𝒇𝒐𝒖𝒓𝒕𝒉

154 21 8
                                    

kicauan burung memenuhi udara di taman. langit yang mula memerah di waktu senja ditenung hayoon. jeonghan yang dari tadi berjalan disebelahnya asyik merenung hayoon yang leka.

"cantik ke? " tanya jeonghan. saja dia mahu memulakan perbualan.

" mestila cantik. langit ni, macam manusia. ada warna tersendiri pada waktu tertentu. manusia ada perasaan yang berbeza juga berdasarkan situasi. " jelas hayoon.

petang ini, mereka berdua sahaja. sudah berkali-kali butang hijau ditekan untuk menelefon cheol tapi masih tidak berangkat. sebelum keluar rumah, hayoon ternampak tingkap bilik cheol terbuka menandakan dia ada di rumah.

taman itu dipenuhi kanak-kanak yang sedang beriadah bersama ibu bapa. situasi yang sedang terjadi menimbulkan rasa ingin tahu di benak hati jeonghan.

" kalau kau kahwin, kau nak berapa orang anak? "

" hm 3 or 4 kot. aku nak 2 lelaki 2 perempuan supaya diorang boleh bergantung pada each other "

" betul betul. aku pun fikir benda yang sama. tapi besarkan budak ni bukan benda remeh. susah "

" aik? pernah rasa ke? " usik hayoon. saje mahu menyakat rakan karibnya itu.

" tengok abang cheol sudah. anaknya tu perangai dia selalu mengamuk. dah penat seungri hyung cuba kawal dia, tapi tak boleh. mummy dia pujuk baru jalan "

" eh cheol ada abang? " dia tidak pernah tahu menahu. lagipun selama ni, cuma aunty, uncle dan cheol sahaja yang berada di rumah.

"iya ada. tapi dia duduk jauh. nak buat macam mana, kerja " terang jeonghan.

" cheol mesti pandai handle budak kan? perangai dia yang matang tapi at the same time childish tu mesti membantu nanti. "

"alah aku pun mesti pandaii kan kan kan." seraya jeonghan.

hayoon berhenti berjalan. matanya ditumpukan ke arah jeonghan.

" kau?? hmm kena tunggu dan lihat la kan "

" alah senang je nak tahu, kahwin dengan aku "

hayoon sedikit pun tidak tersentak malah terhibur. sudah biasa dengan gurauan jeonghan ni.

" kalau ada jodoh ada lah HAHAHA"

jeonghan segera berjalan ke arah bangku yang menghadap tasik yang luas. hayoon ditinggalkan di belakang.

" eh eh laju nya jalan "

"kepenatan fuh fuh" jeonghan membalas sambil pernafasannya turun naik.

hayoon turut melabuhkan punggung di sebelah jeonghan. tepat di hadapan mereka, ada pemandangan yang sangat cantik. terbenamnya matahari yang membuka tirai malam.

hayoon merehatkan kepala di bahu jeonghan. menyedari tindakan itu, jeonghan tersenyum kecil.

manja sungguh yang sorang ni pun.

telefon bergetar di dalam poket. hayoon mengeluarkan telefonnya dan menekan butang jawab.

cheol

oip kenapa call? aku tengok tingkap kau tutup, takde kat rumah ke?

hayoon

iyalah. aku dengan jeonghan dekat taman ni. aku call nak ajak kau. tapi tak angkat

cheol

maaflah aku ulangkaji tadi, jadi aku silent phone ni.

hayoon

[𝑪] 𝑺𝒂𝒌𝒊𝒕 ; 𝑺𝒄𝒐𝒖𝒑𝒔Where stories live. Discover now