bab 3 ♠️

2.2K 130 15
                                    

Raisya yang sudah hampir sebulan bersekolah, akhirnya dapat kawan walaupun seorang. Walaupun seorang, tapi Raisya tidak berasa sunyi lagi sama seperti dia bersekolah lain sebelum ni.

-

-

-

Semasa Raisya berjalan ke dewan perhimpunan, Raisya terserempak dengan Rayyan. 

Pov Raisya 

"Aduh mamat kerek tu lagi. Apa lah yang bagus sangat dia sampai satu sekolah suka dia. Ketua pengawas je pun"

Raisya beratur duduk belakang Nurin. Nak ajak Nurin berborak, Nurin pulak tidur. Semasa Raisya scroll instagram, Raisya teringat Rayyan 

"Kalau tengok muka dia balik, nak cakap dia handsome memang handsome. Tapi perangai macam sial. Adik aku lagi handsome. Mungkin sebab tu kot aku tak suka dia, sebab dia tu suka perasan bagus, pastu berlagak nak mampus. Apa lagi ea, haa susah nak bawak berbincang and last apa ye, ouh panas baran. Kesian sape yang jadi bini dia. Kalau aku jadi isteri dia memang tak lah aku nak bagi muka kat dia. Pi mampus lah dia", luah Raisya dalam hati.

-

-

-

"Time aku jalan ke kelas, mamat tu boleh jeling kat aku siut. Apa dia ingat jelingan dia tu boleh buat aku angau ke, sorry sikit. Kalau jungkook tak pelah jugak, angau lah jugak aku"

End pov

-

-

-

Raisya sedang ulangkaji subjek ekonomi, Nurin pun datang duduk sebelah Raisya yang baru saja pulang dari tandas. 

"Uik, buat apa tu, sibuk nampak kau Raisya"

"Ulangkaji eko"

"Uish rajin bebeno kau ye"

"SPM sis SPM"

"Ceh, ye lah. Homework kau dah siap"

"Homework apa, subjek apa"

"Addmath dengan akaun"

"Ooo homework tu ke, dah siap dah", dibalas Raisya sambil mengangguk.

"Seriuslah dah siap?"

"Yeeee, aku dah lama siap. Aku siapkan lepas kita keluar hari tu ha"

"Mantap lah kau, aku tak siap lagi addmath"

"Cikgu tak ada sampai 10:30 sebab mesyuarat. Jomlah aku ajarkan. Tak ada lah kau kena berdiri esok"

Nurin senyum kambing, pastu keluarkan buku aktiviti addmath. Raisya stop ulangkaji ekonomi, dan gantikan buku dengan buku tulis yang diconteng. Raisya mengajar Nurin sementara menunggu guru ganti masuk.

Semasa Raisya mengajar Nurin, tibalah seorang anak setan datang memukul kepala Raisya iaitu Maya Arissa tapi Raisya macam lah kisah, dia sambung ajar Nurin walaupun riak wajah Nurin berubah. 

Maya Arissa tak puas hati lagi dengan Raisya sebab tiada tindak balas dari Raisya. Kali ni dia tarik buku Raisya dan campak keluar dari kelas. 

"Uish boleh tahan ea kau Raisya", gelak Maya dengan geng dia.

Raisya masih berdiam dan berjalan keluar kelas untuk mengutip bukunya semula.

"Asal tak lawan, lembik siak kau Raisya. Kata atlet lah itulah, takkan ni tak boleh lawan", gelak Maya lagi.

Maya Arissa ni ketua kumpulan ahli sorak dan pembuli sekolah. Yelahkan, sape je boleh lawan sebab dia anak cikgu. Kalau report pun ,cikgu takkan percaya sebab dia ni pun pet cikgu. 

Time Raisya nak masuk kelas, Raisya ditolak dari belakang sehingga terjatuh,lalu ditendang sekumpulan anak setan.

"Pergi mampuslah kau, anak Tengku konon. Ntah ntah anak orang miskin"

"Sekolah ni bukan untuk anak orang miskin macam kau. Macam mana lah kau boleh sekolah kat sini. Muka dah lah buruk"

"Ntah ntah kau melacur diri ,kan"

Gelak sekumpulan anak setan. Raisya hanya mampu diam sambil menahan sakit. Pelajar pelajar yang melihat Raisya hanya diam, dan ada yang buat bodoh.

Nurin lari dapatkan cikgu,tapi bila cikgu sampai mereka dah tak ada, Raisya turut hilang.

-

-

-

Tamat waktu rehat , Raisya kembali ke kelas dengan muka bengkak serta berbaju sukan. Nurin lari ke Raisya.

"Jom kita pergi report kat cikgu"

Raisya geleng kepala dan kembali duduk semula lalu keluarkan buku.

"Jom aku sambung ajar Addmath"

"Weh, kepala hotak kau addmath, jomlah report kat cikgu. Kalau cikgu tak percaya kita pergi report polis"

Raisya geleng kepala lagi sekali

"Ala sikit je pun, nanti okay lah. Aku dah sapu ubat dah"

"Banyaklah kau, jom lah pergi report. Tak pun aku bagi tau ibu ayah kau"

"Kau jangan cuba bagi tau ibu ayah aku, diorang dah lah kat Kelantan sebab urusan kerja. Kau jangan please. Aku tak nak diorang membebel, marah aku bagai"

"Kau dah tahu tak nak, asal tak lawan balik. Kau reti lawan kan"

"Aku malas nak buat kecoh lah. Lagi pun sikit je ni"

-

-

-

Nurin menemani Raisya pulang ke rumah, dan merawat Raisya.

Semasa Raisya sedang tidur selepas solat zuhur, Nurin menelefon ibu Raisya dan ceritakan semuanya.

Ibu Raisya yang dengar cerita Nurin, membuat keputusan untuk pulang selepas memberitahu suaminya.

-

-

-

Selepas Isyak, Raisya berjalan ke meja belajar untuk mengulangkaji, tapi belum sempat Raisya buka buku, Ibu Raisya buka pintu dan masuk bersama ayahnya.

"Eh mama, papa. Bila balik, kata stay sampai esok"

"Baliklah sebab kamu, Nurin dah cerita semua kat mama"

"Aduh, Nurin ni"

"Jangan salahkan Nurin, kenapa Raisya tak lawan balik?", tegas soalan diberikan Tengku Ismail 

"Raisya malas nak buat kecoh. If papa terfikir nak tukarkan Raisya sekolah, please jangan. Raisya merayu kat papa"

"Pastu takkan papa nak biarkan Raisya kena buli lagi, cedera lagi. No, papa tak nak"

"Please papa, give me a chance. Raisya tak nak. Please hormatkan keputusan Raisya kali ni je. Tu je Raisya minta buat masa sekarang"

Tengku Ismail mengeluh berat, dan terpaksa terima keputusan Raisya.

"Baiklah, papa akur dengan keputusan Raisya but please tell me everything's okay. If this happen again and Raisya makin teruk cedera papa pindahkan Raisya sekolah again. Buat sementara tak payah pergi sekolah. Rehat je, dah sihat, tak sakit apa tu semua baru pergi sekolah"

Raisya mengangguk dan berdiri memeluk ibu bapanya sebelum ibu bapanya meninggalkan biliknya. 

Raisya duduk di katil, kemudian mengambil handphone dan chat Nurin yang dia takkan datang sehingga dia sembuh.

KP (ketua pengawas) my husbandWhere stories live. Discover now