"Appa tak perlu risau, Yoojung akan jaga farmasi." Ujar Kwon Yoojung kepada ayahnya yang bakal ke rumah seseorang. Doktor Kwon ialah seorang doktor di kampung kecil mereka yang bernama Haeundae di Busan.
Gadis yang berusia 16 tahun itu bernama Yoojung, anak kepada Doktor Kwon. Sempena cuti sekolah tiga bulan itu, Yoojung terfikir untuk menolong ayahnya bekerja di farmasi.
Bukan kerana dia tiada rancangan lain untuk dilakukan ketika di cuti sekolah ini, dia terasa dia mahu bantu ayahnya bekerja disebabkan ayahnya selalu sangat bekerja hingga tiada masa untuk dia luangkan bersama dengan anaknya.
"Nanti kalau ada apa-apa masalah, telefon appa." Ujar Doktor Kwon sebelum dia beredar. Yoojung melambai tangannya pada ayahnya sehingga dia beredar dari pandangan Yoojung. Yoojung menyambung dengan kerjanya iaitu melakar lukisan.
Yoojung suka melakar tetapi nak melukis, dia tidak handal lagi disebabkan dia tidak menguasai kemahiran itu sepenuhnya. Dia mampu melakar sebanyak mana dia mampu dahulu.
Sedang Yoojung melakar benda-benda yang nampak di sana, datang dua orang budak lelaki sebaya dengan Yoojung ke farmasi. Yoojung tidak berhenti melakar dan biar pelanggan mencari apa yang mereka mahukan.
"Kau punya pasal lah, nak panjat pokok."
"Entah, idea bernas siapa yang suruh panjat pokok sebab bola tangkis tersangkut..." Kata salah seorang dua rakan itu dengan sarkastik. Yoojung yang sedang melakar itu terdengar perbualan mereka, terbuat dia tertawa.
Dua budak lelaki itu terdengar suara tertawa itu lalu menoleh kepala mereka ke arah suara tersebut. Mereka sedar akan kehadiran seorang gadis di kaunter bayaran. Mereka tenung Yoojung dan Yoojung pun tenung mereka. Tidak berkata apa-apa, Yoojung merasa kekok kerana membodek perbualan mereka.
"Tengok, dia pun gelak sebab idea bernas kau." Ujar laki yang berkulit lebih gelap dari seorang lagi. Yoojung cuma tersenyum melihat dua rakan itu berjenaka.
Mereka berdua membayar barang mereka iaitu sekotak plaster luka. Ternyata budak yang kulit gelap itu telah lukakan siku dia, kedua-dua sikunya telah mempunyai kulit terkopek yang darahnya masih lagi segar.
"Nampak teruk sangat luka awak." Kata Yoojung ketika membawa pembayaran barangan mereka.
"Yea, dia memang. Cepat sakit katanya." Kata rakannya yang seorang lagi. Kulitnya putih tetapi mukanya tidak mengata dia orang tempatan.
"Hati-hati nanti. Jika luka teruk sangat, datang lah sini. Saya akan tolong sebanyak mana yang mampu." Kata Yoojung dengan prihatin, senyuman manis tidak lekang dari mukanya.
"Terima kasih...." Si kulit putih itu hendak menyebut nama Yoojung tetapi dia tidak tahu.
"Yoojung, saya anak pemilik kedai ni." Balas Yoojung.
"Oh, awak anak Doktor Kwon! Macam mana kami tidak kenal awak?" Soal beliau semula. Si pesakit yang telah cederakan sikunya itu sedang memakai plaster luka ketika menunggu rakannya berborak dengan juruwang.
"Saya sebenarnya bukan dari sini. Saya kembali ke Busan sebab nak bantu ayah saya." Jawab Yoojung dengan info yang berpatutan. Keluarga Yoojung agak rumit untuk diterangkan. Si pelanggan itu cuma mengangguk kepalanya sambil memahami situasi Yoojung.
"Saya Renjun dan ni kawan bodoh saya, Donghyuck." Si orang asing atau dinamakan Renjun memperkenalkan dirinya bersama dengan si laki yang luka sikunya itu, Donghyuck. Donghyuck memukul lengan Renjun atas kerana mengatakan dia bodoh, membuat Yoojung tertawa.
"Jangan dengar cakap dia, Yoojung. Dia yang bodoh." Ujar Donghyuck, cuba untuk pertahankan maruahnya.
"Baiklah, kitorang pergi dulu. Harap kita berjumpa lagi. Bye, Yoojung!" Kata Renjun, mengucap selamat tinggal dia kepada Yoojung dengan menarik Donghyuck bersamanya agar mereka boleh lakukan perkara-perkara bodoh lagi. Yoojung tertawa melihat dua rakan itu berseronok ketika cuti sekolah ini.
YOU ARE READING
pharmacy
Short Storysir, this a pharmacy not a playground lee donghyuck // short story