Tahun 2006, sekolah dipelawa dan ditawarkan untuk tukar kurikulum daripada SMK ke SMKA.
Pada mulanya, ramai tak mahu sebab macam takde keperluan untuk tukar. Apa yang ada dah cukup dah.
Dah cukup — katanya.
Aku tak tahu sekolah lain sama macam sekolah aku ke tak, tapi sekolah aku ada bilik rehat pengetua dan bilik tetamu.
Bilik tetamu tu asalnya bilik untuk English assistant teacher. Biasanya depa ni dari negara omputih. Kerja depa bantu cikgu subjek English sedia ada. Tapi lepas kontrak tamat, depa pun balik la negara asal dan bilik tu takdak sapa yang duduk.
Nak dijadikan cerita, satu hari, mai la sorang lelaki asing yang entah dari mana. Katanya nak menumpang sehari dua sebab dia dalam perjalanan nak ke satu destinasi.
Dia mintak izin pengetua nak duk situ. Sembang punya sembang, ejas boek punya, akhirnya tuan pengetua pun benarkan untuk dia menetap kat asrama kami. Nama pengetua kami Encik Othman (bukan nama sebenar). Laki ni pun menetaplah di bilik tetamu tu.
Tapi ni kejadian sebelum aku masuk sekolah ni hehe so taktau details sangat. Okay, sambung. Masa ni tak tau lagi identiti laki ni. Ye la, takleh nak sangka buruk kat dia, dia tak buat apa pun lagi.
Semua macam okay je macam takdak apa berlaku macam aman je. Sampailah satu malam, malam terakhir si laki misteri tu tinggal kat bilik tetamu tu. Apa yang dia buat? Meh nak cite.
Situasi memang bertukar 720°. Over ke? Tak. Sebab memang tak expect langsung. Asrama kecoh dengan kehadiran kelibat wanita berkain putih berterbangan di blok asrama. Terapung² di dinding asrama seperti mencari sesuatu. Para pelajar tak sempat bertenang, semua duk berkumpul ramai² dalam ketakutan menyaksikan apa yang berlaku.
Warden asrama menghubungi tuan pengetua dan ustaz sekolah yang mahir bab jin setan ni. Beberapa puluh minit kemudian, mereka tiba.
Rasa selamat la sikit. Tapi kenapa tiba-tiba? Pengetua merasakan ada sesuatu yang tak kena. Pada masa tu lah, pengetua teringatkan si lelaki misteri yang berada di bilik tetamu.
Pengetua, ustaz dan beberapa guru lain bergegas ke bilik tetamu. Alangkah terperanjatnya apabila mereka menyaksikan apa yang laki tu buat. Korang rasa korang boleh agak tak?
YOU ARE READING
Penghuni (Asrama)
HororPelbagai cerita asrama bertaraf legenda berlegar dalam kalangan pelajar. Banyak cerita turun-temurun diwarisi daripada generasi ke generasi. Namun ini merupakan kisah benar. Bacalah jika itu yang kaumahu.