80 ☾

1.1K 108 46
                                    

M U A L A F

M U A L A F

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Malam.

"Pakcik Hairi, Makcik Ainaa memang tak balik dari pagi tadi ke?" tanya Aurelya yang duduk bersebelahan dengan Hairi di kerusi dapur. Ketika itu, Ellina, Nasuha, Aurelya, Nekngah, Maksu, Hasya, Ibu Syakirinaa, Hairi dengan Pakngah berada di dapur. Minum malam katanya.

Hairi dan Pakngah memandang antara satu sama lain dengan senyap. "Tak Liya, kenapa?" tanya Hairi kembali. "Tak cuma Liya asyik ternampak kelibat Makcik Ainaa dalam rumah ni dari pagi tadi tu" Aurelya cuba mengadu pada suami kepada Makcik Ainaa itu.

Ibu Syakirinaa memegang tangan Aurelya itu. "Alah takkan Liya rindu sampai terbayang bayang Makcik Ainaa" kata Ibu Syakirinaa dan nampak dari wajahnya dia berpura pura untuk senyum. Ellina menggigit bibirnya, tipulah kalau dia pun nak tahu apa yang jadi dengan Makcik Ainaa. Musykil gitu.

"Syakirinaa, kita semua tahu apa benda tu" jawab Nekngah yang baru sahaja duduk  di meja makan tersebut. Nasuha, Ellina, Aurelya dan Hasya memandang antara satu sama lain. "Maksu betul tak tahu ke Makcik Ainaa kat mana? Maksu kan bestfriend dia" kata Hasya tanpa bertapis. Pakngah disebelahnya memukul perlahan tangan anaknya.

Walaupun soalan yang ditanya Hasya itu seakan biadab, tetapi kesemua disitu juga turut mahu mendengar jawapan dari Maksu.

"Miraa betul betul tak tahu. Akak Ainaa tak cakap apa apa pun. Dia keluar pun Miraa tak tahu" kata Maksu lalu dia meminum airnya di atas meja itu. Hairi mengeluh perlahan. "Hairi pun dah tak tahu dah mak nak buat apa." kata Hairi yang macam tidak tahu nak buat apa lagi.

ʕ••'ʔ

Keesokan Harinya.

Ketika itu mereka sedang bersarapan beramai ramai di rumah Nekngah. Bukan main gembira lagi Nekngah apabila ramai orang dirumahnya itu. Selepas sahaja solat Subuh pagi tadi, semuanya tidak tidur kembali malah sudah berjalan jalan diluar, katanya mahu mengambil udara pagi dan mahu rezeki masuk awal.

Bila dah ramai ramai macam ni, memang gembira lah semua. 

"Mir kau ada nampak phone aku tak?" tanya Aurelya yang baru sahaja habis makan sarapannya itu. Amir yang sedang makan itu memandang Aurelya. "Tak pasti. Alah buat apa nak tengok phone kau tu. Kau tu sendu mana ada orang nak call kau" kata Amir lalu dia terketawa. "Tak de lah Eika kata dia nak call aku." jawab Aurelya yang sedang mengesat tangannya. "Eika ada jugak cakap dengan aku semalam" kata Nasuha sambil memandang Aurelya.

"Alah entah betul ke tidak tu" sambung Amir lagi. "Eleh kau sebenarnya jealous kan tak de siapa call kau sebab rindu" kata Aurelya dan tersenyum mengejek pada Amir. Amir pula menjawab dengan menjelirkan lidahnya pada Aurelya.

[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1)Where stories live. Discover now