Raisya baru dua hari tak datang sekolah, Raisya dah mula bosan
terperap dalam bilik tidur seharian. Buku novel Dheo pun sudah habis dibacanya, homework pun sudah disiapkan. Raisya rasa nak kemas bilik tidurnya, tapi dah bersih dah pun, nak solat, dia dah solat.
Raisya mengambil keputusan untuk turun ke bawah untuk membantu mamanya yang sedang masak. Maid sedang mengemas ruang rumah jadi dia terfikir nak bantu Tengku Rania di dapur.
Baru je Raisya sampai di dapur , Airil dah jerit
"Mama,Raisya turun Mama!!!!!"
"Eish, adik aku ni tak boleh nak diam langsung. Aku buat sepak macam bola baru tau"
Tengku Rania yang dengar Airil pun berhenti memotong sayur, berjalan ke Airil. Airil menunding jari kepada Raisya"
"Tu ha Raisya"
"Raisya nak apa turun ni, kan boleh panggil mama, tak pun Airil pun boleh. Kalau Airil ke mama tak dengar panggil bibik"
Raisya senyum kambing, berjalan ke Tengku Rania.
"Raisya nak tolong mama masak je"
Tengku Rania menggeleng kepala sedangkan Raisya memandang Tengku Rania dengan muncung.
"Tak payah, mama dah nak siap dah, Raisya pergi buat air jus oren"
Raisya pergi ke dapur untuk membuat air jus oren sebelum dihidangkan di atas meja.
Airil berlari ke bilik pejabat Tengku Ismail, sampai je hadapan bilik pejabat Tengku Ismail, Airil membuka pintu
"Papa, jom makan, mama masak kari ayam dengan sayur kangkung goreng belacan"
"Yeayyy, kari ayam!!!! Yeayy yayyyy", jerit sambil melompat Tengku Ismail setiap kali mendengar kari ayam.
Tengku Ismail berlari turun ke dapur dengan meninggalkan anak lelakinya di bilik pejabatnya. Airil turun dengan menggeleng kepala.
Airil memanggil setiap pembantu rumahnya untuk makan malam bersama.
-
-
-
Selesai sahaja makan, pembantu rumah mengemas. Raisya pulang ke bilik untuk menunaikan solat fardu isyak.
Baru sahaja Raisya selesai solat, biliknya diketuk.
"Sekejap, jap jap"
Raisya bingkas bangun dan mengemas sejadah dan telekungnya sebelum berlari ke pintu untuk dibuka.
"Eh Nurin, asal kau kat sini. Masuklah"
Raisya berjalan ke sofa bersama Nurin lalu duduk di sofa Raisya yang berhadapan televisyen.
"Asal datang kau ni Nurin. Parents kau tak marah ke?"
"Saje, datang nak melawat kau"
"Ooo, ada homework ke"
"Ada, just subjek Sains dengan Matematik. Aku dah hantarlah homework dengan nota kat whatsapp"
"Ouh ye ea, aku tak bukak phone lagi. Nanti aku check. Thanks tau"
"Welcome, bila kau nak datang sekolah"
"Aku dah okay dah, esok last aku tak datang. Khamis ni aku datang lah"
Nurin mengangguk
"Sakit lagi tempat kau kena tendang tu"
"Sakit lagi, cuma dah kurang dah"
"Aku ada nak cerita ni Raisya"
"Cerita jelah,kau ni pun"
"Rayyan kan, abang KP kesayangan kita tu tanya pasal kau"
"Lah, asal pulak. Dia tanya apa?"
"Dia tanya mana kau? Kenapa kau tak datang? Dia tanya kau sakit ke apa sebab tak datang sekolah. Fuyooo Rayyan care pasal kau. Ada apa apa ke"
"Eh kau ni, mana ada apa apa. Tak mungkin lah dia tanya pasal aku"
"Tak percaya sudah"
Raisya hanya mengangguk
"Get well soon. Dahlah aku nak balik"
"Okay okay, thanks tau"
"yeee", Nurin pun berlalu pulang.
-
-
-
Raisya membuka komputernya untuk check homework sekolah dan nota yang dihantar oleh Nurin bagi menyiapkannya.
Raisya belajar sehingga larut malam, dan masa pun berlalu dengan pantas. Raisya berjaya menyiapkan homework pada jam 1 :25 pagi sebelum pergi tidur.
YOU ARE READING
KP (ketua pengawas) my husband
RomanceKisah 2 pelajar yang dijodohkan oleh keluarga mereka pada usia yang masih mentah. Bermula berkenalan dari menjadi musuh sebelum menjadi sahabat. Juga 2 pelajar ini mempunyai sifat yang dan karakter berlainan serta mempunyai rahsia yang tersembuny...