KEBAHAGIAN YANG DICARI

25 4 0
                                    


"Mencari dan terus mencari,

Kadang tergelincir dari langkah ku sendiri,

Tidak pasti tentang masa hadapan,

Tetapi aku percaya,

Disebalik takdir Allah ada maksud yang tersirat."

Kekeliruan dalam hidup, masih mencari arah untuk sampai ke destinasi yang tepat. Kebahagiaan, itulah yang dicari Dahlia. Bukanlah hidupnya tiada peristiwa indah tetapi keinginannya untuk keluar dari segala kesedihan dan penderitaan mendesaknya untuk melangkah mencari kebahagiaan yang baru.

Sesekali hilang dalam perasaanya sendiri. Hanya menyerahkan segalanya kepada yang Maha Esa. Bukan bermaksud putus harapan atau putus asa tetapi dia tidak mahu berharap selain dari-Nya. Risau kekecewaan hadir dalam jiwa yang boleh membuatkan semangatnya kembali hilang.

Sudah lumrah manusia, hilang dalam kekecewaan dan bangkit kembali. Cuma yang membezakan adalah semangat. Dahlia mungkin tidak mampu untuk bangkit dari penderitaannya tetapi semangat yang masih membara dalam jiwa mudanya membuktikan dia berhak untuk bahagia.

......


Sudah terlalu banyak penderitaan, kesedihan yang dihadapinya. Andai saja tidak kuat, mungkin dia tidak akan mampu untuk teruskan hidupnya.

"Meski tidak mudah untuk ku tempuh,

Aku harus terus melangkah,

Jika tidak diuji,

Aku akan hilang dalam 'dunia ku' sendiri."

Kata-kata ini seperti peringatan untuk dirinya sendiri. Jiwa yang muda memerlukan bimbingan agar tidak sesat dalam langkahnya sendiri.

Malamnya akan diisi dengan doa-doa. Dahlia menjadikannya sebagai pengubat segala kerinduan, kesedihan dan kekosongan. Walaupun selalu meluahkan perasaanya di dalam buku yang penuh dengan kata-kata semangat tetapi dia tetap mencari Allah. Baginya, kebahagiaan yang sebenar apabila bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT.

"Hanya Dia memahami isi hati manusia,

Akan terus ku berharap pada-Nya."

- Ucap Dahlia di dalam hatinya.

......


Dahlia termenung di tasik. Angin pagi yang sejuk dan tenang ditambah dengan pemandangan yang indah, meleraikan kebimbangan yang bermain di fikirannya. Sesekali pandangannya dibayangi dengan ketidakpastian tentang apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Nafasnya yang berat dihela perlahan-lahan.

"Apa yang dimiliki ku hanyalah pinjaman,

Kebahagian, penderitaan, tidak kekal selamanya,"

-Ucap Dahlia seorang diri

Ujian, kebahagiaan, tiada manusia yang boleh memilih tetapi cara menerimanya adalah yang membezakan setiap manusia. Diuji pada umur yang terlalu muda banyak memberi pengajaran kepada diri Dahlia. Harapannya untuk merasai kebahagiaan yang dicarinya selama ini masih ada di sudut hatinya.

Dahlia percaya suatu hari nanti Allah akan makbulkan doanya. Ujian yang ditempuhinya sebelum ini banyak mengajar dirinya untuk terus bersabar dan yakin bahawa segala yang terjadi di dalam hidupnya ada sesuatu yang tersirat. Ujian yang datang banyak membuka matanya dan melatih jiwanya untuk terus kuat melalui liku-liku kehidupan.

Masa depan tiada manusia yang tahu, hanya mampu melangkah dengan harapan bahawa kebahagian akan selamanya kekal. Tanpa sedar tergelincir dari langkah sendiri. Perancangan manusia tidak selalunya tepat, hanya mampu merancang tetapi yang menentukan adalah Allah yang Maha Esa.

......


Lamunannya terhenti apabila Mia menegurnya. Mia tidak sangka berjumpa dengan Dahlia di tasik yang selalu dikunjunginya pada masa lapang.

"Dahlia! Awak pun ada kat sini? Dah lama ke dekat tasik ni?" -Soal Mia dengan keterujaan bertemu Dahlia.

Dahlia yang terkejut dengan teguran Mia, membalas pertanyaannya.

"Allah, Mia! Terkejut saya. Saya saja datang sini amik angin. Tak ada lah lama sangat dekat sini, baru sejam dekat tasik ni."

"Hehe, maaf kalau terkejut saya jerit tadi. Dekat bilik tadi saya tak nampak awak, saya ingat awak keluar pergi tempat lain tapi tak sangka saya jumpa awak kat sini." - Ucap Mia.

Gelagat Mia membuatkan Dahlia tersenyum. Sejak berkenalan pada hari pertama, hubungan mereka sangat rapat. Ada kala terdetik di hati kecil Dahlia tentang keakraban mereka berdua, terasa seperti sudah kenal lama dengan Mia. Dahlia mencuba untuk tidak memikirkan perkara sebegitu. Dahlia menyambung perbualan mereka. 

DAHLIA QAISARAWhere stories live. Discover now