002

239 56 4
                                    

Hari demi hari berlalu dan Yoojung sentiasa berada di farmasi ayahnya, tidak kira jika ayahnya berada di sana atau tidak. Lagipun, tiada perkara yang lagi bagus perlu Yoojung lakukan di sana. Dan juga dia datang sini untuk bantu ayahnya maka, semua masanya terpulang kepada ayahnya untuk membuat keputusan.

Yoojung melakar seperti selalu dia buat dan ini lakaran yang kelapan dia buat sejak dia jejak kakinya di Jeonju. Lakaran tersebut agak berlainan daripada yang dia buat. Yoojung sedang melakar seorang manusia. Siapakah manusia tersebut?

"Oh? Yoojung lukis siapa tu?" Soal Doktor Kwon yang sedang mengemas barang-barang di atas kaunter bayaran dan ternampak Yoojung sedang melakar.

"Entah. Yoojung biar ja tangan Yoojung lukis." Balas Yoojung dengan tangan kanannya sedang melakar dan tangan kirinya memberi sokongan pada dagunya.

"Haha. Mesti seseorang yang Yoojung pernah nampak." Kata Doktor Kwon.

"Mungkin." Jawapan Yoojung pendek tetapi mempunyai banyak maknanya.

Tiba-tiba, kedai farmasi dibuka oleh pelanggan. Doktor Kwon pantas mengucap selamat datang kepada pelanggannya. Ternyata, budak-budak nakal kampung mereka, Renjun dan Donghyuck telah datang ke farmasi mereka.

"Oh, Renjun dan Donghyuck. Apa hajat korang datang ke sini?" Soal Doktor Kwon dengan sopan kepada dua pemuda itu.

"Donghyuck jatuh longkang dan luka lutut dia." Ujar Renjun bagi pihak Donghyuck disebabkan Donghyuck tidak berhenti menangis kerana kesakitan.

Doktor Kwon serta-merta melihat jika luka Donghyuck begitu teruk atau tidak. Tidak begitu serius tetapi ia masih mengalirkan banyak darah.

"Jangan risau. Nanti doktor rawat kamu. Yoojung, tolong ambil kit kecemasan di belakang." Kata Doktor Kwon kepada Yoojung. Yoojung mematuhi arahan tersebut dan berbuat sedemikian.

Doktor Kwon dan Renjun cuba untuk menenangkan Donghyuck daripada menangis sementara Yoojung ambil kit kecemasan. Selepas beberapa minit mencari, Yoojung tiba dengan kit kecemasan.

Di ruang rawat dimana kerusi, sofa dan meja tersedia kepada pesakit-pesakit, Donghyuck terduduk di sofa dengan Doktor Kwon melutut agar dia dapat rawat Donghyuck. Yoojung dan Renjun di belakang melihat Doktor Kwon membuat kerjanya.

Selepas menyapu ubat dan membalut lutut Donghyuck dengan plaster berkenaan, selesai kerja Doktor Kwon merawat Donghyuck.

"Selesai. Jangan jatuh longkang lagi yea." Pesan Doktor Kwon kepada Donghyuck sambil mengusap kepala Donghyuck. Donghyuck mengucap terima kasih kepada Doktor Kwon kerana telah merawat dia. Dua budak lelaki itu keluar dari farmasi sambil melambai tangan mereka kepada Doktor Kwon dan Yoojung.

"Haih, budak-budak ni. Main sampai tak ingat dunia." Kata Doktor Kwon yang melayan sahaja karenah budak-budak zaman sekarang. Yoojung tawa sahaja, melihat ayahnya mengeluh.

pharmacyWhere stories live. Discover now