90 ☾

833 104 23
                                    

M U A L A F

Jimin meraupkan rambutnya ke belakang semasa dia sedamg menurun tangga masjid tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jimin meraupkan rambutnya ke belakang semasa dia sedamg menurun tangga masjid tersebut. Dia sempat tersenyum kepada pakcik pakcik yang sedang turun dari masjid tersebut. Dia menyandarkan badamnya pada pemegang disitu sambil itu dia memakai jam tangannya kembali. Matanya pula sedang melihat keberadaan Aurelya yang mungkin akan turun bila bila masa sahaja.

Dia melihat ke arah jam tangannya apabila dia sudah menunggu sedikit lama disitu. Memandangkan jemaah jemaah masjid di situ kebanyakan sudah pulang hanya segelintir sahaja yang sedang menunggu di situ. Dia pun masuk kembali ke dalam masjid dan berdiri berdekatan dengan tempat solat wanita. Dia mahu melihat tetapi dia takut terlihat aurat perempuan lain pula. Bukan dirinya sahaja yang berdosa malah perempuan itu juga yang berdosa.

Pandangannya mula teralih apabila dia melihat lampu disitu sudah tertutup, melihat sahaja seorang perempuan keluar dari tempat solat wanita itu terus ditegurnya.

"Erm tumpang tanya, semua orang yang dalam tu dah keluar eih?" tanya Jimin pada perempuan tersebut. Perempuan itu yang sedang memasukkan telekungnya ke dalam begnya terus memandang. "Ya, semuanya dah keluar" kata perempuan itu dengan lembut. "Oh ya ke, kalau macam tu terima kasih lah" kata Jimin sambil tersenyum nipis. Perempuan itu tersenyum nipis sebelum dia beredar.

Jimin mengerutkan dahinya. Mana Aurelya ini?

Sekali lagi dia turun dari masjid dan mengeluarkan telefonnya dan cuba menghubungi Aurelya. Berkali kali juga dia menelefon, tetapi masih sama tiada siapa yang menjawab. Kepalanya sudah berfikir macam mac, tetapi dia cepat cepat beristighfar dan mahu menghilangkan permikiran tersebut.

"Come on Aurelya" bisik Jimjn perlahan ketika tangannya masih ligat mendial nombor Aurelya. Dia menuju ke keretanya dan terberhenti seketika apabila terlihat sesuatu di cermin keretanya.

Tulisan ditulis yang mungkin menggunakan lipstik milik Aurelya yang berada di cermin keretanya dipandang.

'Guess what Jimin? you will be surprised'

Jimin mengetap giginya kuat. Riak wajahnya yang mulanya berasa cuak mula berubah beku. Sesiapa sahaja yang melihat riak wajah ini pasti tahu bahawa lelaki ini betul betul sedang menahan geramnya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1)Where stories live. Discover now