UJIAN YANG BERAT

44 3 0
                                    


Dahlia Qaisara binti Malik ialah seorang gadis yang membesar di sebuah kawasan kampung. Hidupnya tidak seindah remaja seusianya yang lain. Ibu ayah Dahlia sudah lama meninggalkan dunia ini, mereka telah dijemput ilahi ketika dia masih berusia setahun. Dan sejak itu, dia dijaga oleh neneknya, Timah atau dipanggil Nek Timah oleh orang kampung. Nek Timah adalah ibu kepada arwah ayahnya, Malik.

Nek Timah menjaganya dengan penuh kasih sayang walaupun hidup mereka serba kekurangan. Membesar dengan Nek Timah menjadikannya seorang gadis yang berdikari. Dia tidak mengharapkan bantuan atau simpati dari orang sekelilingnya. Prinsipnya teguh iaitu selagi kudratnya ada, selagi itu dia akan berusaha tanpa mengharapkan orang lain. 

Keluarga arwah ibunya sedikit pon tidak peduli tentang Dahlia. Mereka tidak menanggap Dahlia sebahagian dari keluarga mereka. Ini kerana, sejak dahulu lagi mereka tidak bersetuju arwah ibunya, Zahra Farhana binti Dato' Zahri berkahwin dgn arwah ayahnya, Malik bin Rahman yang merupakan orang susah dan dimata mereka Malik tidak setaraf dengan kedudukan mereka. 

Sehinggakan ibu ayah Dahlia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, mereka masih tidak ambil peduli tentang kebajikan Dahlia sebaliknya mereka membolot segala harta Zahra sehingga Dahlia tidak mendapat apa-apa hak dari harta arwah ibunya. 

......


Menjadi yatim piatu diusia yang tersangat muda bukanlah mudah, Kehidupannya sangat bahagia dengan kesederhanaan yang telah diajar oleh Nek Timah. Disebalik rupa paras yang cantik, keperibadian yang lemah lembut dan sopan santun, tersimpan seribu kedukaan dan kesedihan di dalam jiwanya yang hanya tuhan tahu.

Setiap doanya penuh dengan tangisan, rintihan kerinduan terhadap arwah ibu dan ayahnya, berharap mereka ditemukan di Syurga Allah nanti. Selama 16 tahun, Dahlia hanya mampu menatap gambar keluarga kecilnya dan setiap minggu dia akan menziarahi kubur arwah. Walaupun mempunyai peribadi yang lemah lembut dan sopan santun, tetapi semangatnya kuat dalam menempuh dugaan yang mendatang.

"Hidup tidak selalunya indah,

Dugaan datang tanpa diduga,

Didiklah hati untuk terus kuat berjuang,

Kebahagiaan pasti akan hadir jua."

Kata-kata seperti ini akan ditulis oleh Dahlia apabila dia berada di sungai. Sungai itu adalah tempatnya untuk meluahkan segala yang terbuku di dalam hatinya. Dia mencari kekuatan, semangat dengan cara menulis. Walaupun beban itu tidak hilang sepenuhnya tetapi ia dapat melegakan hatinya yang gundah itu. Suasana yang tenang sudah cukup untuk melegakan keserabutan yang melanda fikirannya.

......


Hari berganti hari, kehidupan Dahlia berjalan seperti biasa. Impiannya hanya satu, iaitu untuk berjaya dan membalas jasa Nek Timah yang menjadi penjaganya sejak kecil. Tanpa Nek Timah, kemungkinan Dahlia tiada tempat untuk bergantung dan hidupnya akan senasib anak yatim piatu yang lain yang hanya mengharapkan kasih sayang dari pengusaha-pengusaha rumah anak-anak yatim atau keluarga-keluarga angkat.

"Kasih dan sayang dari orang luar tidak akan pernah sama dengan kasih sayang dari keluarga sendiri."

Ini lah yang sering terlintas di dalam fikiran Dahlia. Kadang-kadang fikirannya lebih matang berbanding orang dewasa. Mungkin kerana dugaan yang dihadapi menjadikan dia seorang gadis yang berfikiran rasional dan lebih terbuka dalam setiap perkara.

Ada waktu Dahlia akan termenung di pangkin dan sering mengeluarkan perkataan ini,

"Andai ibu dan ayah masih hidup, aku pasti menjadi manusia yang paling bahagia."

Tanpa sedar, air matanya mula mengalir. Laju saja tangannya mengesat air mata kerinduan yang jatuh itu.

......


"Rindu yang amat dalam,

Yang hanya mampu ku sampaikan melalui doa.

Ibu, ayah, Dahlia dah besar. Nenek jaga Dahlia, sayang Dahlia seperti nyawanya sendiri."

- Ucap Dahlia seorang diri.

Inilah kata-kata Dahlia apabila dia tak dapat menanggung perasaan rindunya kepada arwah ibu dan ayahnya. Nek Timah mula menghampiri pangkin dan menyapa Dahlia yang sedang leka menangis mengenangkan arwah ibu ayahnya.

Nek Timah bertanya kepada Dahlia,

"Eh.

Kenapa ni cucu nenek sorang ni menangis kat sini petang-petang?"

Dahlia menjawab pertanyaan Nek Timah dengan soalan.

"Nek, kenapa Allah ambil ibu ayah dari Dahlia?" Sambil menangis tersedu-sedu, Dahlia menyambung pertanyaanya. "Dahlia tak sempat lagi rasa kasih sayang dorang, kenapa ujian Dahlia ni besar sangat?"

Tanpa sedar, air mata Nek Timah mula mengalir dan dengan keadaan tenang dia menjawab,

"Dahlia pandang nenek, (sambil menarik nafas, Nek Timah menasihati cucunya) Allah uji Dahlia dengan kematian ibu ayah sebab Allah sayang Dahlia, Dia tahu Dahlia mampu, kuat untuk semua ni. Ingat pesan nenek, apa yang dah terjadi semuanya sudah takdir, tak elok kita mempersoalkan kenapa."

Dahlia mengangguk faham.

"Jangan menangis, Dahlia masih ada nenek kan"- Nek Timah memeluk erat tubuh Dahlia sambil meneruskan kata-katanya. "Selagi nenek hidup, nenek akan jaga, sayang Dahlia sepenuh hati nenek."

Terukir senyuman bahagia disebalik wajahnya yang sembab itu.

"Terima kasih nek, sayang nenek selamanya." - Ucap Dahlia.

DAHLIA QAISARAWhere stories live. Discover now