DC 03

300 70 67
                                    

Esok pagi, San seperti biasa akan pergi sekolah bersama Yeosang dan Wooyoung. Hari ini, mereka berdua sedang menunggu Yeosang keluar dari rumah.

"Lamanya..." cemuh San. Dia melihat jam tangannya untuk tahu sekarang sudah pukul berapa.

Masih awal lagi sekarang ini. San mengeluh. Kebiasaannya Yeosang tidak pernah bersiap lambat. Kalau ada pun lambat sikit sahaja.

"Mungkin dia ada hal itu yang lambat sikit?" teka Wooyoung. San sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Tidak lama kemudian, Yeosang mula munculkan dirinya. Dia berjalan menghampiri kedua kawan baiknya itu.

"Sorry sebab buat korang lama tunggu."

San dan Wooyoung terkejut melihat keadaan Yeosang seperti tidak sihat. Mukanya kelihatan pucat dan kedua-dua mata Yeosang kelihatan sedikit bengkak.

"Yah, kau sihat ke ni?" soal Wooyoung risau. Yeosang mengangguk perlahan.

"Ya... Uhuk!"

Yeosang batuk berkali-kali. San dan Wooyoung pandang sesama sendiri sebelum mengalihkan pandangan mereka kepada Yeosang. Rasa risau itu mula menguasai pada mereka berdua sekarang.

"Yeosang-ah, better kau rehat jer hari ni. Takut nanti kau pengsan kat sekolah susah pula kitorang..." tegur San. Namun, Yeosang menolak dengan kasar.

"Tak nak! Exam tak lama lagi so aku tak nak ketinggalan apa-apa!"

Balasnya kasar membuatkan mereka berdua terdiam seketika. Tidak mahu untuk berbalas, mereka berdua mengalah lalu membuka langkah untuk pergi ke sekolah.

Sewaktu dalam perjalanan pergi ke sekolah, mereka berhenti di tepi jalan raya kerana lampu untuk perjalan kaki sekarang sudah merah. Secara tiba-tiba, Yeosang terus berjalan tanpa melihat kiri dan kanan menyebabkan San dan Wooyoung terkejut.

"Yah! Yeosang sekarang lampu tengah merahlah!"

"Yeosang! Kau ni dah kenapa?"

"Hei! Bahaya!"

Jerit mereka berdua. Tetapi malangnya Yeosang tidak mendengar sepatah pun. Dia seolah-olah dikawal oleh seseorang kini. Dia berhenti di tengah-tengah jalan raya dengan kedua-dua matanya tertutup menyebabkan dirinya dilanggar oleh sebuah kereta yang meluncur laju itu.

"YEOSANG!"

San dan Wooyoung terus meluru ke tempat jadian untuk melihat keadaan kawan baik mereka itu. Yeosang kini sudah terbaring kaku di tengah jalan raya dengan darah yang keluar dari badannya.

Semua orang berada berdekatan di tempat kejadian itu tadi segera menghampiri mereka bertiga. Wooyoung sudah mula menangis.

"YEOSANG! KANG YEOSANG  BANGUNLAH! JANGAN BUAT AKU RISAU BOLEH TAK!"

Jerit Wooyoung diiringi dengan air matanya yang sedang mengalir deras. Dia memeluk mayat Yeosang sambil menangis teresak-esak. Sesekali dia meraung untuk meminta bantuan.

"SESIAPA TOLONG KAWAN SAYA! TOLONGLAH!"

Teriak Wooyoung lagi. Di tempat kejadian itu, hanya San sahaja yang tidak menghampiri kedua kawan baiknya itu. Dirinya masih lagi keliru tantang kejadian tadi dan juga Death Chocolate yang telah mereka makan semalam.

"Ni bermaksud Yeosang dapat coklat racun tu kan?" detik San dalam hati. Satu senyuman sinis mula terukir di bibirnya.

Sekarang, dia berasa tidak sabar untuk mengetahui siapakah lagi yang mendapat coklat racun itu. Adakah dirinya atau kawan baiknya yang lain itu?

