003

213 52 10
                                    

Beberapa hari sudahpun berlalu dan ada sahaja Donghyuck dan Renjun datang ke farmasi. Tidak kisah jika kecederaan di kaki hingga ke kecederaan pada jari pun, mereka sanggup hadir ke farmasi.

Yoojung terfikir mengapa Donghyuck selalu sangat datang ke farmasi untuk kecederaan yang paling kecil sekali.

Pada minggu ketiga pada cuti persekolahan, Yoojung ingin mengambil cuti dari bekerja di farmasi ayahnya dan hendak menerokai kampung kecil itu. Ayahnya semestinya benarkan dia untuk berbuat sedemikian dan Yoojung melakukan yang dirancangkan.

Yoojung memakai gaun bunga, topi untuk menjaga kulitnya daripada matahari, radio, buku lakar, pensel dan pemadam. Walaupun mereka hidup di zaman teknologi, Yoojung membawa radio bersama disebabkan dia mahu merasa kehidupan tanpa telefon pintarnya.

Tempat atau apa-apa yang Yoojung rasa cantik atau indah, Yoojung akan duduk dan melakar permandangan tersebut dalam bukunya. Dia sudah melakar sebanyak lima perkara sepanjang dia berjalan sekitar kampung tersebut.

Pukul 3 petang tiba, matahari menyinar dengan terang dan panas. Yoojung berada di sebuah ladang bunga yang mempunyai langit membiru dengan cantik dan awan yang indah. Yoojung terduduk di bangku yang tersedia di sana dan lakar sebanyak mana dia mampu. Ayah mesti akan suka lakaran yang ini.

Sedang Yoojung melakar, dia ternampak dua kepala di kebun bunga tersebut. Tidak pasti apa sedang mereka lakukan tetapi ia menarik perhatian Yoojung disebabkan kelainan mereka daripada kebun bunga.

"Kau tangkap banyak mana dah?" Soal Renjun dengan memegang satu bekas yang dipenuhi dengan lebah dalamnya.

"Aku jumpa lima lebah dan seekor kumbang." Jawab Donghyuck sambil menunjuk serangga yang telah dia tangkap. Renjun terpegun akan Donghyuck menjumpai kumbang.

Sedang mereka melihat serangga-serangga yang telah mereka tangkap, Yoojung mendekati dua budak yang dipenuhi dengan kotor itu.

"Hai korang." Ucap Yoojung dengan riang kepada mereka dua. Mereka terkejut akan kehadiran Yoojung hingga hampir jatuhkan serangga-serangga mereka.

"Yoojung, awak tidak kerja di farmasi hari ini?" Soal Renjun dan Yoojung menggeleng kepalanya.

"Appa benarkan saya keluar hari ni." Balas Yoojung, mengeratkan genggaman pada buku lakar yang berada pada dadanya.

"Oh, nak tengok serangga yang kami tangkap?" Ujar Donghyuck sambil menunjuk bekas yang dipenuhi dengan serangga itu. Yoojung terpegun kerana tidak pernah dia lihat serangga-serangga itu dengan dekat. Bukan kerana dia takut, jarang dia nampak di bandar metropolitan Seoul.

"Wah, korang jumpa kumbang. Boleh tak saya ambil untuk lakar sekejap?" Soal Yoojung sambil mengeluarkan lakaran dia. Mereka benarkan dia melakar untuk sementara.

"Awak nak pergi mana pula lepas ni?" Soal Donghyuck ketika Yoojung sedang lakar. Renjun melihat Yoojung melakar dengan cantik itu.

"Entah. Saya nak cari tempat yang cantik untuk saya lakar." Jawab Yoojung selepas dia habis melakar dan benarkan Renjun untuk lihat buku lakaran dia.

"Jika begitu, apa kata awak ikut kami? Kami tunjukkan tempat-tempat yang cantik dan juga kita boleh berseronok bersama." Kata Donghyuck, menawarkan perkhidmatan tersebut kepada orang asing Busan, Yoojung. Yoojung dengan ikhlas hati terima tawaran tersebut dan mereka bertiga menjelajahi Haeundae bersama-sama.

Pelbagai jenis tempat mereka jelajahi dari hutan, ke pantai dan juga kedai-kedai serbaneka untuk berehat dan beli minuman dan makanan sejuk seperti aiskrim untuk sejukkan badan mereka ketika cuaca panas itu.

Sepanjang Yoojung bersama dua pemuda itu, Yoojung dapat pelbagai jenis lakaran yang cantik dan membuatnya semangat untuk melukis lakaran itu dengan sepenuhnya nanti.

Ketika Yoojung membuat lakarannya manakala Renjun dan Donghyuck bermain-main di dalam laut, Donghyuck sedar bahawa Yoojung sering melihat sahaja mereka main tetapi dia tidak sertai keseronokan mereka.

"Yoojung, jom lah sertai kami. Takkan awak nak tengok sahaja kami main? Tak seronok lah nanti." Ujar Donghyuck dari jauh. Yoojung dengar akan apa Donghyuck katakan.

Yoojung terasa juga untuk sertai mereka tetapi dia tidak mahu membasahi bajunya memandang dia seorang sahaja yang perempuan diantara mereka bertiga.

"Jangan risau pasal buku awak. Buku tu takkan lari." Renjun turut juga untuk pujuk Yoojung sertai mereka dalam laut itu. Selepas beberapa fikiran, akhirnya Yoojung membuat keputusan untuk sertai mereka dan bermain-main dengan mereka.

Mereka main dengan penuh riang dan gembira. Walaupun Yoojung tahu baju dia akan basah tetapi dia tidak kisah, dia mahu berseronok sebanyak mana yang dia mampu.

Renjun dan Donghyuck menyerang Yoojung dengan memercik air pada Yoojung dan Yoojung membalas serangan mereka dengan aksi yang sama. Sungguh riang sekumpulan rakan ini bermain hingga pengunjung yang datang ke pantai tersebut, melihat mereka beriang membuat mereka gembira.

Jam telahpun menuju pukul 6 petang, sudah hampir senja. Mereka bertiga berjalan balik ke rumah mereka, Renjun dan Donghyuck teman Yoojung pulang.

"Esok kita buat macam ni lagi! Seronok lah!" Kata Renjun dengan gembira, membuat Renjun dan Yoojung setuju dengan pendapat dia.

"Lihat jika appa beri saya keluar kerana saya perlu jaga farmasi." Ujar Yoojung. Kedua-dua Renjun dan Donghyuck teringat akan Yoojung perlu bekerja dengan ayahnya.

"Tidak mengapa. Kami akan lawat awak di farmasi." Kata Donghyuck dengan riang. Renjun setuju dengan cadangan Donghyuck. Mereka boleh datang melawat Yoojung jika Yoojung tidak boleh keluar dengan mereka.

Yoojung tersenyum kepada mereka, sanggup mereka membazir masa mereka untuk luangkan masa tersebut dengan Yoojung di farmasi.

pharmacyWhere stories live. Discover now