BAB 6

33 7 0
                                    

  

    Liyana termenung diatas katilnya. Buku yang dari tadi dibaca diletakkan diatas perut. Sedar tak sedar sudah 6 hari dia terperap didalam bilik ini. Bukannya tidak boleh keluar ke ruang tamu atau ke halaman tetapi dia memilih untuk tidak keluar. Buku bertajuk Freedom ditilik tanpa rasa ingin menyambung untuk membacanya. Dia bangun meletakkan kembali buku itu ke tempat asalnya.

   Liyana membuka tingkap gelongsor dan berdiri disitu merenung kegelapan malam. Malam ini tiada bintang yang memunculkan sinarnya di dada langit. Mata dipejamkan menerima angin yang memukul lembut mukanya.

Arghhhhhh!!

   Suasana yang tenang tadi berubah gempita. Apabila dibuka mata tiada apa-apa yang dapat dilihatnya. Bunyi nyaring beberapa manusia menjerit ketakutan membingitkan telinga bercampur dengan suara yang menenangkan mereka. Tahulah dia bahawa bekalan elektrik mereka terputus. Liyana bergerak perlahan ke arah lampu tidur yang diletak dipenjuru bilik dan membukanya dengan kecerahan maksimum. Untung sahaja lampu itu menggunakan bateri dan dia baru sahaja mengecasnya pagi tadi.

   Liyana keluar dari bilik dan kebanyakannya sudah membuka lampu tidur bilik masing-masing. Liyana yang berada di hadapan pintu bilik memerhati mereka yang dibawah cuba mendaki untuk naik ke atas berbantukan cahaya dari bilik-bilik. Liyana kembali masuk ke dalam dan terus merebahkan diri di atas tilam. Mata yang baru dipejamkan dibuka kembali dengan nafas yang tertahan. Liyana bangun mengejut dari baringannya.

   " Kau dah kenapa? Terkejut aku tahu tak" marah jiran sebelah katilnya.

   " Sorry sorry " balas Liyana. Badan disandarkan ke kepala katil. Laci meja ditepinya dipandang lama. Nafas ditarik panjang.

****

2.30 a.m

   Liyana membuka pintu bilik dengan perlahan-lahan. Selepas sahaja pintu ditutup, lampu tidur yang berusaha dicabutnya dari melekat di dinding dibuka. Penglihatannya amat terhad sekarang ini. Lampu dibuka dengan kecerahan penuh untuk sesaat dan dimalapkan kembali apabila tiada kelibat manusia di situ. Liyana menuruni tangga dengan keadaan duduk untuk mencegah dari terjatuh walaupun ada lampu di tangan. Dia hanya mampu berdoa tiada yang turun ke bawah atau berada di bawah saat ini.

   Pintu yang menghubungkannya dengan laluan ke dewan makan dan klinik serta bilik-bilik lain dibuka dan ditutup perlahan-lahan. Pintu ini tidak dikunci untuk memudahkan penghuni rumah ini ke tempat-tempat tertentu. Cuma pintu menghubungkannya dengan tempat letak kereta sahaja dikunci dan itu destinasinya sekarang. Langkah terasa berat. Semakin hampir ke hujung semakin sukar untuknya bernafas. Kertas ditangan digenggam erat.

Flashback
   
   " Kak, saya nak minta satu lagi roti boleh? "
Liyana bertanya. Dewan makan ini sudah kosong yang tinggal hanya pekerja-pekerja yang sibuk di dapur.

   "Sekejap akak nak ambil." Liyana yang ralit membaca menu harian yang terletak di atas meja itu tersentak apabila bahunya dilanggar dari tepi. Dengan muka bengang Liyana melihat orang itu berlalu pergi tanpa mengambil sebarang tindakan.

   "Jalan punya luas apa hal nak langgar-langgar aku pula. Apa je......" bebelannya terbantut apabila ternampak kertas terjuntai di poket depan jaketnya.

   ' 85•575•901' 
  ' 3 WΔITING WITH Δ HOPE, GUESS IT WRONG BUT ITS NOT, YOU ΔRE THE ONLY HOPE, DON'T FORGET ΔBOUT THIS NOTE'

    Itu apa yang tertera diatas kertas tebal itu. Liyana merenung kearah jalan yang dilalui orang misteri tadi. Macam mana dia boleh tidak perasan kehadiran orang tadi?

   " Kertas apa tu?" pertanyaan tiba-tiba wanita yang mengambilnya roti tadi menyentakkannya. Cepat-cepat diperosokkan kertas itu kedalam poket jaketnya kembali. Liyana membalas pertanyaan itu dengan gelengan. Muka cuba dimaniskan. Liyana berlalu keluar dengan otak yang bercelaru.

   'Siapakah dia dan apakah ini semua?'

****

   Dia tidak tahu sama ada nombor yang diberi itu kata kuncinya atau tidak tetapi dia akan cuba. Angin sejuk menambahkan rasa gementarnya. Nafas ditarik panjang dan kekunci ditekan satu persatu.

Ting!!
 
   Nafas lega dihembus kasar. Kaki cepat-cepat melangkah keluar dari situ. Kawasan garaj ini hanya diterangi cahaya malap. Nampaknya disini masih ada bekalan kuasa tetapi mengapa tidak disana?

  Tiba-tiba, mulutnya ditekup dari belakang. Dia berusaha untuk menahan nafas dan melepaskan diri tetapi kesan ubat itu sudah menyerap ke salur darahnya. Selepas beberapa minit cuba melawan akhirnya Liyana tewas.

Sejak dua tiga empat lima enam menjak ni kan makin sikit aku tulis adeh

Thanks for reading,
Please press the star button,
Follow and comment if you want.
Adios amigos!

Song of the day: Two Ghost- Harry Styles
  


Update: Saya akan stop story ni for a while sebab saya tak ada idea dah nak sambung. Tapi, insyaallah saya akan sambung nanti kalau saya rasa nak sambung or ada idea baru. I'm sorry guyss. Adios.

  

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 19, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bloody HeartWhere stories live. Discover now