DC 05

278 72 29
                                    

Wooyoung berlari dengan laju di kawasan koridor sekolah. Sesekali dia menoleh ke belakang untuk melihat sama ada 'Yeosang' mengikutnya dari belakang atau tidak.

Mukanya semakin pucat apabila melihat Yeosang yang dilihatnya tadi kini sedang mengejarnya dari belakang. Dengan senyuman yang sinis diukir membuatkan Wooyoung berasa sangat takut. Lantas dia lajukan kakinya untuk berlari meninggalkan lembaga tersebut.

"JANGAN KEJAR AKU!" Jerit Wooyoung kuat menyebabkan semua pelajar yang berada di koridor itu hairan melihat.

San dan Mingi mengejar Wooyoung dari belakang. Mereka juga hairan dengan Wooyoung yang tiba-tiba sahaja berlari meninggalkan mereka tadi. San pantas berlari lalu menghalang Wooyoung dari belakang manakala Mingi pula di hadapan.

"Wooyoung! Kau nak ke mana berlari ni?" soal San pelik. Namun Wooyoung tidak balas soalannya.

Matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Tidak lama kemudian, dia mula menjerit histeria.

"JANGAN DATANG DEKAT! PERGI! PERGI!"

Teriak Wooyoung. San dan Mingi menutup kedua telinga mereka kerana suara Wooyoung begitu nyaring ketika menjerit. Pantas Mingi mencari cikgu untuk menolong Wooyoung.

Apa yang Wooyoung nampak sekarang ialah satu lembaga yang menyerupai Yeosang datang menghampirinya sambil mengukir senyuman seram. Mukanya kelihatan sangat pucat dan juga terdapat banyak kesan darah yang berada di kepala dan juga badannya.

"KAU DAH MATI! MATI! JANGAN DATANG DEKAT DENGAN AKULAH!"

Jerit Wooyoung lagi. Dia hampir sahaja mahu menyerang San tetapi San terlebih dahulu menyelamatkan dirinya.

Matanya terbutang melihat Wooyoung bersikap agreasif sekarang. Sungguh dia tidak pernah melihat kawan baiknya bersikap begiti.

"Wooyoung! Kenapa ni?"

Sekumpulan cikgu tiba dan menghampiri Wooyoung untuk menahannya daripada dia buat kerja gila. Wooyoung menjerit histeria sambil meronta-ronta minta dilepas. Guru-guru yang menahannya itu mula berasa susah sedikit.

"Semua pelajar diminta masuk ke dalam kelas sekarang juga!" Arah Saem Lee dengan tegas kepada pelajar-pelajar lain.

Semua pelajar bergegas masuk ke dalam kelas selepas menerima arahan daripada Saem Lee. Hanya San dan Mingi sahaja masih lagi terkaku di situ. Mata mereka tidak lepas melihat Wooyoung yang masih bersikap agreasif itu.

"San, Mingi tolong kami tahan Wooyoung ni! Kita perlu call keluarganya sekarang!" Kata Saem Lee kepada mereka berdua.

"Nae, saem!"

•••••

Beberapa jam telah berlalu, Wooyoung ditahan dalam bilik dengan mengikat kedua tangan serta kakinya di atas katil agar dia tidak melakukan kerja gila.

Tuan dan Puan Jung agak terkejut setelah menerima panggilan dari sekolah bahawa Wooyoung seperti dirasuk oleh sesuatu kerana bersikap agreasif di sekolah. Malah, dia juga menjerit histeria.

"JANGAN KACAU AKU GILA! PERGI! PERGI!"

Jerit Wooyoung minta dilepas. Tuan dab Puan Jung memandangnya dengan pandangan risau. Mereka terus beralih kearah kawan baik anak mereka, San dan Mingi.

"Kamu tahu apa yang sudah jadi kat Wooyoung?" soal Puan Jung kepada San dan Mingi.

"Ka-kami tak tahu, imo. Wooyoung tiba-tiba jer larikan diri daripada kitorang lepas dia tengok sesuatu kat belakang kitorang tadi..." balas Mingi lebar.

"Tengok sesuatu? Makhluk halus ke?" tanya Tuan Jung pula.

San dan Mingi mengangkat bahu tanda tidak tahu. Mereka juga tidak tahu punca sebenar terhadap Wooyoung. Ia seperti mengejut.

Puan Jung melepaskan keluhan yang berat. Sungguh dia berasa pening dengan situasi sekarang. Lalu dia berkata dengan mengukir senyuman yang kelat.

"Tak apalah. Biar kami jaga Wooyoung di rumah. Nanti kalau ada apa-apa kami bagitahu kamu ya."

"Okey. Kami minta diri dulu ya? Selamat tinggal..."

San dan Mingi melangkah keluar selepas sahaja mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga Wooyoung tadi. Riak wajah Mingi jelas menunjukkan bahawa dia berasa sangat riaau terhadap Wooyoung manakala San pula menunjukkan riak wajah yang kosong.

Tiada perasaan risau pun yang terpapar di wajahnya. Dia seperti sebuah patung yang tidak mempunyai perasaan terhadap kawan-kawannya yang menimpa dugaan. Seperti Yeosang yang mati dalam kemalangan di jalan raya depan matanya dan juga Yunho yang mati secara misteri di rumah sendiri.

Kini, Wooyoung yang tiba-tiba sahaja dirasuk oleh sesuatu di sekolah langsung tidak menunjukkan sebarang perasaan pun. Dia tidak tahu mengapa tetapi satu sahaja perkara yang masih lagi berada di otak San.

Iaitu Death Chocolate.

•••••

Pada waktu malam, Wooyoung termenung di hadapan cermin almari. Ikatan yang berada di tangan serta kakinya sudah dibuka oleh Puan Jung kerana Wooyoung kembali okey semula.

Tetapi yang menhairankan dia sekarang ialah wajahnya semakin pucat seperti mayat hidup. Malah sepanjang waktu itu Wooyoung langsung tidak bercakap dengan keluarganya.

Adiknya, Kyungmin juga takut untuk menghampiri Wooyoung. Selepas dia mendengar jeritan Wooyoung petang tadi, dia mula berasa takut untuk bercakap dengan abangnya.

Sedang Wooyoung termenung di hadapan cermin, lembaga Yeosang tiba-tiba muncul hadapannya membuatkan dia terkejut.

"KAU LAGI?" jerit Wooyoung terkejut. Yeosang dihadapannya hanya mengukir senyuman sinis.

"KAU DAH MATI! JANGAN KACAU AKU!" jerit Wooyoung lagi.

Baru sahaja dia mahu membuka pintu biliknya, Wooyoung dapat merasakan sesuatu yang aneh pada badannya. Dia seolah-olah dikawal oleh seseorang.

Dia berjalan menuju ke bilik air lalu mengambil gunting yang berada di situ. Mata Wooyoung terbeliak apabila melihat Yeosang kini berada di sebelahnya sambil memegang gunting yang berada di pegangannya kini.

"Bukan kita dah janji jadi kawan sampai mati ke, Woo? Jomlah pergi dengan aku..."

Ujar Yeosang sambil ketawa berdekah lalu dia menghalakan gunting tersebut pada jantung Wooyoung. Dia cuba untuk melepaskan gunting itu dari tangannya namun tidak berjaya.

Gunting itu sudah pun tercucuk pada jantungnya. Darah mengalir keluar dari badannya dengan banyak. Wooyoung rebah di bilik air dan dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

[C] Death Chocolate  ☾ 99즈 ☽Where stories live. Discover now