RINDU YANG TIADA PENGHUJUNG

26 2 0
                                    


Segala penat lelah dan masa yang dikorbankan Dahlia dan Nora akhirnya nenbuahkan hasil apabila mereka berdua memperoleh keputusan SPM yang cemerlang. Dengan raut wajah yang begitu gembira bercampur syukur, mereka memeluk sesama sendiri sambil berkata-kata,

"Alhamdulillah, aku bangga dengan kita berdua Dahlia." - Ucap Nora kepada Dahlia.

Dahlia membalas dengan perasaan yang bercampur aduk. Kejayaannya hari ini tidak dapat dikongsi dengan arwah Nek Timah.

"Alhamdulillah Nora, walaupun macam-macam dugaan kita kena hadap tapi kita dapat juga capai impian kita. Kalaulah nenek masih ada, mesti dia bangga."

......


Cuaca yang redup, mengizinkan Dahlia menziarahi kubur arwah Nek Timah. Dengan perlahan, dia mendekati kubur arwah sambil mengukir senyuman kebahagiaan. Meskipun senyuman terukir di bibirnya yang halus itu, matanya tidak dapat melindung segala kesedihan.

 "Assalamualaikum nenek, harini keputusan SPM Dahlia dah keluar."

Air matanya mula mengalir. Tangannya menyentuh batu nisan. Ucapannya diteruskan walaupun suaranya diselangi dengan tangisan yang teresak-esak.

"Alhamdulillah, Dahlia dapat semua A nek. Dahlia sedih sangat nenek tak sempat nak tengok Dahlia berjaya. Nenek, Dahlia rindu sangat dekat nenek."

Dia mengesat air matanya. Segala memorinya bersama Nek Timah menjelma kembali satu persatu. Dahlia teringat kenangannya mengusik Nek Timah yang berada di pangkin berseorangan.

"Haa teringat siapa tu?"

- Ucap Dahlia dengan wajahnya yang nakal mengusik Nek Timah.

Laju saja tangan Nek Timah menampar perlahan tubuh Dahlia sambil membalas usikkannya.

"Hish, mana ada teringat sesiapa. Suka mengusik nenek ye." 

Sambil tersenyum, Nek Timah menyambung.

"Ni haa, nenek saja duduk dekat pangkin ni ambil angin petang. Lagipun kuranglah sikit bosan nenek asyik terperap je dalam rumah."

"Ouh, ingatkan nenek teringat dekat buah hati. Mana lah tau kalau-kalau kenangan lama tiba-tiba menjelma." - Ucap Dahlia dengan ketawa kecilnya mengusik Nek Timah.

Suasana petang itu riuh dengan usikan dan gelak tawa mereka berdua. Sudah menjadi kebiasaan, gurauan antara nenek dan cucu itulah yang mengeratkan kemesraan.

Tangisan Dahlia kembali membasahi pipinya. Sungguh dia benar rindu akan insan yang paling berharga dalam hidupnya. Nenek lah yang membesarkannya, nenek lah yang menjaganya, memberinya kasih sayang, pelajaran dan mendidiknya sehingga dia berjaya.

"Nek, Dahlia balik dulu ye. Nanti Dahlia datang ziarah nenek lagi. Sayang nenek dunia akhirat." - Ucap Dahlia sambil menyentuh batu nisan arwah neneknya

......


Angin malam yang dingin menemani Dahlia yang termenung di tangga rumahnya. Rindu, itulah yang dirasainya ketika ini. Terlalu besar dugaan bagi remaja sepertinya tetapi dia tetap percaya segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Hanya doa yang menjadi pengubat rindunya terhadap insan-insan tersayang. Ibu, ayah dan nenek sentiasa disebut-sebut dalam doanya. Tidak pernah lekang nama mereka dibibir Dahlia.

Sesekali dia tidak dapat menanggung perasaan itu, hanya dua tempat sahaja yang akan dilawatinya. Kubur dan sungai. Ya, dua tempat ini lah dia meluahkan segala rasa, perasaan yang tidak dapat lagi ditanggung oleh hati yang kesunyian.

Bukanlah tidak meredhai takdir yang tertulis, tetapi perasaan rindu yang tiada penghujung itu sering bertandang di sudut hatinya. Biarpun hidupnya kini sendirian, tidak pernah menagih simpati atau perhatian dari orang lain. Berdikari, inilah yang sering diajar oleh arwah Nek Timah. Didikan dan ajaran Nek Timah telah membentuk Dahlia menjadi seorang manusia yang tidak berharap pada orang lain sebaliknya dia mampu berdiri di atas kakinya sendiri.

DAHLIA QAISARAWhere stories live. Discover now