Mata dicelikkan perlahan-lahan. Cahaya berpusu-pusu masuk ke dalam kornea mata. Benda pertama yang sampai ke retina ialah bumbung putih kekuningan. Kepala yang berdenyut disentuh lemah. Seluruh badannya kebas. Entah berapa lama dia baring sehingga badannya kebas begini." Awak dah bangun." Seorang wanita berkot putih menyapanya tanpa senyuman di bibir. Liyana di bantu untuk duduk bersandar di kepala katil. Air di dalam botol dituang ke dalam gelas dan disuakan terus ke bibir pucat Liyana. Tangan kiri naik menyokong dasar gelas. Wanita itu meletakkan kembali gelas itu dan memeriksa keadaanya.
Tidak lama kemudian, Doktor itu berlalu pergi meninggalkannya sendirian. Rasa penat masih menyelubungi diri. Liyana memejamkan mata dan kembali ke alam mimpinya.
****
1 minggu... Sudah 7 hari dia terperap dalam klinik kecil ni tanpa apa-apa yang boleh dibuat dan dalam masa 7 hari ni juga dia bertanya pada doktor muda itu dia dimana! Sakit hati tau tak setiap kali doktor tu datang tukar pembalut luka then Liyan tanya dia sekarang ni dekat mana tapi kena palau. Rasa dia macam... eiiiiii geram aku
Ada jugalah beberapa orang yang datang terima rawatan. Kira okeylah ada orang lain yang hidup dekat sini selain doktor perempuan tu dan seorang wanita lewat 30-an yang selalu datang hantar pakaian dan makanan dekat sini.
Tangan naik memulas tombol pintu tetapi masih berkunci. Liyana mengeluh kuat. Setiap hari dia berharap lepas je wanita itu datang menghantar makanan, dia terlupa untuk mengunci pintu itu kembali.
Dia dah tak sanggup nak duduk dalam klinik ni lama-lama. Dia cuma nak keluar dari sini je. Dengan keadaan yang binggung memikirkan dia dimana, kenapa dikurung. Dia takut jika sebenarnya dia sudah berjaya ditangkap oleh pengejarnya tempoh hari. Tetapi kenapa dia dirawat dengan rapi? Terlalu banyak persoalan di minda.
Ding.. Dong..
Loceng berbunyi. Liyana yang masih berada di hadapan pintu terkejut kecil. Dia cepat-cepat bergerak ke katilnya di penjuru bilik. Tuala yang tersidai di kerusi ditarik dan dibalut kepalanya. Adalah beberapa kali dia minta nak tudung dan telekung tapi tak dilayan. Tak kisahlah siapa pun yang dia jumpa dalam bilik ni, semuanya takkan bercakap dengan dia. Pelik tahu tak.
" Ikut mereka" Terhinjut kecil bahunya apabila ada yang menyentuhnya. Liyana melihat doktor wanita itu dan beralih mata kepada dua orang lelaki yang berdiri di muka pintu. Tanpa bertanya lebih Liyana bergerak ke arah mereka. Walaupun ada perasaan pelik yang menghurung dihati tetapi dia cuba untuk bertenang. Keluar sahaja dari pintu bilik itu, mata disajikan dinding putih bersih dan lampu yang menerangi laluan melintang di hadapan klinik ini. Mereka berjalan lurus lebih kurang sejauh 50 meter sebelum berjumpa pintu setinggi 6 kaki di hadapan mereka ini. Sebaik sahaja pintu itu dibuka, terpampang satu kawasan letak kereta yang luas. Liyana dibawa menaiki lift naik ke aras atas. Mereka berjalan di dalam terowong yang berbantukan cahaya malap.
"This is insane." terjatuh rahangnya apabila mata disajikan ruang dalaman rumah yang kelihatan mewah selepas sahaja tiba di hujung. Terlalu leka memerhati sekeliling, badannya terlanggar belakang salah-seorang lelaki yang membawanya. Hampir dia lupa kewujudan dua orang lelaki ini bersamanya. Tuala yang masih berbalut dikepala dibetulkan.
Liyana sekali lagi dibawa menaiki lift dan menuju ke sebuah bilik yang dijaga oleh dua lelaki berbadan dua kali ganda besarnya.
" Aku dekat mana ni?" Liyana berbisik perlahan. Air liur diteguk kesat.
Thank you for reading
Don't forget to vote and hit the follow button.
Adios!Song of the day:
Ready to run- One Direction
YOU ARE READING
Bloody Heart
عاطفيةSemuanya bermula dimana dia ditinggalkan di kota asing tanpa sebab yang jelas. Persis cerita viral dahulu, dimana seorang gadis ditinggalkan rakan dan kekasihnya di kawasan perkuburan cina, begitu jugalah nasibnya tetapi lebih teruk daripada itu. Di...