45 ☾

1.1K 85 19
                                    

M U A L A F

M U A L A F

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.












"kau sabar je lah dulu aku tahu lah nak buat apa dengan aurelya."

kebetulan ibu Syakirinaa sedang lalu di hadapan bilik yang ditumpangkannya pada Makcik Ainaa. Terus sahaja ibu Syakirinaa memberhentikan dirinya untuk mendengar perbualan antara Makcik Ainaa di telefon.

"dia ingat dia boleh bahagia?" serentak itu Makcik Ainaa ketawa dan memberhentikan perbualannya.

Ibu Syakirinaa mengeluh lalu dia mahu meninggalkan bilik Makcik Ainaa tetapi ditegur oleh Makcik Ainaa di dalam.

"kau ingat aku bodoh tak perasan kau ada dekat situ?" Ibu Syakirinaa nak tak nak pun masuk ke dalam bilik tersebut. "saya bukan apa kak, saya cuma terdengar bukan berniat nak mengendap akak Ainaa" kata lembut Ibu Syakirinaa.

Memang di dalam keluarga mereka, Syakirinaa lah berpewatakan lemah lembut dan itu membuatkan Makcik Ainaa berasa dia berpura pura dan mahu mengambil perhatian semua orang. Dia juga berasa bahawa adiknya ini disayangi oleh adik beradik dan serta kedua ibu bapanya dulu.

"tak de lah aku memang nak suruh kau dengar" kata Makcik Ainaa selamba. "Akak Ainaa sudah sudah lah tu nak hianat anak buah sendiri. Dia pun layak untuk bahagia" kata Ibu Syakirinaa dan membuatkan Makcik Ainaa bangun dari duduknya. "kau kata apa? bahagia?" kemudian Makcik Ainaa ketawa yanh seperti mengejek percakapan Ibu Syakirinaa tadi.

"kau rasa dia layak ke dapat setelah apa dia buat kat aku? takkan kau lupa? kau sendiri menjadi saksi" Makcik Ainaa mengangkat keningnya pada Ibu Syakirinaa. Ibu Syakirinaa hanya menunduk terkelu dan tidak tahu untuk berkata apa apa.

"hari dalam sejarah aku yang aku akan ingat sampai bila bila dan akan menjadi penyebab kenapa aku benci dengan zuriat kau'' Ibu Syakirinaa memandang sayu pada mata Makcik Ainaa yang penuh dengan kedendaman.

"Tapi kak, semua orang berhak untuk dimaafkan"

"Dan aku berhak untuk tak maafkan dia"

dan sekali Ibu Syakirinaa terdiam. "Kau dengar sini Rinaa, kau tak payah lah nak sibuk sibuk pasal hal aku. Apa yang aku nak kau buat hanya lihat dan fahamkan apa yang aku cuba buat." kemudian Makcik Ainaa menolak bahu Ibu Syakirinaa perlahan.

"Tak payah nak sibuk nasihatkan aku lah apalah. Tak payah. Aku meluat dengan perangai fake kau tu. Dari kecik aku duduk dengan kau, aku dah masak dengan perangai kau. Kau tahu apa aku nak buat dengan anak kau dengan keluarga baru dia tu?" tanya Makcik Ainaa sarkastik.

[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1)Where stories live. Discover now