Prolog
Hai everyone, nama aku Stephanie. Stephanie Dawson. Aku adalah pelajar baru di sekolah Wild Cats High School. Aku merupakan anak orang yang berada. Ibubapaku sering sibuk dengan perniagaan mereka. Aku merupakan anak tunggal. Walaupun aku dari keluarga yang berada, tapi aku tak tahu bergaya. Berkaca mata besar, dan rambutku seperti orang yang tidak terurus dan menyebabkan aku sering dibuli dan diejek oleh pelajar lelaki disekolahku. Nak tahu siapa yang suka sangat buli aku tu? Now I want to tell you about the Story Of My Life.
Hari ini merupakan hari pertama aku bersekolah di Wild Cats High School. Aku berjalan menuju masuk kedalam kawasan sekolah.
Kaca mataku yang semakin ke bawah, aku menolaknya agar selaras dengan mata. Rambutku diklip dengan klip rambut reben yang sederhana besar. Kemudian
"Awchhh!" Aku mengaduh, seorang lelaki yang lengkap berbaju sekolah melanggarku dengan sengaja.
Bila aku memandangnya, memang tak dinafikan lagi. Dia memang handsome. Mataku membulat melihat wajahnya yang cute tu. Aku bagaikan terbang di awangan semasa memandangnya.
"Hoi, kau buta ke apa?" Jerit lelaki itu.
Eh dia yang langgar aku, dia cakap aku yang buta?
"Apa hoi hoi. Saya ada namalah" balasku seraya menepuk-nepuk bahuku.
"Do I care?" Katanya dan terus beredar .
Eh, mamat ni. Berlagak nak mampus. Mentang-mentang kau handsome , kau bolehlah poyo .
Aku keliru. Mana kelas aku ni?
"Hello there!" Seseorang menegurku . Aku pun menoleh kebelakang. Kelihatan seorang lelaki, berambut putih keperang-perangan dan berkulit kemerah-merahan menegurku .
"Well hai, hello!" Aku membalas tegurannya.
"Awak ni pelajar baru ke?" Soal lelaki itu padaku.
"Hmm ya, saya pelajar baru. Nama saya Stephanie. Stephanie Dawson "
"Ohh, my name is Niall Horan and you can call me Niall" balasnya lalu menghulurkan tangan untuk berjabat tangan denganku. Aku pun membalasnya.
"Niall, can you help me?" Tanyaku padanya.
"Yes sure, apa dia?"
"Awak tahu tak mana kelas 5A?"
"Ohh, glad to have a new classmate. Kebetulan saya pelajar kelas 5A"
"Really, fuhh thank god. So boleh tunjuk mana kelasnya ?"
"Of course boleh. Jom!"
Dan aku pun menyusuli Niall . Nasiblah ada orang yang sudi nak bercakap dengan aku.
Belum sempat aku menjejak langkah masuk kedalam kelas 5A, satu gumpalan kertas telah singgah dimukaku.
"Hahahahahahahahahaha" seseorang lelaki mentertawakan aku dengan begitu kuat. Kelakar sangatlah main baling-baling sampah kat muka orang ?
"Are you okay Stephanie?" Soal Niall padaku.
"Ye saya okay"
"Hahahahahahahahahahahahaha" gelak tawanya makin berdekah-dekah.
"Zayn, enough" ujar Niall.
Lelaki itupun hanya menahan ketawa setelah ditegur oleh Niall.
"Stephanie, awak boleh duduk disitu" ujar Niall lagi sambil menunjukkan arah tempat dudukku.
"Terima kasih" aku mengomel.
YOU ARE READING
Lovely Bad Boy
FanfictionStephanie Dawson merupakan anak orang berada yang langsung tidak tahu bergaya. Bersekolah di Wild Cats High School dan sering menjadi bahan ejekan. Hati yang selalu membenci manusia yang bernama Stephanie Dawson kerana kehodohannya, bertukar menja...