𝒔𝒊𝒙𝒕𝒉

135 20 3
                                    

"awak disahkan menghidap kanser"

dalam sekelip mata, hidup aku hancur. jeonghan dan ibu juga tak dapat sorok perasaan terkejut.

walaupun jujurnya aku dah sedia nak hadapi benda ni. sebab, nyawa appa ditarik oleh penyakit yang sama.

"han,aku mintak tolong sangat jangan bagitahu cheol"

"ta-tapi nanti dia rasa terpinggir. dia perlu tahu hayoon"

"takpe, tolonglah. demi aku. aku taknak jadi penghalang antara dia dan chaerin. aku taknak cinta berasaskan simpati"

aku takkan bagitahu cheol. biarlah walau langit runtuh sekaipun, aku takkan beritahu seungcheol.

panjang umur, panggilan daripada cheol masuk ke telefon. aku jawab dan pasang pembesar suara.

cheol

yoon? macam mana? kau okay?

hayoon

aku okay cheol. takde apa apa yang serious pun.

"tapi hayoon a-" kata-kata jeonghan terhenti bila aku genggam tangan dia dan menggelengkan kepala tanda supaya dia menyimpan rahsia ini.

cheol

so? nanti bila kau dah sihat boleh datang sekolah kan?

hayoon

ya. okaylah aku letak dulu ya?

cheol

okay. hati-hati yoon.

aku letakkan panggilan. mata aku terpejam, tubir mata aku mula basah. jeonghan yang menyedari keadaan aku memeluk aku.

"dah dah jangan nangis. kau kan kuat. aku sentiasa ada dengan kau"

[ 𝐣𝐞𝐨𝐧𝐠𝐡𝐚𝐧 𝐩.𝐨.𝐯 ]

sebaik sahaja kata-kata tu keluar dari mulut doktor. aku rasa seakan-akan dunia aku gelap. kenapa mesti hayoon? dalam berjuta orang dalam dunia, kenapa mesti hayoon yang sakit.

aku minta izin ibu untuk jaga hayoon. takut juga kan nak datang rumah anak dara orang tanpa izin.

"ibu, kalau jeonghan datang sini selalu takpe ke? "

"boleh sayang. nak tidur sini pun takpe, cuma jangan buat benda-benda pelik sudah la" ah sudah greenlight. tapi seungcheol, dia akan rasa dikhianati.

minggu depan cuti sekolah, dan minggu depan juga rawatan hayoon bermula. yang pasti, aku akan sentiasa ada dengan dia.

✩☆✩☆✩☆✩☆

[ 𝐜𝐡𝐞𝐨𝐥 𝐩.𝐨.𝐯 ]

pagi ni aku datang ke sekolah berseorangan. hayoon datang lambat dari biasa, sedangkan selama ni kami datang ke sekolah bersama.

dari awal pagi lagi aku tercari-cari kelibat gadis yang terlalu rapat dengan aku tu.

hayoon masuk ke kelas sambil mencari nafas. berlari agaknya.

"ha kenapa lambat?"

"ah aku bangun lambat"

"dah sihat?"

"dah jangan risau ye cheol" hayoon tersenyum manis. sangat manis.

aku menarik nafas dalam sebelum meneruskan niat untuk harini.

[𝑪] 𝑺𝒂𝒌𝒊𝒕 ; 𝑺𝒄𝒐𝒖𝒑𝒔Where stories live. Discover now