HAYOUNG terkebil-kebil memandang Sehun yang merempuh masuk bilik kerjanya saat itu.
"Kalau ya pun awak cemburu , rasanya tak payah kot nak sampai suruh Namjoo serang saya."
Berkerut dahi Hayoung.
"Apa awak cakap ni ?"
"Tak payah nak buat-buat tak tahulah , Hayoung. Yes. I admitted that I cheated on you ! Puas hati awak sekarang ?!"Hayoung kaku. Matanya berair saat itu. Hatinya...retak.
PPANG !
Hayoung kembali tersedar saat mendengar bunyi tamparan itu. Dia memandang Baekhyun dan Sehun silih berganti.
"KAU GILA KE OH SEHUN ?!"
Hayoung bangun dari duduknya. Tepi dressnya digenggam erat.
"Memang ! Memang Sehun gila ! Sehun dah tak cintakan Hayoung. Dan Hayoung , mulai hari ni kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Sejeong. Yes. Dia yeojachingu saya."Hayoung menunduk.
"Jadi , anggap jelah yang hubungan kita dulu cuma ujian semata-mata sebab saya memang dah tak ada hati untuk awak."Sehun keluar dan serentak itu juga Hayoung jatuh terduduk membuatkan Baekhyun ke arah Hayoung. Kepala Hayoung dibawa ke pelukkannya. Menenangkan gadis itu.
"Apa salah Hayoung ? Kenapa dia buat Hayoung macam ni ?"
Bomi yang baru sahaja mahu memanggil Hayoung tersentak memandang mereka berdua."Kenapa ni ?"
Baekhyun menggeleng. Bomi mengepal tangannya kuat.Tunggu kau Oh Sehun !
YOU ARE READING
[C] Beautiful Pain // SeYoung
Fanfiction{ 3rd Fanfiction } Oh Hayoung. Dia di takdirkan untuk mencintai Oh Sehun. Tetapi , semuanya berubah tatkala Sehun berpaling arah. Apa dia tidak cukup cantik untuk lelaki itu ? Lelaki semua sama. Pantang nampak perempuan dahi licin sikit ! Sehun lebi...