Bab 2

251 4 0
                                    

Nur memegang jawatan sebagai Timbalan Exco Biro Ekonomi di kampusnya. Malam itu, Nur merancang untuk mengadakan perjumpaan bersama ketuanya, Exco Biro Ekonomi. Namun, disebabkan malam itu ialah Malam Pengenalan Pimpinan, maka mereka mestilah memendekkan masa perjumpaan mereka.

Bukan setakat itu, bagi memastikan perjumpaan berjalan lancar, Nur berniat untuk mengisi perutnya dengan sedikit air dan kurma, tanpa menjamah nasi walau sedikit. Maka, setelah azan dilaungkan, Nur terus berbuka puasa dan solat maghrib. Sebaik sahaja selesai, Nur mengajak dua orang sahabatnya untuk menemaninya mengadakan perjumpaan di kelas blok Saiyidina Umar.

Sebelum memulakan perjumpaan, Nur sudah siap berpesan kepada exconya untuk menggunakan stopwatch. "Kita kesuntukan masa," katanya. "Setiap poin hanya 5 minit. Kita ada 6 poin. Boleh la dalam setengah jam siap." Dan exconya setuju, lalu bertindak seperti apa yang dicadangkan oleh Nur.

Maka, bermulalah sesi perbincangan mereka tentang biro Ekonomi. Alhamdulillah, setiap poin, mereka dapat tepati masa. Namun, tiba ke poin terakhir, tentang website. Nur bermonolog sendirian, "Aduh. Panjang ni. Macamana nak singkatkan jadi 5 minit." Dan akhirnya perjumpaan mereka sudah melangkau sejam lebih.

Di luar, kelihatan seorang berbaju hijau sedang berjalan ulang-alik tak henti-henti. Nur merasa terganggu dengan kelakuan orang itu. Disangkanya itu Exco Biro Akademik, rupa-rupanya telahan beliau meleset. Nur meneruskan perbincangan. Tiba-tiba, orang yang Nur maksudkan tadi menegur mereka, "Emm, lama lagi ke?"

Nur langsung menjawab, "Sekejap lagi ye."

"Okay baik."

Lalu, perbincangan diteruskan tanpa melihat jam. Rupa-rupanya jam sudah menginjak hampir 10 malam. Si Baju Hijau menegur lagi, "Boleh stop dah kut. Dah nak pukul 10 ni."

"Haaa?!! Pukul 10? Biar betul??!! Okay okay. Kita stop. Maaf ambil masa."

Nur langsung tidak menyangka, perjumpaan yang dirancang hanya mengambil masa setengah jam, akhirnya memakan masa hampir 2 jam. Majlis ditutup dengan surah Al-Asr dan tasbih kaffarah.

Setibanya di dewan utama, Nur melihat mesej masuk di telefon bimbitnya. Nur scroll mesej di group whatsApp Biro Ekonomi + Monitor, terdapat mesej yang baru sahaja dihantar oleh si Baju Hijau. Ya. Haziq. Monitor bagi Biro Ekonomi.

"Syarikat, syarikat jugak. Perkara lebih utama jangan dilupakan, Btw, goodluck dengan segala perancangan kalian", itu mesej yang dihantar oleh Haziq,

Tiba-tiba, Nur diburu rasa marah yang melampau-lampau. Marah kerana ayat permulaan Haziq seolah-olah menunjukkan Nur sedang mementingkan diri, berbincang soal syarikatnya melebihi perkara yang lebih utama. Entah kenapa tangannya terketar-ketar. Terlampau marah agaknya. Sedangkan, sebelum ini tidak pernah Nur berpengalaman sebegitu.

"Akak, menung apa tu?", bisik Farah kepada Nur.

"Eh, takde apa lah", jawab Nur ringkas.

Ketika Nur sedang khusyuk menulis dan memasukkan wang dan buku ke dalam sampulnya, Nur ditegur....

"Akak, kalau saya nak hadiah buku tu jugak boleh?", Farah bertanya dengan sopan.

"Haaa. Boleh sangat sayang. Tapi, awak kena jadi orang pertama lah, datang ke masjid. Paling awal 4.30 pagi macamtu.", Nur menjelaskan. Jauh di sudut hati Nur, dia agak tidak yakin bahawa Farah akan datang awal ke masjid, kerana pagi tadi, Farah tak ke masjid. Dipendamkan fikiran yang mengusik mindanya itu.

Nur 'Aisyah 2020 ( Cahaya yang Hidup Bahagia )Where stories live. Discover now