KEMANISAN SEBUAH PENDERITAAN

24 5 0
                                    


Mia masih mencari Dahlia yang sudah lama menghilangkan diri. Disebalik merasa tertipu dengan kepuraan keluarganya, terselit perasaan risau akan Dahlia. Hampir 2 jam Mia memandu keretanya dengan harapan segera menjumpai Dahlia.

Keadaan malam yang sunyi sepi dan dingin membuatkan air mata Dahlia mengalir. Tidak terlintas sepanjang hidupnya untuk bertemu dengan orang yang sudah menganaiya haknya tetapi segala yang berlaku sudah ditetapkan Allah SWT.

"Ya Allah, bukan dengan cara begini aku ingin tahu kebenaran yang aku cari selama ini tetapi aku redha ya Allah. Aku redha dengan apa yang kau tunjukkan kepada aku." - Ucapnya dengan tangisan dan esakan yang kuat.

Dari jauh Mia terlihat satu susuk tubuh yang amat dikenalinya. Dahlia yang sedang menangis di tepi jalan yang sunyi tidak menyedari kehadiran Mia. Mia menghampirinya.

"Dahlia! Dahlia! Jom kita balik bilik." - Ucapnya dengan suara yang cemas.

"Dahlia saya pun tak tau apa-apa pasal apa yang tokma cakap tadi. Jom kita balik eh, dah lewat sangat ni." - Sambungnya lagi.

"Mia, kenapa dorang sanggup buat macam tu dekat saya Mia? Berbelas tahun dorang aniaya saya, ambil hak saya yang satu-satunya arwah ibu saya tinggalkan. Sekali pun tak pernah tanya khabar saya dekat kampung. Hina sangat ke saya ni Mia?"

Dahlia yang sedang dipujuk oleh Mia, mengajukan pelbagai soalan kepadanya. Tidak dinafikan perbuatan mereka amat kejam. Perasaannya yang sedih dengan apa yang terjadi membuatkannya terlalu emosi.

"Saya tak ada jawapan untuk semua persoalan awak Dahlia. Saya...saya pun tak tau kenapa dorang buat macam tu dekat awak Dahlia. Dahlah jom kita balik eh." - Ucap Mia yang berusaha memujuk Dahlia.

Dahlia hanya menuruti pujukan Mia. Suasana di dalam kereta sunyi sepi. Mia memandang Dahlia yang masih mengalirkan air mata.

......


"Kadang kala kebenaran menyakitkan,

Bukan mudah membalut kembali hati yang sudah terluka,

Terlihat manis tetapi penuh dengan kepahitan."

Terpancar kekecewaan di riak wajahnya. Kejadian yang berlaku malam tadi membuatkannya sukar untuk melelapkan mata. Dahlia menoleh ke arah Mia yang sedang enak dibuai mimpi. Perlahan dia menghela nafasnya sambil berjalan menuju ke meja belajar.

Fikirannya masih bercelaru, mengenang kembali segala yang terjadi dalam hidupnya. Matanya melirik ke arah buku yang terletak di sudut meja belajarnya. Dengan pandangan yang kosong dia melihat buku itu. Perlahan tangannya mencapai buku tersebut.

Malam yang sunyi lagi dingin, mendamaikan suasana di kawasan asramanya. Air mata yang sudah kering mula mengalir di pipi. Dahlia menangis teresak-esak, mencuba mencari kekuatan untuk menerima kenyataan. Tidak mampu membendung kesedihannya lagi.

"Nenek, ibu... ayah, Dahlia tak kuat nak terima semua ni." - Ucap Dahlia dalam hatinya.

Perlahan tangannya mengesat air mata di pipi. Cahaya lampu meja yang samar-samar dan tangisan Dahlia membuatkan Mia terjaga dari lenanya. Mia menghampiri Dahlia.

"Hey, awak... awak kenapa ni? Dahlia kenapa tak tidur lagi ni ha?" - Ucap Mia sambil duduk di katil Dahlia.

Pertanyaan Mia membuatkan Dahlia sebak dan tidak menjawab pertanyaannya sebaliknya dia memeluk tubuh Mia.

......


Azan Subuh yang berkumandang membuatkan Dahlia terjaga dari lenanya. Berasa hairan dan tidak pasti bilakah dirinya terlelap. Kemungkinan terlalu lelah menangis sampaikan tiada tenaga lagi untuk berjaga.

Kejadian yang berlaku tempoh hari tidak mahu lagi difikirnya. Dia harus terus memandang ke hadapan biarpun kebenaran yang selama ini dicari, begitu menyakitkan. Sungguh pun ia menyakitkan, Dahlia harus terima segala kenyataan dengan hati yang terbuka.

Harinya dijalani dengan tenang. Oleh kerana tiada kelas pada hari ini, dia hanya menghabiskan masanya di tasik. Kicauan burung dan desiran angin sungguh mendamaikan suasana di situ. Bukunya dibawa bersamanya.

Disebalik menenangkan dirinya, Dahlia juga ingin menulis. Menulis sudah menjadi sebahagian dari hidupnya. Hanya itu saja cara lain untuknya meluahkan segala kesedihan, kegembiraan.

"Tidak tahu apa yang bakal terjadi,

Tetapi aku akan terus melangkah."


"Bukanlah namanya kehidupan kalau tidak diuji,

Kesedihan mahupun kegembiraan tidak selamanya mendampingi,

Hanya memerlukan masa untuk menerima."

Dahlia merenung jauh, buku yang baru ditulisnya ditutup perlahan-lahan. Percaya bahawa segala yang terjadi di dalam hidupnya terselit sesuatu yang tersurat, sama ada untuk menyedarkannya atau memberinya pengajaran. Hanya berharap tidak lagi merasai segala kesedihan, penderitaan.

"Penderitaan, bukan bermaksud untuk melemahkan jiwa sebaliknya melatih ia untuk terus kuat."

-TAMAT-

DAHLIA QAISARAWhere stories live. Discover now