Pov Raisya
Hi dan assalamualaikum, nama aku Tengku Raisya Sofea dan umur aku 17 tahun. Sudah pastilah tahun ni aku menghadapi SPM , makin tua lah aku jawab nya.
Ini hari pertama aku masuk sekolah di Sekolah Menengah Petaling Jaya. Lebih kurang sekolah ni sekolah swasta lah . Patutlah yuran masuk macam cekik darah. Aku ditukarkan sekolah ke sekolah ni atas sebab sejarah lama aku di sekolah lama aku dan urusan papa aku iaitu Tengku Ismail.
Sejarah lama aku tu sebenarnya aku hampir dibunuh di sekolah lama aku , nak cakap aku ni aku mangsa buli tu ye lah. Kalau nak cakap aku ni ada kawan tu sebenarnya seorang kawan aku pun tak ada, nombor apa tah lagi.
Jadi disebabkan aku ni sentiasa jadi mangsa buli, papa daftarkan aku beberapa kelas pertahankan diri macam silat, judo serta karate, lepas tu papa daftar aku dalam beberapa kelas sukan dan tuisyen bagi mengelakkan aku duduk terkurung di dalam bilik. Jawabnya jadual aku hari hari penuh. Nak kata penat tu penat tapi berbaloi sebab dapat kredit dengan anugerah.
-
-
-
Pada awal pagi ni seawal 5 pagi aku bangun untuk mengulangkaji subjek akaun sebelum bersiap pergi sekolah.
Selesai sahaja solat subuh barulah aku bersiap. Tapi masa bersiap lah aku akan ubah penampilan aku, biar nampak hodoh sikit. Bila mama tanya, aku pun terangkan kenapa aku disguist jadi macam ni dan pastilah sebab aku dah rasa bosan.
"Raisya?! Buat apa lama kat atas tu?!"
Alamak, mama dah bising. Aku lari turun bawah sambil bawak bawak beg sekolah untuk bersarapan sebab mama cakap dia buat waffle hari ni.
"Buat apa lama kat atas tu?"
"Tengah bersiap tadi"
Mama menggeleng kepala sedangkan aku senyum macam monyet.
Perkenalkan mama aku Tengku Rania yang merupakan founder butik terkenal dan seorang pereka fesyen. Walaupun dia seorang usahawan berjaya, dia tidak lupa tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri.
"Mama, hari ni kita breakfast apa", soal adik aku.
"Mama buat waffle today"
Dan adik aku tu nama dia Tengku Airil Haikal, dia berumur 12 tahun . Dia seorang atlet sekolah, dia juga pemain bola sepak wakil sekolah, sekarang ni dia main bola sehingga peringkat negeri. Hari ni adik aku tak kesekolah sebab dia kurang sihat, dia demam.
"Papa mana mama", soal aku
"Papa pagi pagi dah keluar pergi office lepas breakfast. Ada hal katanya"
Aku hanya mengangguk
-
-
-
Selesai sarapan,mama bagi aku duit belanja dan beberapa helaian duit RM 100 kepada Pak Cik Mat yang merupakan driver malah juga bapa angkat Airil and aku. Isterinya yang merupakan penjaga dan pengasuh aku iaitu Mak Cik Halimah sudah pulang ke kampung untuk uruskan tanah di sana.
"Sorry ye, mama tak dapat hantar kamu pada hari pertama kamu sekolah"
"Tak pe, mama jagakan Airil"
"Abah (Pak Cik Mat) akan gantikan mama daftarkan kamu masuk, dengan belikan buku"
Aku mengangguk tanda faham.
End pov
°
°
YOU ARE READING
KP (ketua pengawas) my husband
RomanceKisah 2 pelajar yang dijodohkan oleh keluarga mereka pada usia yang masih mentah. Bermula berkenalan dari menjadi musuh sebelum menjadi sahabat. Juga 2 pelajar ini mempunyai sifat yang dan karakter berlainan serta mempunyai rahsia yang tersembuny...