🍁chapter 1🍁

31 1 0
                                    

Beberapa orang dayang-dayang serta setiausaha diraja berdiri di depan pintu utama istana untuk menyambut kepulangan putera yifan yang baru sahaja pulang dari England. Setelah menunggu beberapa minit tiba lah sebuah kereta mewah yang berwarna hitam menuju ke pintu utama istana bhutin.

(Istana bhutin ; pejabat diraja)

   "Sudah tiba waktunya......kita harus berfikir tentang masa depan kerajaan. Dengan upacara pernikahan putera mahkota. Kita harus mempersiapkannya mengikut adat tradisi keturunan kita." Jelas maharani sansanee
_________________________________

Putera yifan turun dari kenderaan mewah itu lalu diberikan tunduk hormat oleh setiausaha bersama beberapa orang dayang-dayang. "Selamat kembali ke istana bhutin semula yang mulia"

"Yang mulia raja thada dan permaisuri rachawadee sedang menunggu tuanku di pejabat" jelas setiausaha

  "Boleh kah beta pergi ke suatu tempat? Nanti beta akan kesana kemudian. Kata yifan

"Maaf yang mulia. Yang mulia baginda raja thada ingin tuanku kesana sekarang juga...ada masalah penting yang harus di sampaikan kepada tuanku" kata setiausaha diraja

Lalu yifan hanya mengangguk perlahan dan segera menuju ke pejabat ayahandanya.
_________________________________

  "Ini adalah tugas penting kita dalam proses penggantian takhta kerajaan ini. Selain itu, ...untuk menepati janji bekas raja kepada teman rapatnya. Mereka berdua saling bantu membantu dan melewati masa sulit bersama dan tidak pernah meninggalkan satu sama lain" jelas nendanya di pejabat tersebut.

  "Gadis itu tinggal dimana?" Soal raja thada

Lantas nendanya berkata "kita harus mencari dia"

Lalu raja thada mengangguk kepalanya tanda setuju dengan maharani sansanee

"Adakah sesuai membiarkan putera mahkota menikahi orang biasa yang kita tidak kenal?" Tanya permaisuri dengan penuh risau

  "Janji itu harus ditepati...tidak kira dengan siapa kita berjanji. di masa lalu...orang biasa juga kerap berinteraksi dengan keluarga diraja. Itu bermaksud kerajaan akan sentiasa mendukung semua rakyatnya" jelas nenda nya lagi

yifan mengatur langkahnya menuju ke arah pejabat ayahandanya beserta dengan 2 orang pengawal peribadinya.

Setelah sampai di pejabat. Putera yifan memberi tunduk hormat kepada mereka. Lalu melabuhkan punggung nya di sebuah sofa bersebelahan dengan bondanya.

"Ehhhh, putera yifan kamu sudah sampai." Kata permaisuri

"Adakah kamu letih sepanjang perjalanan kamu?" Kata bondanya
Lalu dia pun menjawab tidak.

"Kamu tahu bukan, tujuan kamu ke kesini untuk berkahwin? Jadi apa pendapat mu?" Kata raja thada. Dan keadaan menjadi sunyi seketika.

"Ayahanda sudah buat keputusan bukan" katanya

"Namun. nenda ingin mendengar pendapat mu."

  "Tapi kamu masih tidak boleh menafikannya dan bertindak sebagai putera diraja" lantas raja thada

Yifan berdiri dari tempat duduknya lalu memberi tunduk hormat "saya minta diri dulu" katanya Dan segera beredar dari pejabat itu.

Dia berjalan keluar dari kawasan istana untuk bertemu dengan Jessica iaitu kekasihnya.

(Di rumah jess)
Jessica sedang mem packing baju nya manakala yifan pula sedang mengambil swafoto. "Hei jangan lupa passport awak nanti awak tidak dapat pulang" kata jess

  "Saya tidak ingin pulang. Saya ingin berada disini denganmu" katanya. Lalu Jess sedang melangkah menuju kearahnya dan saling bertentang mata.

Kemudiannya yifan mengeluarkan handphone nya dari poket seluarnya dan mengajak Jess untuk mengambil swafoto bersamanya . Jess tersenyum lalu
Segera berdiri di sebelah kanan nya. Jessica tidak tahu yang yifan sebenarnya sedang menekan butang rakaman video. Setelah yifan menekan butang itu barulah Jessica perasan dan berkata

   "Awak merakam video kan" soal Jess sambil gelak. "Hi!!" dia melambai kearah video yang dirakam. yifan hanya melihat gelagat manja nya itu dan berkata "sudi kah kau bernikah denganku?"

Jess terdiam seketika lalu merampas handphone yang dipegang yifan lalu menghentikan butang rakaman video itu tadi.

"Yifan, kita belum mencecah usia 20 tahun. Kita masih belum bersedia. Dan aku masih ingin menggapai impian ku. Ada begitu banyak peraturan dalam istana. Aku pasti tidak mampu melakukannya. Maafkan aku. Dan juga... Sukan olimpik bakal tiba tidak lama lagi. Aku ingin menjadi seorang pemanah yang terhebat. Semuanya berjalan dengan baik. Jelas Jess yang saling bertentang mata dengan yifan.

Lalu Jess mengajak nya untuk berswafoto semula. Yifan mendiamkan diri dan hanya merenung wajah Jess sahaja.

  "Senyum" kata jess kepada yifan yang bermuka serius itu. Lalu Jess pun menciumnya sambil menekan butang kamera untuk membuat yifan tersenyum.

Ini adalah contoh ketika Jessica mencium yifan👇

Ini adalah contoh ketika Jessica mencium yifan👇

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai saja mereka berswafoto. Jessica berkata "tunggulah aku. Jika kau mencintaiku." Pantas mereka berdua berpeluk.

(Di luar istana)

Putera yifan yang berdiri diluar istana itu termenung mengingatkan kekasihnya tadi.

Jauh dari situ raja thada bersama setiausahanya melihat yifan dari jauh. "Nampaknya putera mahkota tidak bahagia...dia harus menikah dengan cepat. Saya takut...

Belum sempat setiausaha nya itu menghabiskan perkataan nya raja thada memotong percakapan nya dengan berkata.

"Dia harus tahu kedudukan nya dan untuk apa dia dilahirkan. Satu hari nanti dia akan menggantikan tempat beta. Dia harus belajar bahawa seorang raja tidak patut mengikut perasaan diri sendiri."

To be continue!!!

Vote for more✓ and thanks for reading✓
Tunggu untuk chapter yang seterusnya.ok.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 28, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

princess hoursWhere stories live. Discover now