia ingin melihat samada rakan-rakan kecilnya akan teringat akan peristiwa itu.Mungkin saja ada yang akan mengetahui kisah lain di sebalik kemalangan itu.Kerana jauh disudut hatinya dia percaya bahawa ada kemungkinan yang kemalangan itu bukan kemalangan biasa.Selesai saja menaip semuanya dia terus beralih ke arah katilnya sebelum menghempaskan diri dan terus terlelap pulas.

Elaine yang tadinya sibuk melayari internet terus membuka facebooknya sebelum terlihat ada massage baru tertera di 'notification'.Dia terus membaca apa yang tertulis didalam 'Post' yang bertajuk " Kemalangan 2 tahun lalu".Semakin lama semakin besar matanya membaca 'Post' itu. Akhirnya air mata laju saja menuruni pipinya yang gebu.Tapi dalam kesedihan itu dia gembira kerana dia telah menemui orang lain yang terselamat seperti dirinya,tapi orang itu lebih malang berbanding dirinya yang hanya kehilangan seorang ibu.

Tanpa membuang masa dia terus menaip dengan pantas sesuatu sebagai komen.Dia menaip agar dapat berkenalan dengan si penulis dengan lebih lanjut dan kalau boleh dia ingin berjumpa.Tujuannya hanya satu,dia ingin mengetahui samada orang itu turut mengalami apa-apa perubahan pada dirinya.

Isara pula seperti tidak percaya apa yang dilihatnya kini,Hana...Hana sahabat barunya pun terlibat dalam kemalangan itu.Tapi dia hairan mengapa Hana tidak pernah memberitahu hal itu kepadanya.Tapi bila dia fikirkan semula dia juga tidak memberitahu tentang kemalangan itu kepada Hana.Dia benar-benar ingin tahu kini,adakah Hana juga memiliki keistimewaan sepertinya.

Hampir saja dia hendak menelefon Hana,tapi niatnya dibatalkan apabila jam dindingnya berbunyi menandakan jam 12 malam.Esok sajalah,Dia ingin terus bertanya pada Hana.Timbul pula rasa sedih di hatinya apabila teringat kata-katanya pada Hana beberapa minggu lalu.Patutlah waktu dia bercakap pasal keluarganya tempoh hari wajah Hana sedikit berubah.Kesian Hana.

Keesokan harinya,Isara sengaja menyuruh pemandu untuk menghantarnya ke sekolah lebih awal agar dia dapat terus menunggu Hana di sekolah.Sedang dia sibuk menunggu tiba-tiba dia disapa oleh seseorang.

"Good morning! Awak tengah tunggu siapa?"soalnya.

"Awak nak apa?Saya ada hal penting ni nanti je la awak ganggu saya,"kata Isara sambil mengambil earphonenya dari dalam beg.

"Saya tahu kenapa awak tunggu dia dan kenapa awak tunggu dia,"kata-kata roh itu menghentikan pergerakan Isara.Isara terus berpaling,kelihatan seorang gadis sebayanya sedang berada di belakangnya.

"Apa maksud awak?Dan siapa awak ni?"soal Isara sambil menyimpan kembali earphonenya.

"Saya kan hantu, takkan awak tak kenal?...Apa sifat yang hantu ada, takkan awak tak tahu?...Kitorang boleh dengar dan nampak apa manusia lakukan tanpa pengetahuan mereka,"terang roh itu panjang lebar.

"Maksudnya...Awak sebenarnya tak tahu lagi,tapi kalau saya buat perjanjian dengan awak...Awak akan tolong saya,betul tak,"soal Isara sambil memandang roh itu dengan pandangan malasnya.

"Yup!Macamana?Interested?Tapi awak kena janji....."

Isara terus menyumbat telinganya dengan earphone kembali.Malas hendak melayan roh yang perasan pintar itu.Sedang dia membelek-belek lagu lain dalam telefonnya dia disapa lagi oleh seseorang.Tapi kali ini dengan tepukan di bahu,Isara sudah hilang sabar lalu terus berpaling sambil menunjukkan wajah ganasnya.Tapi terus hilang bila dia terlihat senyuman Hana.

HEIRWhere stories live. Discover now