San menghela nafasnya setelah selesai dia menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh cikgu tadi. Sudah lewat malam namun dia masih lagi belum berasa mengantuk. Matanya masih lagi terasa segar seperti baru bangun dari tidur.
Dia membaringkan dirinya di atas katil yang empuk. Tangannya mula mencapai phone lalu mendail nombor kawannya untuk membuat panggilan. Setelah beberapa saat berlalu, panggilannya diangkat oleh seseorang.
"Hello San," sapa kawannya, Yunho dalam talian.
"Yunho, apa kau buat sekarang? Kalau kau free, jomlah kita main online game!" Ajaknya riang.
"Oh, aku tak dapat nak main sekarang. Mingi minta aku untuk ajarkan sains sebab dia ada yang tak faham masa dalam kelas tadi. Mianhae San," ucap Yunho dengan berasa sedikit serba salah. San hanya mampu mengukir senyuman kelat dalam panggilan tersebut.
"Ahh. Tak apa. Lain kalilah kita main okey? Aku tutup panggilan ni. Jumpa esok," kata San lalu terus memutuskan panggilan dengan Yunho.
Dia mendail nombor lagi untuk membuat panggilan dengan Yeosang pula. Sudah lama dia menanti panggilannya dijawab oleh Yeosang namun dia masih lagi belum angkat. San berkerut dahi tanda hairan.
"Anak Kang ni dah tidur ke?" soalnya dalam hati. Lalu dia meneruskan lagi untuk membuat panggilan dengan Yeosang.
Tidak lama kemudian panggilannya diangkat. San terus menyapa Yeosang.
"Halu Sangie!"
"Kau kenapa call aku time ni duh?" soal Yeosang dalam keadaan separuh mamai. Tidurnya terganggu kerana San buat panggilan dengannya tadi.
"Awal juga kau tidur. Masih awal kot sekarang ni," ujar San sambil memuncungkan bibirnya.
"Sukahati akulah nak tidur awal atau lambat. Kenapa kau call aku ni?" soal Yeosang lagi. Sesekali dia menguap kerana dia berasa sangar mengantuk.
"Erm... Tak apalah. Sorry ganggu kau tidur tadi. Jumpa esok."
Terbatal niat San untuk mengajaknya bermain game online malam ini. Dia tidak mahu menganggu kawan baiknya itu tidur. Lagipun dia faham bahawa Yeosang pasti penat sekarang ini.
"Okey..." Selepas sahaja itu, panggilan mereka berdua terputus begitu sahaja tanpa mengucapkan selamat malam.
San mencari nombor Wooyoung di dalam contact untuk buat panggilan dengannya. Dia berharap agar Wooyoung lapang sekarang ini supaya dia dapat mengajaknya bermain game bersama.
"Annyeong Sannie," panggilan dia dijawab oleh Wooyoung. Lantas San menjawab.
"Wooyoung-ah, jomlah kita main game. Aku ajak Yunho tadi dia tak dapat sebab dia tengah belajar dengan Mingi. Yeosang pula dia dah tidur," terang San lebar. Dalam hatinya sudah berharap agar Wooyoung lapang sekarang.
Namun...
"Ahh... Mianhae San. Aku sekarang ni masih buat kerja. Kerja aku banyak belum siap. Aku tak naklah kena denda dengan saem Lee nanti," balas Wooyoung membuatkan San terdiam seketika.
Hampa kerana semua kawan baiknya tidak dapat bermain dengannya hari ini. Tetapi dia tidak dapat menghalang kerana kerja sekolah itu lebih penting daripada bermain game. San tersenyum kelat tanda mengalah.
"Owh... Tak apa. Kau siapkanlah kerja kau tu dulu. Sorry ganggu kau, Woo."
"Okey. Jumpa esok Sannie. Annyeong."
"Nae."
Panggilan mereka berdua pun terputus selepas sahaja mereka mengucapkan selamat tinggal tadi. San menjuihkan bibirnya kerana dia berasa sangat bosan pada malam ini.
"Semua orang tengah sibuk. Kan best kalau ada satu permainan yang ekstream macam game hantu, paranormal, bunuh-bunuh... Huh! Tak lah bosan hidup aku ni..."
Monolog San dalam hati. Perkara paling seronok baginya ialah permainan. Dia sukakan apa-apa sahaja permainan kerana itu merupakan salah satu keperluan bagi hidupnya.
"Baik aku main game sendiri daripada baring tak buat apa-apa ni..."
San mencapai telefonnya lalu menekan salah satu aplikasi game untuk bermain.
•••••
Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, San membuang pandangannya melihat di kawasan sekeliling sementara kawan baiknya pula sibuk berbual dengan rancak.
Matanya mula terpaku pada sebuah kedai coklat yang terletak tidak jauh di hadapannya. Lantas dia memanggil kawan-kawannya untuk melihat kedai coklat tersebut.
"Korang, cuba tengok kedai coklat tu." Kata San kepada kawannya.
"Kedai baru ke tu?" soal Mingi. San mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Jomlah kita masuk tengok," ajak Yunho.
Mereka berlima pun melangkah masuk ke dalam kedai coklat itu. Baru sahaja mereka membuka pintu, mereka begitu terpegun dengan kawasan dalam kedai tersebut.
"Wah!"
Ia sangat cantik! Terdapat pelbagai jenis coklat yang ada di situ. Mereka berlima sudah meluru masuk untuk lihat dengan lebih dekat lagi.
Penjual dalam kedai coklat itu hanya tersenyum sahaja melihat gelagat mereka berlima itu. Tidak ramai yang mengunjungi kedainya kerana dia masih baru lagi disini.
"Tengok ni! Ada coklat barulah kat sini!" Kata Yeosang teruja.
"Wah! Kalau aku hadiahkan coklat ni kat kekasih aku dia nak tak agaknya?" ujar Wooyoung pula.
"Mingi, ada coklat kegemaran kau kat sini!" Panggil Yunho kepada Mingi.
"Seriuslah? Nak beli!"
Mingi terus menghampiri Yunho untuk mencari coklat kegemarannya itu.
San yang masih lagi merayau-rayau melihat coklat yang berada di sekelilingnya itu terhenti langkah setelah dia melihat salah satu rak coklat yang terletak di sebelah kanannya.
Lantas dia menghampiri rak tersebut lalu mengambil sekotak coklat yang tersusun di rak itu. Matanya terpaku pada nama kotak coklat itu.
"Death Chocolate?"
YOU ARE READING
[C] Death Chocolate ☾ 99즈 ☽
Fanfiction❝ Hanya satu coklat sahaja yang selamat untuk dimakan. ❞ ✧*:.。.✎ ateez's 99 line dark fantasy fanfiction Start : 28 September 2020 End : 4 October 2020 Cover : Thanks @precioussoobin_ for this beautiful cover