" Woi, berhenti!"Tiga pasang kaki dihentak ganas di atas permukaan bumi memecahkan sunyi di lorong kecil belakang banggunan perniagaan yang gelap tanpa cahaya. Badan membelok tajam ke kiri dan berlari lurus ke hadapan. Kaki dibawa merentasi jalan raya sebelum memasuki kawasan rekreasi yang suram. Sesekali kepalanya menoleh ke belakang memerhati jaraknya dengan si pengejar.
Berbantukan cahaya-cahaya lampu yang malap, kayu-kayan yang reput dan batu-batuan dielak dan dilangkah cepat. Semakin jauh dari trek joging di taman itu, semakin terbatas penglihatannya. Keadaan tanah yang tidak rata memperlahankan langkahnya.
" Auch " Kakinya tersangkut pada akar timbul sebuah pokok dan jatuh tersungkur kedepan. Tangan dijatuhkan dahulu kebawah, menahannya dari sujud ke tanah.
' This is not the time to cry, Liyana.' tangan yang pedih digenggam kuat. Tudungnya yang hampir tercabut dibetulkan sebelum hood ditarik menutupi kepalanya. Suluhan lampu terang yang menghampiri membuatnya menoleh ke belakang.
" Woi, perempuan! Kau nak pergi mana hah?! " Tanpa menunggu lebih lama, Liyana bangun dan meneruskan lariannya. Sakit di lutut dihiraukan. Sekarang ini bukan masa nak berfikir tentang sakit!
Sebuah pagar besi separas pinggang yang berdiri teguh di atas tanah menghalang pergerakannya untuk keluar dari situ. Cahaya lampu yang menyuluh tepat ke arahnya dan derapan kaki yang mendekati membuatkan keadaan menjadi lebih kabut. Tanpa berfikir lama, Liyana memijak pagar itu dan memanjat ke seberang. Malangnya, kakinya tergelincir dari tempatnya bertapak ketika hendak melompat turun membuatkan tangannya terhiris dawai tajam di pagar itu.
" Arghh " Liyana terhempas kuat di atas divider jalan di seberang. Air mata mengalir laju menahan kesakitan yang teramat di tangan. Darah mengalir menuruni tangannya dan menitik membasahi tempatnya berada.
Mata yang kabur menangkap pergerakan di tepinya. Kelihatan dua orang lelaki itu sudah menghampiri pagar besi itu. Kaki yang sudah lemah dipaksa juga untuk berdiri. Walaupun sudah tidak berdaya, kaki dipaksa juga digerak laju menyeberang jalan raya yang sunyi tanpa manusia.
Larian semakin perlahan. Rasa sakit yang menyengat dan darah yang menghilang membuatkan badannya sangat lemah. Tangan kiri naik mencengkam lengan kanannya yang mencucuk kesakitan. Tidak dihentikan lariannya meskipun langkah semakin perlahan. Kaki dibawa membelok di merata-rata. Dimana ada laluan disitu dia akan lalui. Jika dia terus berlari lurus dia tidak akan dapat bersembunyi dari mereka. Dia tidak berdaya untuk terus berlari.
Tangan dimasukkan ke dalam poket hoodienya apabila dia dia perasan darah dari tangannya menitik di setiap laluan yang dia lintasi. Kepala menoleh ke belakang dan kelibat dua orang yang mengejarnya tiada. Terbit keluhan lega di bibirnya.
Kepala tidak duduk diam, menoleh ke kiri dan ke kanan berulang kali mencari pertolongan. Tangan dilambai-lambai cuba memberhentikan sebuah kereta yang lalu di situ tetapi kereta itu terus pergi meninggalkannya.
Badan bersandar lemah di tiang lampu yang tidak menyala. Jam tangan ditilik sekilas. 3.15 pagi. Keluhan lemah dilepas panjang. Badan perlahan-lahan melurut ke bawah. Kaki dilunjurkan, lengan baju yang terkoyak diselak sedikit untuk melihat luka tadi tetapi dengan ketiadaan cahaya membuatkan dia tidak dapat melihat apa-apa. Mata dipejamkan. Nafas ditarik panjang berulang kali.
Bunyi enjin kereta dan geseran tayar mengembalikannya dari terus memejamkan mata. Perasaan tidak enak bertandang dihati. Melihat kereta itu bergerak perlahan sangat tidak normal bagi sebuah kereta yang hanya melalui jalan ini membuatkan dia bangun dari duduknya berbantukan tiang.
Badan mula berundur perlahan-lahan sebelum melarikan diri sekali lagi. Hampir sahaja dia tersungkur di awal larian. Dia sudah penat berlari. Otaknya berkata berhenti dan menyerah, hati berkata teruskan melangkah!
" Berhenti!!" Kali ini dia tak akan menoleh lagi. Liyana memasuki sebuah taman perumahan. Otak sibuk merencana strategi untuk melepaskan diri. Sakit diseluruh badan cuba untuk dihapuskan dari bermain di kepala. Bunyi tapak kaki yang laju dan berat dibelakang kembali menghantui malamnya. Langkahnya yang perlahan dan lemah membuatkan jarak diantara mereka tidak jauh.
Liyana menyelit di lorong kecil antara rumah. Ruang yang agak sempit menyukarkan dia untuk bergerak laju. Badan terpaksa diserongkan sedikit bagi melancarkan pergerakan. Pasu yang menghalang jalan dilompat dan beberapa saat kemudian bunyi pelanggaran kedengaran. Kepala ditolehkan sesaat ke belakang melihat keadaan mereka.
Melihat mereka yang terleka sebentar dari memerhatikan jejak langkahnya, Liyana mengambil kesempatan membuat lencongan ke kanan dan memasuki lorong perumahan yang menemukannya dengan jalan keluar taman itu.
Liyana mengambil keputusan drastik meniarap di atas tar dan memasukkan badannya ke bawah kereta. Hampir dia menjerit apabila lengannya yang luka terkena batu tar dan pasir. Air mata kembali menitik menahan kesakitan. Bibir diketap serapat-rapatnya mengelakkan esakan.
Semua anggota badan dilunjurkan lurus. Tangan kiri diletakkan di bawah dagu. Sesekali kepalanya menjenguk kebawah untuk memastikan kakinya tidak terkeluar atau terzahir di penglihatan manusia.
Sebuah kereta masuk ke dalam taman perumahan ini dengan perlahan. Mata dipejam sedikit menghalang suluhan lampu kereta dari terus masuk ke dalam kornea matanya. Jantung berdegup kencang tanpa sebab.
' Walau siapa pun kau tolong jangan nampak aku. Ya Allah, please!' Di dalam hati, tidak henti-henti dia berdoa meminta pertolongan dari Yang Maha Esa. Tanpa sedar tangannya mencengkam kuat kulitnya yang terkoyak sehingga membuatkan darah mengalir dengan lebih banyak. Seluruh badannya menggeletar ketakutan. Pemandu itu memberhentikan keretanya dibawah sebuah pokok besar dihadapan sebelah kanan Liyana. Mata coklat gelapnya tidak lepas memandang kereta itu.
' Ya Allah, tolonglah lindungi aku.' Mata dipejam erat.
Heyyo guys!
Thank you for reading,
Don't forget to vote,
Comment and follow.Adios!
YOU ARE READING
Bloody Heart
RomanceSemuanya bermula dimana dia ditinggalkan di kota asing tanpa sebab yang jelas. Persis cerita viral dahulu, dimana seorang gadis ditinggalkan rakan dan kekasihnya di kawasan perkuburan cina, begitu jugalah nasibnya tetapi lebih teruk daripada itu. Di...