TERSINGKAP KEBENARAN

19 4 0
                                    


Keluarga arwah ibunya masih menjadi rahsia yang tidak diketahui Dahlia. Rahsia yang tersimpan selama ini akan tersingkap satu persatu. Dahlia hanya mengetahui keluarga arwah ibunya masih ada tetapi tidak mengambil tahu tentang dirinya dan dia mengetahui yang segala harta milik arwah ibunya diambil mereka.

Pernah terdetik di benak fikirannya ketika remaja, mempersoalkan kenapa mereka memperlakukannya seperti itu. Haknya terhadap harta arwah ibu diambil mereka, kebajikannya sebagai anak yatim piatu langsung tidak dihiraukan mereka. Rasa ingin tahu tentang perbuatan mereka terhadap dirinya sangat membuak-buak.

Sungguh manusia akan gelap mata apabila minda diracuni dengan wang ringgit sehingga sanggup menganaiya hak anak yatim piatu. Tujuan Dahlia bukanlah pada wang ringgit tapi lebih kepada persoalan dan dia memerlukan jawapan dari perbuatan mereka. 

Dahlia tidak mahu bersangka buruk terhadap keluarga arwah ibunya tetapi selagi tiada jawapan selagi itulah beribu persoalan bermain di mindanya. Doanya supaya segala persoalan terjawab satu hari nanti.

"Ya Allah, tunjukkanlah kebenaran kepada diriku, leraikanlah segala persoalan yang bermain di minda ku selama ini."

Doanya dengan penuh pengharapan kepada yang Maha Esa.

......


Hari minggunya dimanfaatkan dengan baik setelah penat belajar selama 5 hari seminggu. Jika bukan di tasik, di bilik lah Dahlia menghabiskan masanya. Masih dengan bukunya yang penuh dengan kata-kata yang ditulisnya selama ini. Sudah menjadi kebiasaannya meluahkan sesuatu yang tak dapat ditanggung di dalam bukunya.

Leka dengan bukunya, Dahlia tidak menyedari Mia memasuki bilik mereka. Mia menegur Dahlia yang dilihat terlalu leka dengan bukunya sehingga tidak menyedari kehadiran Mia dalam bilik itu.

"Assalamualaikum Dahlia. Awak buat apa tu sampai tak dengar saya masuk?" Tegur Mia sambil berjalan menuju ke katil Dahlia.

Mia menyambung. "Leka betul awak tulis sampai tak sedar pun saya balik."

"Waalaikumsalam eh Mia sorry saya tak perasan awak dh balik. Hahaha tulah tengah fikir pasal buku ni." Jawab Dahlia kepada Mia.

"Ouh okay. Lusa lepas habis kelas awak ikut saya eh, kita pergi makan dengan keluarga saya." - Ucap Mia dengan harapan Dahlia akan setuju.

Belum sempat Dahlia menolak ajakan Mia, Mia menyambung percakapannya.

"Takde tak kira awak kena ikut juga lusa ni okay." - Ucapnya dengan senyuman

"Hahaha yelah Mia, saya pergi. Terima kasih tau ajak saya." - Ucap Dahlia dengan gelak tawa yang terhibur dengan gelagat rakan sebiliknya.

Perbualan mereka terhenti disitu. Ajakan Mia membuatkan Dahlia terkejut. Bukanlah ingin berburuk sangka terhadap Mia tetapi persoalan yang bermain di mindanya membuatkannya kehairanan.

"Hmm, pelik. Kenapa pulak dia tiba-tiba ajak aku makan dengan keluarga dia? Hish Dahlia sangka baik je lah. Mungkin dia kesian tengok kau sorang-sorang." - Ucapnya di dalam hati.

......


Kelasnya telah tamat awal pada hari ini dan membolehkannya untuk bersiap tanpa tergesa-gesa. Entah mengapa Dahlia berasa gementar untuk berjumpa dengan keluarga Mia pada petang yang dijanjikan. Seperti ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Tidak pasti mengapa dan kenapa fikirannya terganggu.

"Dahlia dah siap? Kalau dah siap jom kita gerak sekarang." - Ucap Mia.

Dahlia yang tersentak dengan pertanyaan Mia hanya mengangguk. Mia yang teruja untuk memperkenalkan Dahlia ke keluarganya hanya tersenyum melihat gelagat Dahlia.

Kehadiran Dahlia di sambut baik oleh keluarga Mia.

