"Aku duk dari tadi cari kau, kau tahu tak. Ye ye je aku duk ,dari tadi cakap tup tup kau dah hilang dah, lesap macam tu je kau tinggalkan aku" , membebel si Rayyan selepas sergah Tengku Irfan.
Tengku Irfan yang terkejut disergah oleh Tengku Rayyan memandang Rayyan dengan senyuman kambing.
" Hehehe Abe , Abe jangan marah Abe. Relax lah, benda boleh bincang" , jawapan paling selamba yang dibalas oleh oleh Irfan.
"Relax, relax, relax itulah jawapan kau selalu!, marah Rayyan dengan penuh amarah.
"Chill lah, fine, aku mintak maaf, salah aku. Puas?!"
Rayyan terus diam lepas dengar Irfan sudah pun mengaku salah.
°
°
°
Rayyan pulang ke tempat duduk lalu buka buku Human Acts lalu baca. Kemudian Irfan datang sergah duduk sebelah Rayyan
"Weh Rayyan"
"Apa lagi kau nak Irfan?"
"Ni aku nak cakap ni, dengar lah"
"Cakap je lah, aku dengar ni ha"
"Budak baru tu ha, aku menyampah siut yang duduk sebelah Nurin. Raisya kan nama dia"
Rayyan hanya mengangguk sambil membaca.
"Serius hodoh weh muka dia. Ni ke nama Tengku. Damn, aku pun tak nak. Budak lelaki dengan perempuan lain pun cakap macam tu. Eww,kau nak?"
Aku mengangguk tapi bila sedar ayat soalan terakhir Irfan aku terus geleng kepala.
"Aku dah ada girlfriend kan. Tu pun kau dah lupa ke"
"Haah kan, kau dah ada girlfriend. Tapi kan, kalau kau suka someone else, kau jangan ambil Nurin tau Rayyan. Nurin aku punya, aku cop"
Rayyan gelak kemudian mengangguk
"Tadi aku kena langgar dengan dia lah masa aku cari kau"
"Seriuslah, Raisya?"
Rayyan angguk lagi sekali
"Nak kata hodoh, tak nampak macam hodoh. Comel lah jugak, cantik pun ye"
"Damn, kau buta ke rabun ni Rayyan"
"Biarlah, mata aku. Bukan mata kau"
"Eww, nanti kau pergi check mata kau tau"
Rayyan gelak sebelum berhenti gelak selepas cikgu yang seterusnya masuk bagi memulakan pdp seperti biasa.
°
°
°
Raisya mengajak Nurin datang ke rumah dan Nurin janji dia datang rumah Raisya dekat jam 3 melalui whatsapp selepas mereka bertukar nombor telefon .
Sambil menunggu Nurin, Raisya menyiapkan kerja sekolah. Hari ni Raisya free sebab cikgu tuisyen dia ada urus luar, jadi kelas tuisyen dia dibatalkan.
-
-
-
Selesai sahaja Raisya menyiapkan kerja sekolah, pintu biliknya diketuk.
"Bukak jelah, tak kunci pun"
Raisya berjalan duduk di atas katil, dan pintu bilik pun buka
"Weh, kau ke tu Raisya", berdiri terpacak Nurin dengan mata terbeliak.
"Lah kau ke Nurin, hahahaha haah aku lah, sape lagi"
"Lain gila kau kat rumah dengan kat sekolah, lawa siut", Nurin berjalan menghampiri Raisya yang gelak dan duduk sebelah Raisya.
"Ye, ni aku lah, takkan kau fikir aku ada kakak"
"Ye tak ye kan,lagipun kau ada adik lelaki je. Tapi serius lain do kau"
Raisya senyum dan ceritakan kepada Nurin dari A sampai Z, and alhamdulillah Nurin faham.
"So, bila kau nak stop and berubah balik penampilan kau ha Raisya"
Raisya mengangkat bahu tanda tidak tahu bila.
"Maybe dalam masa lagi sebulan dua. Tapi kau jangan bagi tau sape sape. Aku sekeh kepala kau kang"
Nurin mengangguk
"Janji ea Nurin, kau bagi tau orang aku hempuk kau pakai hammer"
"Ye ye aku janji dengan kau, don't worry bosku"
°
°
°
Nurin dan Raisya borak dan berkongsi cerita dengan gelak ketawa tanpa menyedari masa sudah pun berlalu. Jam di dinding menunjukkan jam 5 petang.
Nurin pulang seusai solat asar bersama Raisya. Raisya kembali berasa sunyi. Raisya ingin berborak dengan adiknya tetapi Airil demam dan sedang berehat di bilik tidur.
Raisya mengambil headphone bluetooth miliknya berwarna hitam dan memasang lagu BTS sambil membaca buku novel Dheo.
YOU ARE READING
KP (ketua pengawas) my husband
Storie d'amoreKisah 2 pelajar yang dijodohkan oleh keluarga mereka pada usia yang masih mentah. Bermula berkenalan dari menjadi musuh sebelum menjadi sahabat. Juga 2 pelajar ini mempunyai sifat yang dan karakter berlainan serta mempunyai rahsia yang tersembuny...