•••••

Berita tentang kematian Yeosang pada pagi tadi telah mengejutkan bagi semua pelajar kelas 5-3. Mereka tidak dapat menyorok perasaan yang sedih dan terkejut setelah mendengar berita salah seorang rakan sekelas mereka maut. Lebih-lebih lagi Wooyoung, Yunho dan Mingi.

Namun, hanya San sahaja yang tidak menunjukkan perasaan yang sedih mahupun terkejut. Dia berasa sangat teruja kerana coklat yang dimakan oleh mereka berlima sekarang itu betul-betul menjadi.

"Agaknya siapalah mangsa kedua? Ish! Tak sabarnya nak tahu!" Gumamnya dalam hati riang.

Dia langsung tidak memikirkan tentang perasaan orang lain. Apatah lagi kepada kawan baiknya sendiri.

•••••

"Yunho, jomlah teman aku hantar buku ni. Lepas tu bolehlah kita pergi kantin," ajak Mingi dengan tangannya penuh mengangkat semua buku latihan rakan sekelasnya itu.

Yunho tersenyum nipis. Lalu dia menolak dengan ramah.

"Sorry Mingi tapi aku tak nak. Aku rasa badan aku ni sejuk semacam. So aku ingatkan nak duduk dalam kelas jer."

"Badan kau rasa sejuk? Kau demam ke?" tanya Mingi hairan.

"Entahlah. Tapi badan aku betul-betul rasa sejuk sekarang..."

"Owh... Tak apa kalau macam tu. Nanti aku belikan air panas untuk kau ya."

"Wah! Thank you, Gi!"

Ucap Yunho sambil mengukir senyuman manis kearah Mingi. Dia tersenyum nipis lalu berjalan meninggalkan Yunho seorang diri dalam kelas untuk menghantar semua buku latihan di bilik guru.

Yunho memeluk tubuh badannya dengan erat. Dia berasa sangat sejuk walaupun sekarang ini cuaca panas. Habis badannya menggeletar akibat kesejukkan. Dia hairan mengapa dengan dirinya sekarang.

"Kenapa aku rasa sejuk sangat ni? Aku demam ke?" gumam Yunho dalam hati. Hairan dengan dirinya sekarang.

"Eh? Kenapa dengan kau ni, Ho?"

Yunho mengalihkan pandangannya kearah suara yang menegurnya tadi. Kelihatan Wooyoung kini berada di hadapannya dengan mata yang sudah bengkak. Dia mengambil kerusi lalu duduk di hadapan Yunho.

"Tak ada apa-apa. Teruk kau menangis tadi," ujar Yunho perlahan. Wooyoung tersenyum kelat.

"Siapa jer yang tak sedih bila kawan yang kau kenal sejak kecil mati depan mata sendiri?"

Balas Wooyoung dengan nada suara yang serak. Sungguh dia tidak dapat terima hakikat bahawa Yeosang betul-betul pergi di depan matanya sendiri. Sudahlah waktu itu mereka dalam perjalanan untuk pergi ke sekolah.

Yunho sekadar angguk sahaja. Namun, dia tidak dapat dengar dengan fokus kerana suhu badannya terasa sangat sejuk. Wooyoung memandangnya sambil berkerut dahi.

"Kau dah kenapa menggeletar ni?" soal Wooyoung hairan.

"Badan aku rasa sejuk sangat..." Jawab Yunho membuatkan Wooyoung berasa pelik.

"Eh? Tapi sekarang ni cuaca panas. Mungkin kau demam kot?" teka Wooyoung namun Yunho menggeleng berkali-kali.

"Tapi aku tak rasa sakit apa-apa sekarang ni. Cuma sejuk jer..."

"Pelik..."

Sewaktu Wooyoung dan Yunho sibuk bercakap, San secara kebetulan terdengar perbualan mereka berdua. Tidak lama kemudian, dia mula mengukir senyuman sinis.

"Demam? Mesti Yunho salah makan Death Chocolate kan. Hahahaha."

Bisik San dalam hati sambil tersenyum sinis. Lalu dia berlalu pergi.

[C] Death Chocolate  ☾ 99즈 ☽Where stories live. Discover now