"Dahlia, ni tokma saya,tokayah, ni mama dengan papa saya. Tokma, tokayah, mama, papa ni Dahlia rakan sebilik Mia." - Ucap Mia sejurus sampai ke restoran yang dijanjikan.

Senyuman terukir di bibir Dahlia sambil menghulurkan tangan kepada tokma dan mama Mia. Huluran tangannya disambut baik oleh Datin Melissa iaitu tokma Mia dan mama Mia.

Wajah Dahlia persis arwah ibunya membuatkan Datin Melissa kebingungan. Wajah yang berada di depan matanya sekarang seperti sesorang yang dikenalinya. Perasaanya diendahkan dengan berkata sesuatu di dalam hatinya.

"Mungkin pelanduk dua serupa."

......


Suasana malam itu dipenuhi dengan gelak tawa. Cara mereka melayan Dahlia membuatkannya berasa selesa. Malam itu mereka bertanya tentang keluarga Dahlia. Dahlia menjawab dengan tenang, mungkin sudah terbiasa diajukan soalan seperti itu.

"Keluarga Dahlia macam mana? Dorang sihat?" - Ucap mama Mia yang tertanya-tanya tentang keluarga Dahlia.

"Ouh, ibu ayah saya dah meninggal dunia. Arwah pergi sebab kemalangan jalan raya dan waktu tu saya masih kecil. Saya membesar dengan nenek, dia la yang jaga saya sampailah dia meninggal 2 minggu sebelum saya SPM." - Ucap Dahlia dengan tenang sambil senyuman terukir di bibirnya.

"Innalillahwainnailahirojiun, maafkan aunty ye tanya pasal keluarga Dahlia." - Ucap mama Mia sambil tangannya memegang tangan Dahlia dengan wajah yang serba salah.

Mendengar percakapan Dahlia tentang arwah keluarganya membuatkan kehairanan yang melanda fikiran Datin Melissa bertambah. Kerana rasa ingin tahu siapakah kedua orang tua Dahlia, dia mengajukan soalan kepada Dahlia.

Dengan membahasakan dirinya sebagai tokma, Datin Melissa bertanya kepada Dahlia.

"Hmm, maaf kalau tokma bertanya. Boleh tokma tau nama arwah ibu ayah Dahlia?" - Ucap Datin Melissa.

Dahlia yang kehairanan dan terkejut dengan soalan dari Datin Melissa segera menjawab pertanyaannya.

"Ouh, nama arwah ibu Zahra Farhana dan arwah ayah Malik, Malik bin Rahman." 

Datin Melissa yang terkejut, mengajukan lagi soalan untuk mendapatkan kepastian tentang nama arwah ibu Dahlia.

"Nama penuh arwah ibu Zahra Farhana....binti Dato' Zahri ke?" - Ucapnya dengan wajah yang kehairanan.

"Haah. Binti Dato' Zahri...kejap macam mana tokma tau nama penuh arwah ibu saya?" - Soal Dahlia dengan wajahnya yang berubah yang terkejut.

Perasaan yang bercampur-baur membuatkan banyak persoalan yang bermain di mindanya. Dahlia bertambah hairan apabila Datin Melissa tiba-tiba menangis sambil berkata sesuatu kepadanya.

"Dahlia, sebenarnya arwah ibu Dahlia adalah anak tokma. Dahlia cucu tokma." - Ucapnya dengan suara yang tersekat-sekat.

Datin Melissa menyambung percakapannya.

"Maafkan tokma Dahlia. Maafkan kami selama ni tak ambil peduli tentang Dahlia. Maafkan tokma." - Ucapnya dengan tangisan sambil memeluk Dahlia yang kebingungan.

"Maafkan tokma selama ni tokma ambil hak Dahlia, tak peduli tentang Dahlia. Maafkan tokma Dahlia." - Sambung Datin Melissa yang masih memeluk tubuh Dahlia.

Dahlia yang masih kebingungan dan masih terkedu dengan segala yang terjadi membuatkannya keluar dari restoran itu. Melangkah keluar dari situ dengan perasaan yang masih tidak pasti dengan apa yang didengarinya. Bagaikan mimpi, dunia nya gelap seketika dengan kebenaran yang tersingkap.

Mia tidak menyangka apa yang didengarinya. Mengetahui rahsia yang disimpan selama ini oleh ahli keluarganya mendesaknya untuk meninggalkan tempat itu. Bagaikan tertipu dengan kepuraan mereka selama ini, Mia mencari Dahlia yang sudah menghilang dari pandangannya.


DAHLIA QAISARAWhere stories live. Discover now