DC 04

258 74 14
                                    

"Kamu demam ke, Yuyu?"

Soal Puan Jeong dengan risau setelah melihat anak sulungnya sudah menyelimutkan diri dengan selimut di atas katil. Yunho menggeleng berkali-kali sambil tersenyum kelat.

"Yuyu tak sakit, omma. Tapi badan Yuyu sejuk sangat dari waktu sekolah sampai sekarang." Jawabnya perlahan. Badannya dari tadi menggeletar akibat kesejukkan.

Puan Jeong datang mendekati Yunho lalu meletakkan tangannya di atas dahi Yunho. Tiada rasa panas pun. Dia hairan. Lantas dia mengalihkan tangannya ke badan Yunho pula.

Tiada rasa panas mahupun sejuk juga. Puan Jeong berkerut dahi tanda hairan dengan Yunho. Dia tidak tahu sama ada anaknya sakit atau tidak.

"Peliknya. Tak ada rasa panas pun badan kamu ni. Omma rasa ka--"

Belum habis lagi Puan Jeong berkata, Yunho sudah memotong.

"BADAN YUYU BETUL-BETUL RASA SEJUK OMMA!"

Bahu Puan Jeong terhinjut selepas sahaja Yunho meninggikan suara tadi kearahnya. Ini kali pertama dia dengar anaknya tinggikan suara.

"Mi-mianhae..." Ucap Yunho serba salah. Yunho mengalihkan pandangannya ke arah lain sambil berpeluk tubuh.

Puan Jeong melepaskan keluhan yang berat. Lalu dia mengusap kepala Yunho dengan lembut.

"Kalau macam tu kita pergi ke klinik ya? Pergi bersiap sekarang."

Kata Puan Jeong lagi sebelum meninggalkan Yunho keseorangan di dalam bilik. Dia sekadar angguk lalu bangun dari duduknya untuk menukar baju.

Baru sahaja dia ingin menuju ke almari, entah mengapa dia mula rasa pelik dengan dirinya. Tekaknya mula berasa sakit sangat. Seperti ada tali mengikat tekaknya dengan ketat. Tidak lama selepas itu, dia mula berasa sesak nafas.

"Uhuk! Uhuk!"

Yunho terbatuk-batuk cari nafas. Kini badannya mula terasa berat. Dia rebah di atas lantai sambil memegang lehernya.  Pandangannya semakin lama semakin gelap dan di situ dia menghembus nafasnya terakhir.

"Yuyu? Kamu dah bersiap ke belum?"

Tanya Puan Jeong sambil mengetuk pintu bilik Yunho dari luar. Aneh kerana tiada sahutan pun yang didengari.

Puan Jeong bertanya lagi buat kali kedua. Tetapi kali ini reaksi dia mula berasa sangat risau terhadap Yunho.

"Yuyu? Kamu okey tak sekarang ni?"

Masih lagi tiada sahutan. Dia membuat keputusan untuk membuka sahaja pintu bilik Yunho bagi dia tahu keadaan anaknya sekarang.

Sebaik sahaja pintu dibuka, matanya terbeliak melihat Yunho sudah terbaring kaku di atas lantai sambil memegang leher.

"YUYU!"

•••••

Wooyoung baru sahaja selesai membeli barang di kedai runcit tadi. Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, matanya teralih melihat sebuah ambulan melimpas di sebelahnya dengan laju. Dia hairan namun abaikan sahaja.

Kemudian, telefonnya mula berdering. Ia panggilan dari Mingi. Lantas dia mengangkat panggilan tersebut.

"Nae, Mingi? Kenapa call aku malam-malam ni? Nak ajak aku main game ke?" soal Wooyoung bertubi-tubi.

"Bukanlah budak! Ada hal buruk ni!" Kata-kata Mingi itu membuatkan Wooyoung berasa hairan. Pada masa yang sama ingin tahu.

"Apa dia?"

"Yunho... Dia... DIA DAH MATI!"

"MWO?"

•••••

Yunho disahkan meninggal dunia semalam pada pukul 8:30 malam. Punca kematiannya tidak diketahui oleh sesiapa pun termasuklah ahli keluarga dan juga kawan rapatnya sendiri.

Mingi dan Wooyoung sudah terdiam seribu bahasa setelah mendengar berita tentang Yunho pagi tadi. Mereka betul-betul tidak menyangka bahawa itulah perkara yang menimpa kepada kawan baik mereka itu.

Sudahlah semalam Yeosang mati akibat kemalangan di jalan raya. Kali ini Yunho pula mati di rumah secara misteri. Mereka tidak tahu sama ada itu hanyalah kebetulan atau disebaliknya.

Namun, hanya San sahaja yang tidak berasa sedih mahupun risau. Dalam hatinya kini kosong. Tiada perasaan apa-apa pun melainkan satu sahaja. Iaitu teruja.

Dia tahu bahawa Yeosang dan Yunho pasti sudah makan coklat yang bukan tuah. Sebab itulah mereka terlibat dalam kemalangan! Kini hanya tinggal dia, Wooyoung dan Mingi sahaja untuk tahu siapakah yang makan coklat tuah itu.

"Kau rasa... Ni ada kaitan dengan Death Chocolate yang kita makan hari tu ke?" soal Wooyoung membuatkan San terkaku.

"Kau masih percaya fasal Death Chocolate itu ke, Woo? Tu semua mengarutlah!" Bidas Mingi.

"Ta-tapi penjual tu sendiri cakap hanya seorang jer yang makan coklat tuah tu. Bukan ke ni bermaksud Yeosang dan Yunho dah makan coklat yang--"

Kata-kata Wooyoung terhenti selepas dia melihat satu sudut yang berada di belakangnya. Mukanya tiba-tiba menjadi pucat menyebabkan San dan Mingi hairan.

Dia ternampak satu lembaga putih yang menyerupai Yeosang berada tidak jauh darinya sambil mengukir senyuman seram. Wooyoung mula dilanda ketakutan sekarang.

"Wooyoung? Kau ni dah kenapa?" tanya San pelik.

Wooyoung tidak membalas soalan San sebaliknya dia berlari meninggalkan mereka berdua begitu sahaja. Mingi dan San hairan dengan perubahan Wooyoung secara tiba-tiba tadi.

"Eh? Wooyoung pergi mana tu?" soal Mingi risau.

"Aku tak tahu! Jomlah kejar dia!"

Ajak San. Mingi mengangguk lalu mereka mula berlari untuk mengerja Wooyoung dari belakang.

[C] Death Chocolate  ☾ 99즈 ☽Where stories live. Discover now