Keesokan harinya tiba dan Renjun dan Donghyuck hadir ke farmasi seperti yang mereka janjikan dan Yoojung gembira bahawa mereka telah datang.
Perkara ini berlangsung hampir setiap hari; Donghyuck dan Renjun datang ke farmasi. Ketika di farmasi, Yoojung akan bermain, bersembang atau apa-apa yang boleh dibuat untuk membazir masa mereka di farmasi. Doktor Kwon yang melihat mereka pun tersenyum sahaja melihat mereka bergembira walaupun di farmasi sahaja.
Selama tiga sahabat bersuka ria, salah seorang mereka telah menangkap perasaan kepada seseorang. Orang tersebut adalah Donghyuck dan dia telah mempunyai perasaan pada Yoojung. Kenapa? Pelbagai sebab Donghyuck mampu nyatakan tetapi satu sebab ini membuat dia betul-betul kagum akan Yoojung adalah bakat dalam melukis dia.
Walaupun Yoojung sendiri kata dia masih lagi tidak pakar dalam melukis tetapi dia berusaha sungguh-sungguh untuk mengasah bakat melukis dia ke tahap yang tinggi, membuat Donghyuck kagum dan suka pada Yoojung.
"Kau boleh lukis aku tak?" Soal Donghyuck ketika mereka sedang berborak di ruang rawat, Renjun terlentang atas sofa sambil memikir tentang perkara-perkara yang tidak mustahil berlaku di dunia, Yoojung pula berada di kaunter bayaran dengan buku lakar dia, seperti biasa.
"Entah. Aku tak reti lukis muka orang." Jawab Yoojung, nada suaranya begitu tidak yakin untuk melakukan apa yang Donghyuck mahukan.
"Tak pa. Tak cantik pun tak pa. Asalkan kau dapat lakar sedikit dari muka aku." Kata Donghyuck, memberi sedikit keyakinan kepada Yoojung. Yoojung pun tenung muka Donghyuck untuk beberapa saat dan mula melakar dalam bukunya.
Donghyuck cuba untuk lihat apakah hasilnya tetapi Yoojung menghalang Donghyuck daripada melihat.
"Nak tengok!" Kata Donghyuck. Yoojung mengetap bibirnya kerana dia tahu dia lukis tidak cantik. Kemudian, dia mempunyai idea.
"Aku akan bagi kau tengok apabila hari terakhir cuti sekolah tiba." Ujar Yoojung, membuat Donghyuck merungut kerana dia perlu tunggu lagi tujuh hari untuk lihat hasilnya.
"Jangan risau. Apabila kau tengok hasil nanti, kau akan terpegun hingga kau mahu letak lukisan ni dalam bingkai." Kata Yoojung dengan penuh keyakinan. Donghyuck sudah tidak sabar untuk lihat.
Hari demi hari, ia sudahpun hari terakhir cuti sekolah. Donghyuck bangun pagi dengan penuh keterujaan kerana dia akan lihat lukisan yang Yoojung lukis.
Donghyuck sungguh gembira hingga dia terus berlari ke farmasi ayah Yoojung. Tetapi, apabila tiba di sana, farmasi tutup atas sebab-sebab tertentu. Donghyuck tidak buang masanya untuk pergi terus ke rumah Yoojung.
Apabila sampai di sana, Renjun juga berada di sana. Mengapa dia sudah berada di depan rumah Yoojung?
"Kau lupa kah hari ni dia akan balik Seoul?" Kata Renjun pada Donghyuck dan dia baru teringat akan pesanan itu. Kejap, maksudnya dia takkan dapat lukisan yang dia mahukan!
"Yoojung!" Jerit Donghyuck sebaik dia nampak kelibat Yoojung bersama dengan seorang wanita. Donghyuck berlari ke Yoojung.
"Kau nak balik dah? Cepatnya." Kata Donghyuck dengan sedih. Renjun di sebelah, cuba tenangkan rakannya yang sedih itu. Yoojung turut juga berasa sedih kerana dia akan pulang ke Seoul.
"Jangan risau, Donghyuck. Nanti aku akan pulang semula ke sini." Ujar Yoojung dengan riang, tidak mahu kedengaran sedih depan mereka.
"Janji?" Kata Renjun, jari kelingking dikeluarkan untuk membuat perjanjian antara sahabat ini. Yoojung cantumkan jarinya bersama dengan Renjun, turut juga dengan Donghyuck.
"Oh! Sekejap, sebelum aku lupa." Yoojung serta-merta lari ke kereta kepunyaan ibunya untuk mengambil sesuatu. Yoojung hulurkan satu fail warna oren kepada Donghyuck. Donghyuck pun ambil fail tersebut.
"Nanti buka lepas aku dah pergi." Kata Yoojung.
Yoojung menaiki ke dalam kereta kepunyaan ibunya selepas kedua-dua ibu dan bapa Yoojung bersembang. Yoojung membuka tingkat kereta untuk melihat ayah dan dua sahabat dia buat kali terakhir.
Yoojung melambai tangannya pada mereka sehingga kelibat mereka hilang dari pandangannya. Yoojung berharap dia dapat pulang ke Busan semula dan boleh berseronok dengan sahabat-sahabatnya.
"Buka lah, dia dah pergi." Kata Renjun kepada Donghyuck yang memegang fail oren tersebut. Donghyuck buka seperti yang disuruh dan dalamnya mempunyai sekeping kertas lukisan.
Donghyuck terpegun apabila melihat gambar tersebut. Ia gambar Donghyuck, seperti yang mahu Yoojung buatkan untuknya. Renjun juga terpegun melihat gambar tersebut kerana ia sangat cantik. Cara Yoojung lukis dengan penuh profesional dan memilih pilihan warna yang sesuai untuk gambar tersebut.
Donghyuck memusing ke belakang untuk lihat apa-apa mesej dan ternyata tertulis sebuah emel pada belakang. Ia adalah emel Yoojung! Ternyata mereka mampu berhubung semula melalui emel.
Donghyuck tersenyum riang kerana dua sebab. Pertama adalah Yoojung telah melukis gambar yang paling cantik pernah dia nampak dan kedua, dia berasa gembira bahawa ada seorang rakan yang sangat berbakat.
Jika bukan kerana dia lukakan siku dia pada permulaan cuti sekolah mereka tempoh hari, takkan dia jumpa Yoojung di farmasi dan bina sebuah persahabatan yang indah ini.
.
.
.
THE END
unedited: 16/8/2020
YOU ARE READING
pharmacy
Short Storysir, this a pharmacy not a playground lee donghyuck // short story