Mak Cik Kafe

5 1 0
                                        

Masa tu aku form 1. Bersiap get ready nak gi prep. Prep lagi! Asal hantu je malam. Asal malam je ada hantu. Kalau dia keluar pagi kang macam bunuh diri pulak.

Kat blok sekolah aku ada kafe atau kantin. Kalau siang tempat cikgu² makan. Malam dia bukak jugak untuk students beli. Yang pernah duk asrama tu tau la jenis kebulur macam mana walaupun makanan disediakan 5 kali sehari hahaha.

Ok back to the story, kafe ni beroperasi dari 9-11 pm sebab prep habis kul 11.

So sebelum tutup tu, aku dan kawan si Azzamuddin aku cadang nak gi kafe, beli nasi goreng cina. Kelas² semua dah gelap tutup lampu. Semua dah balik. Meremang jugak aku lalu kat gelap. Dengan macam² cerita yang aku dengar masa tu memang tak tenang ah. Kawan aku jalan kat depan, aku kat belakang.

Tetiba dia berhenti. Aku macam tertanya-tanya la, "awat hang ni brenti ttiba plak?"

Dia pun cakap, "aku nampak something kat atas tangki air tu"

Kalau ya pun perlu ke bagitau aku 🤣 aku dah start ketar dah ni. Aku serius taktau yang dia ni gifted boleh nampak benda. Haih. Tapi takkan la nak putus kawan kan hahahaha.

Aku pun cecepat jalan turun tangga. Dia takde pilihan selain ikut aku dengan pantas hahahaha. Duk tunggu kau nak tenung makhluk tu pulak kang. Pandai pun ikut aku.

Sampai je kat kafe tercungap-cungap la jugak. Nasib baik usaha kami tak sia-sia. Kafe masih bukak.

Lepas beli nasi dua bungkus, aku terus angkat kaki sebab masih rasa tak selamat hahaha. Kang benda lain pulak dia nampak. Aku tak perasan yang aku jalan sorang. Dia masih ada kat kafe tu tengah bersembang tapi lebih kepada berbisik dengan mak cik kafe tu. Aku husnuzon je la dia ucap terima kasih ke apa.

Sampai je kat dorm, aku tanya la, "Apa yang kaubualkan tadi?" Azzamuddin membalas, "mak cik tu cakap, masa kita turun tadi, ada benda melekap kat belakang aku"

Kan betul sangkaan aku, tak habis lagi cerita dia ni 🤣 aku taknak panjnagkan sembang, aku terus makan nasi tadi. Dah lapar kot, kisah pulak kau nampak apa. Hahahah teruknya aku.

So tu je la cerita mak cik kafe dan Azzamuddin. Sekarang si Azzam ni dah takleh tengok benda tu. Syukur gak la. Kang tengah lepak ngan aku ttiba kau cakap ada benda tepi aku, memang kau lepak ngan hantu tu je la🤣. Mak cik tu pulak kerja kat situ setahun je iaitu masa aku f1 tu la. Katanya mak cik tu tiap-tiap malam nampak benda rak sepatutnya. Uish sape je tak seram.

Tamat.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Aug 25, 2020 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Penghuni (Asrama)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang