𝒏𝒊𝒏𝒆𝒕𝒉

138 16 5
                                    

hari yang paling tidak dinantikan oleh seungcheol dan hayoon tiba. dewan yang telah dihias dengan bunga yang serba putih semakin dipenuhi orang ramai.

kelihatan sepasang mempelai sedang asyik menyapa tetamu tetamu yang hadir ke majlis mereka.

"kau ready hayoon?" tanya jeonghan pada hayoon yang dari tadi gelisah.

hayoon tidak membalas, cuma mengangguk. mereka berjalan ke pintu masuk dewan.

mata hayoon dan seungcheol bertemu.

"nervous ke cheol?"

"sikit la HAHAHA" seungcheol membalas dan tergelak.

"nak jadi laki orang dah kawan aku yang tak matang ni haih" kata jeonghan pula sambil menepuk bahu seungcheol.

"aih aku tak kacau kau pun, dikatanya aku tak matang pulak"

memang perangai jeonghan sebegitu. mereka berlalu masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat.

muzik dimainkan, orang ramai mula bersorak. pengantin perempuan dan lelaki masuk beriring dari pintu masuk ke depan dewan.

hati hayoon, tak sanggup lihat benda ni. dia sayangkan seungcheol, tapi perlu lepaskan dia.

kesabaran hayoon sampai ke puncak. dia berlari keluar dari dewan tanpa menghiraukan sesiapa. orang ramai meberikan perhatian pada merpati dua sejoli di hadapan dewan, tapi mata seungcheol tertangkap hayoon yang berlari keluar dewan.

betul ke apa yang aku buat ni.

"hayoon nak pergi mana!" jeonghan menjerit separa berbisik. tak mahu pula didengari orang lain.

dia melangkah keluar dari dewan untuk mengikuti hayoon. sempat pandangannya diberi sekilas pada seungcheol.

✩☆✩☆✩☆✩☆

[ 𝐡𝐚𝐲𝐨𝐨𝐧 𝐩.𝐨.𝐯 ]

aku berlari keluar dari dewan. biarlah kalau orang pandang sekalipun. aku tak kira. aku tak mampu nak pandang seungcheol waktu dia jadi jadi milik orang lain.

aku berhentikan langkah di taman bersebelahan dewan. kaki aku rasa lemah, aku melutut di situ.

benteng air mata yang aku tahan dari pada mula majlis tadi pecah akhirnya. aku juga manusia, tak kuat selalu.

tiba-tiba, aku rasakan sepasang tangan peluk aku dari belakang.

"kenapa hayoon? jangan macam ni"

"aku tak mampu tengok dia jadi milik orang lain" aku menangis dalam dakapan seseorang yang masih setia dengan aku.

"aku faham. tapi kau kena kuat. kita lepaskan dia untuk tengok dia bahagia kan?"

"sakitnya rasa bila perlu lepaskan orang yang aku sayang han"

"sakit jugak bila aku tengok orang yang aku sayang terluka. kau suka tengok aku sakit? tak kan. so sudahla"

"maksud kau?" aku mengangkat muka memandang jeonghan. tangisan aku terhenti atas faktor terkejut.

"kau rasa?" jeonghan tersenyum nakal. ish budak ni timing tak kena betul.

"eee cakaplaa" aku geram pastu menangis. padan muka kau jeonghan.

dia dengan muka gelabahnya cepat-cepat peluk aku semula. tangan dia capai muka aku dan seka air mata aku.

"ala ala okay okay jangan nangis. dah dah"

aku taknak berhenti nangis. padan muka kau.

"huwaa kau ni jahatla. cakap la terus terang"

"ish okay stop nangis. aku suka kau la budak"

[𝑪] 𝑺𝒂𝒌𝒊𝒕 ; 𝑺𝒄𝒐𝒖𝒑𝒔Where stories live. Discover now