BAB 5

38 8 1
                                    

Ding! .... Dong! ....

    Bunyi yang kuat mengejutkan Liyana dari tidurnya . Liyana bangkit dari baringannya dengan riak bingung apa yang berlaku. Kepala diurut sekejap dan mata melilau melihat sekeling. Dia sekarang di dalam sebuah bilik. Terdapat 6 katil termasuk yang didudukinya sekarang.

   Dilihat dua orang wanita masuk ke dalam bilik bersama tuala ditangan dan keluar kembali tanpa menghiraukannya. Dilihat beberapa orang juga berjalanan di hadapan pintu biliknya yang terbuka luas. Kemana mereka pergi? Jam menunjukkan pukul 7 tetapi tidak pasti pagi atau malam kerana tirai menutup jendela mempamirkan dunia luar.

   Selepas beberapa ketika, Liyana turun dari katilnya dan keluar dari biliknya. Sempat dia menilik penampilannya di hadapan cermin sebelum keluar tadi. Dia hanya mengekori orang-orang disitu. Tangan tak henti-henti menyisir rambut supaya rapi.

   Mereka bergerak menuju ke sebuah pintu. Sangkanya mereka sudah sampai rupanya itu adalah pintu yang menyambungkan beberapa pintu yang lain. Di hujung laluan menyambungkan bilik-bilik ini terdapat sebuah lagi pintu dan ketika itu dia sedar yang ini laluan yang sama dengan laluan yang dilaluinya awal tadi. Kaki melangkah memasuki bilik yang menjadi tujuan semua. Terlihat sudah ramai yang menjamu selera di dewan makan ini. Liyana meniru sahaja apa yang dilakukan mereka.  Dia mengambil dulang yang berisi makanan dan mengambil tempat jauh dari orang lain.

   Dari pemerhatiannya, terdapat juga beberapa orang lelaki disini. Kurang daripada 10 orang.  Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas berkaitan semua ini tetapi dia pasti ini ialah salah satu sarang sindekit pelacuran dan pemerdagangan manusia. Memikirkan itu sahaja sudah membuatkan bulu romanya menegak. Adakah dirinya juga bakal digadaikan? Adakah mereka ini juga dipaksa atau dengan rela? Apakah nasibnya nanti? Masih adakah cahaya syurga untuknya jika dirinya diperlakukan begitu? Bagaimana jika diawal sahaja dia terpaksa tetapi diakhirnya dia rela? Mutiara jernih jatuh menyusuri daging lembut dimukanya. Berpasang-pasang mata dan mulut memerhati dan melontarkan kata tentang dirinya. Liyana yang masih hanyut dilandai kecelaruan tidak sedar yang dirinya diperhatikan.

   Deheman kuat menyedarkannya dari lamunan. Sedar yang dirinya diperhatikan, air mata dikesat lembut. Sudu ditangan digenggam erat. Suapan demi suapan dimasukkan ke dalam mulut.

    ' Ya Allah, ampuni aku'

  

Thank you for reading.
Don't forget to vote,comment and follow.
Adios amigos!!

Song of the day: Aftermath- vaultboy
  

Bloody HeartWhere stories live. Discover now