53 ☾

1K 101 24
                                    

M U A L A F

M U A L A F

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.










Aurelya tiba tiba terbangun pada pukul 3.30 pagi kerana terasa seperti ada orang mengacaunya. Dahinya yang berpeluh peluh terus dikesat. Dia melihat Jimin yang sedang tidur nyenyak disebelahnya.

Sambil dia mengimbas wajah Jimin itu dia terdengar bunyi di luar biliknya. Tanpa mengira malam atau siang dia terus keluar dari bilik tersebut. Senyap sunyi kerana ahli di dalam rumah itu masih dibuai mimpi.

Aurelya menggosok gosok matanya. Tumpuannya teralih pada bilik yang dia sendiri tidak pasti kepunyaan siapa yang berada disebelahnya bertentangan dengan biliknya. Dia sendiri tidak menahu siapa di dalam bilik tersebut. Yang dia tahu hanya lah bilik ibu bapanya dan Nekngah. Aurelya berasa pelik. Bukan apa, bunyi seperti seseorang sedang makan dengan rakus di dalam bilik tersebut. Jantungnya bukan main lagi berdegup kencang tetapi kakinya degil untuk pergi melihat ke dalam bilik tersebut.

Setelah sampai di depan bilik tersebut, pintu bilik tersebut tidak ditutup sepenuhnya. Tidak pasti apa yang dia nampak, tetapi itu cukup membuatkan bulu romanya menaik dan serta air matanya berair. Terus dia pergi kearah biliknya dan baring di sebelah Jimin.

"ya Allah tolong aku ya Allah" dalam diam air mata Aurelya sudah keluar dari matanya. Jimin terjaga dari tidurnya akibat terdengar rengekan Aurelya itu. Terus dia bangun dari baringanya dan terlihat Aurelya sedang menutup mukanya "Hey Aurelya what's wrong?" tanya Jimin prihatin walaupun dalam keadaan mamai.

Aurelya tanpa banyak kata terus pergi dapatkan pelukan Jimin.

"Jimin saya takut. Say...saya ta..tak tahu saya ta...takut" terus segar mata Jimin apabila turut merasai badan Aurelya begetar hebat. "Aurelya Sofiaa kenapa ni?" tanya Jimin yang sudah melepaskan pelukan untuk melihat muka Aurelya. Air mata Aurelya sudah banyak bertakung.

"tell me what's wrong?" tanya Jimin sekali lagi lalu dia mengesat pipi Aurelya yang sudah basah begitu juga dengan tubir mata Aurelya. Dahi Aurelya juga dikesat menggunakan tangannya. "saya takut Jimin sumpah saya takut" Jimin melihat mata Aurelya menunjukkan dia tidak keruan. Pasti ada yang tidak kena pada isterinya.

Jimin terus memeluk erat Aurelya lalu diusapnya perlahan belakang Aurelya. Jimin melihat jam yang tergantung menunjukkan pukul 4 pagi.

"sayang, tahajjud jom?"

Aurelya melepaskan pelukannya dan melihat Jimin. Jimin membetulkan rambut Aurelya yang terjuntai di dahi.

"saya bu..bukan tak nak" Aurelya menarik hingusnya lalu mengesat air matanya yang turun. "saya takut nak amb...ambik air sembahyang dekat dapur" beritahu Aurelya.

[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1)Where stories live. Discover now